Jumaat, 30 April 2010

Wajahnya bercahaya...

Sedang ummi enak menjamu selera...nasi ayam special menu malam ni...tiba-tiba kedengaran deringan dari telefon bimbit ummi...'emm..siapa agaknya yang call ummi malam-malam ni...opah ke? lama jugak ummi tak telefon opah..apa kabar agaknya ummiku sayang ?'
'Assalamualaikum...Tun tengah buat apa?sori ye akak kacau' terdengar suara dihujung talian...'oh...kak Siti rupanya...nape kak?saya tengah makan ni..ada hajat ye?'Tanyaku.'Tun..boleh tolong bagi tazkirah tak esok?Puan Rosnah mintak masa perhimpunan pagi ada slot tazkirah...jadinya esok Tun dulu boleh tak?'Terang Kak Siti..masyaAllah...ummi kena bagi tazkirah esok...emm last minute ni..ummi ni kalau tak ready ditambah lagi bercakap depan orang ramai sure gelabah habis...Nasi ayam yang kujamah dengan enaknya tadi seolah-olah tidak lagi menarik seleraku,apa yang ada di kotak fikiranku kini hanyalah memikirkan apakah tajuk terbaik untuk kukupas esok dalam masa hanya 3 minit.

Jantungku pun mula berdegup...itulah kelemahan ummi sejak dari bangku sekolah lagi..kalau disuruh buat presentation depan kelas dan di bilik kuliah, tak keruan dibuatnya...kalau menulis tak apa...berjela-jela ummi mampu..exam hanya dinilai dari sudut penulisan bukan persembahan..kredit untuk ummi di situ...namun ummi akui kelemahan itu boleh diperbaiki..
Selesai solat Isyak,ummi menadah tangan bermunajat pada Ilahi..'Ya Allah..andai ini adalah peluang untukku berdakwah,menyampaikan mesej Islam kepada seluruh warga SMK Sungai Besar, maka Kau berikan aku hidayah dan petunjukMu..Permudahkan urusanku ya Allah..Lancarkan tuturkataku agar mereka itu faham agamamu..Jangan kau selitkan sifat riak dan ujub dalam diriku..sesungguhnya aku ini hambaMu yang teramat lemah..berikan aku kekuatan Ya Allah...'
Masanya sudah tiba...ummi gagahkan kaki mamanjat tangga stage di Laman Malaysiana setelah nama ummi dijemput.Ya Allah berikan aku kekuatan...terasa diri ini terlalu kerdil di hadapan ratusan pelajar...ANAK-ANAK DIDIKKU aku sayang kalian...
'Kisah ini diceritakan dalam satu hadis yang panjang karangan Imam Malik di dalam kitabnya Al-Muwatta'.Pada hari kiamat kelak akan datang berbilion-bilion manusia di hadapan para nabi masing-masing.

Maka Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat;

'Adakah engkau kenal umatmu yang akan datang?kami ini engkau kenal kerana kami hidup sezaman denganmu,pernah berjumpa denganmu.'

Bagaimana dengan kita??Kita tidak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w,kita tidak pernah menatap wajah baginda,bagaimana Nabi Muhammad s.a.w boleh kenal kita ini ummat baginda?.
Maka jawab nabi dengan bertanya semula kepada para sahabat;

'Sekiranya kamu ada seratus ekor kuda yang berwarna hitam,boleh kenal atau tidak seekor kuda yang kepalanya berwarna putih yang berada di kalangan seratus ekor kuda yang berwarna hitam?'

 Boleh kenal atau tidak anak-anak..semua kuda berwarna hitam, cuma ada seekor sahaja kuda yang berwarna putih boleh kenal atau tidak kuda yang berwarna putih itu anak-anak?
'Sudah tentu kami kenal ya Rasulullah..'Jawab para sahabat.

'Maka begitulah aku kenal umatku...Aku kenal umatku dari wajahynya yang bercahaya kerana kesan mengambil wuduk ketika di dunia' Jawab Baginda s.a.w.

MasyaAllah anak-anak!! rupa-rupanya apabila kita berwuduk dengan sempurna bermula dengan membasuh muka,kedua tangan ,kepala dan kaki ianya akan menjadi 'ghurrah muhajjalin' mengeluarkan cahaya, dan wajah yang bercahaya itulah nanti yang Nabi Muhammad s.a.w akan kenal kita ini ummat baginda.
Lihat anak-anak..renungkan.. seandainya kita di dunia ini tidak mahu berwuduk,mencipta pelbagai alasan untuk tidak solat,maka wajah kita tidak akan bercahaya di akhirat kelak dan kita ini tidak akan dikenal sebagai ummat Muhammad s.a.w.

Dengan wajah bercahaya itulah nanti Rasulullah s.a.w akan memanggil ummatnya,mari sini..mari datang dekat denganku...mari datang ke telagaku..yakni telaga Al-Kauthar-telaga yang Allah khususkan di akhirat kelak untuk umat Muhammad s.a.w.

Dan para ulama' mengatakan bahawa seandainya kita tidak dapat minum dari telaga Al-Kauthar ini maka kita tergolong dalam golongan ahli neraka..nauzubillah..
Justeru anak-anak...seandainya anda anak-anak yang berakal dan bijak...ingin mengubah diri anda menjadi mukmin cemerlang maka ambillah peringatan daripada kisah tadi...namun seandainya anda ingin tergolong dalam golongan yang sebaliknya,tidak mahu mengambil peringatan maka tunggulah..tunggulah akan datang satu saat dan ketikanya,satu hari di mana Allah itu akan murka semurka-murkanya,Allah itu akan marah-semarahnya...itulah hari kiamat, iaitu hari di mana kita akan menerima pembalasan yang setimpal di atas segala perbuatan kita ketika di dunia.
Anak-anak..selagi ajal kita masih belum tiba...selagi matahari itu belum terbit dari sebelah barat marilah sama-sama kita duduk menadah tangan memohon keampunan kepada ALLAH agar segala dosa-dosa kita diampunkan dan kelak kita tergolong dari kalangan orang-orang yang Allah redhai..Wabillahi taufik wal hidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Ya Allah syukur akau rafa'kan padaMu...selesai sudah tugasku..kaki yang tadinya kurasa longlai kini kurasakan bertambah tegap dan kukuh ..sekukuh akidah dan keimananku buatMu ya Allah..dapat kurasakan semangatku kian membara...keyakinanku kian utuh..akan kugagahkan diriku ini ya Allah untuk menyumbang semampuku di medan dakwah yang kian terbentang luas...di bumi Sungai Besar ini...walau kelak kaudepani seribu satu mehnah tribulasi dan cabaran..
Andai perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan pasti ramai yang akan tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya..sakit pedihnya,
kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah ..bangkitlah semula.
Andai terluka ingatlah janjiNYA..
Duhai anak-anak ummi...

Seringkali ummi berpesan pada kalian..solat jangan sekali kalian lupakan.Apabila kisah ini ummi ceritakan pada kalian,ketara sungguh perubahannya..kalian semakin berhati-hati bila berwuduk...sedaya mungkin kalian cuba patuhi peraturannya dengan bantuan ummi dan abah..namun kami sedar...untuk membentuk jiwa dan jati diri kalian ianya memerlukan masa dan kesungguhan..walau seratus kalipun anak-anakku, ummi dan abah tidak akan jemu...lidah kami ini akan sering menasihatimu..menegurmu... membimbingmu agar kelak seandainya kami tiada lagi di dunia ini kalian mampu berdiri teguh di atas tugu iman dan taqwa mendepani ribuan cabaran yang boleh menggugat keimanan.

Ayuh anak-anakku..kita bersungguh dalam beramal..moga kelak kita tergolong dalam golongan yang Allah kasihi...amin

Jumaat, 2 April 2010

Family Day 2010 at Laguna Park Pulau Indah







Family Day 2010...Hari yang ditunggu-tunggu oleh sume anak-anak ummi...




'Ummi....bila nak balik Pulau Indah ni...bila kita nak pergi Laguna Park...kitaorang dah tak sabar ni...'Tanya teruna sulungku bertalu-talu.'Sabarlah kimi ...family day kita hujung bulan ni..'Ummi mengingatkan anak-anak ummi.'Siapa yang ada masa hari tu nanti ummi?'Tanya Kimi lagi.'Family Mak Long...Pak Andak..Nek Ngah...Nek Uda...Mak Long Che Na...Tok Ucu...nenek Onyang dan ramai lagi...'Jawab ummi.Jelas tergambar kegembiraan di wajah-wajah mereka.Maklumlah bukannya dapat selalu berkumpul bersama-sama ..lebih-lebih lagi dengan anak-anak Mak Long yang seramai enam orang itu...wau seronoknya.....








Khamis, 1 April 2010

Tautan hati kita kian erat dengan solat berjemaah

Malam mula melabuhkan tirainya...seawal pukul 7.00 petang, permata -permata hatiku mula bergegas membersihkan diri..bersiap sedia untuk bersolat maghrib.Bermacam keletah mereka...riuh rendah dibuatnya...Ummi lihat kelibat abah..... diambilnya kopiah lalu disarung ke kepala...sambil berlalu sempat abah mengingatkan...'Dah azan dah tu Hakimi...cepat sikit..abah pergi surau ni...' 'Nampaknya kena tinggallah Kimi...tak sempat nak ikut abah ke surau..Nape le Kimi ni lambat sangat bersiap..' getus hatiku...'Hai anak-anakku.....bersegeralah...'

'Ummi...kita orang sembahyang dulu ke nak tunggu ummi...?' Tanya Kimi...'sekejap ye kimi ...hari ni ummi puasa...ummi minum air dengan makan kurma sikit dulu...lepas tu kita solat sama-sama...'Alamak kalau cam tu lambat le kita sembahyang....kena tunggu ummi pulak...' Fizi bersuara sedikit mendengus...'Fizi kalau sembahyang sorang-sorang pahalanya sikit...kalau berjemaah 27 kali ganda pahalanya Allah bagi...' Balasku.'Alaa 27 je ke pahalanya...sikit le tu....kalau sejuta ke nak jugak...' MasyaAllah ...itu jawapan yang keluar dari mulut anakku...nampak gayanya ni kena terangkan lebih lanjut kat Fizi ni...kalau tak sampai bila-bila dia akan memberikan nilaian yang salah pada angka 27 itu....kerana penilaiannya adalah dari sudut pandangan seorang manusia apatah lagi dia masih kanak-kanak yang baru menjangkau usia tujuh tahun..sudah pasti tidak mampu akalnya untuk memikirkan segala hikmah yang tersirat di sebalik kelebihan solat berjemaah...'

'Ummi Aina dah bentang sejadah ni...' Jerit Aina.'Ok na...ummi dah siap ni...terima kasih kat aina bentangkan sejadah untuk semua orang...banyaaak pahala aina dapat'.Ummi lihat ke wajah nya..Aina tersenyum puas bila mendengar pujian ummi...'Ok...sekarang ni sape nak azan?' Tanyaku sambil merenung wajah anak-anak terunaku.'Fizi lah pulak azan mi...asyik kita je...kita qamat pulak..'Kimi bersuara.'Ok..boleh Fizi.?' Tanyaku.'Ok lah kita azan tapi tak berapa pandai..'Balas fizi.'Tak pe ummi ajar...'Fizi pun terus azan dengan gaya dan sebutan yang tersendiri..' 'hemmmm...banyak lagi sebutan yang perlu dibetulkan.'hatiku berbisik.Tidak mengapa nak...itulah tanggungjawab ummi dan abah memberikan tunjuk ajar kepada kalian semua.Mudah-mudahan kelak kalian mampu lakukan yang lebih baik lagi...

Seusai solat maghrib...ummi palingkan wajah ummi ke wajah kalian semua.'Astaghfirullah....'ummi mula mengalunkan wirid...kudengar butiran yang tidak berapa jelas keluar dari mulut anak-anak ummi...ada yang tepat ada yang sebaliknya...mengikut alunan wirid ummi....namun jauh di sudut hati ummi...syukur ummi panjatkan kehadrat Ilahi...Jelas kini..itulah kelebihannya kalian belajar di Sekolah Rendah Agama Integrasi Muhammadiyah Pekan Sabak...Solat berjemaah begitu dititikberatkan...apatah lagi saban hari kalian dilatih bersolat Dhuha...natijahnya kalian mampu mengingati bacaan-bacaan wirid selepas solat,himpunan doa dan nilai-nilai Islam yang lain...Syukur Ummi panjatkan...Nun jauh di lubuk sanubari ummi..ummi sering berdoa...'Ya Allah kau jadikan permata-permata hatiku ini..anak-anak yang cintakan solat..anak-anak yang cintakan Al-Quran..agar kelak tenang hidup kalian di bawah limpahan dan rahmatMU ya Allah...'

Merenung wajah-wajah suci kalian...mengundang titisan jernih di kelopak mata ummi...'Ya Allah berikan aku kesempatan untuk mendidik anak-anak ku ini.Belum puas dan belum cukup rasanya untukku menyemai benih-benih iman di dalam hati mereka..ingin sekali kulihat benih-benih itu terus subur...mekar... kembang mewangi mewarnai taman hati kalian...agar kelak ianya terpasak kukuh di hati...lantas kalian mengutamakan Allah di dalam segenap perkara. Ya Allah anugerahkan aku dan suamiku kekuatan..kesihatan.. kemudahan dan kesempatan untuk terus mendidik dan membangun jiwa putera-puteri kami ini...izinkanlah ya Allah...'

Selesai sudah alunan subhanallah...walhamdulillah ..Allahuakbar..Ummi mula mengangkat tangan membacakan doa...Sengaja ummi memunajatkan doa itu di dalam bahasa yang kalian fahami...agar kalian benar-benar faham butirannya...lantas berbekas di dalam jiwa..'Ya Allah ampuni dosa-dosa kami...ampuni dosa-dosa kedua ibu bapa kami...ampuni dosa adik beradik kami...ampuni dosa guru-guru kami...ampuni dosa kawan-kawan kami..ampuni dosa saudara mara kami..ampuni dosa orang-orang Islam sama ada yang hidup atau yang telah mati..Ya Allah kurniakan kami hati yang tenang...dada yang lapang dalam menuntut ilmu...jadikan kami anak-anak yang mentaati perintahMU...anak-anak yang pintar untuk agamaMU...permudahkan kami kelak dalam urusan timbangan amalan kami...tetapkan kaki kami ketika melintas titian sirot MU...jangan ENGKAU gelincirkan kaki kami ke dalam nerakaMU...Jauhkan kami dari azab kuburMU..jauhkan kami ya Allah dari azab nerakaMU...tempatkanlah kami kelak di dalam syurgaMU dengan rahmatMU ya Allah...bimbingi dan rahmati kami ya Allah...'semakin deras titisan air mata ummi....dalam sebak ummi terus memunajatkan doa kepadaNYA..hinggalah ke penghujungnya....Anak-anak ummi merenung wajah ummi tanpa mengeluarkan sepatahpun bicara...sayu hati kalian...sayu lagi hati ummi....

Saat meraup tangan ke wajah, kalian sudah mula berbaris untuk menjabat tangan ummi...kedua pipi ummi dan dahi ini kalian ciumi..lantas ummi membalas semula ciuman kalian..dan saat kita berdakapan, terasa kasih sayang ini mengalir terus-terusan di dalam jiwa kalian...lantas ummi ungkapkan di lubuk hati ini...'Ya Allah jadikan permata hatiku ini anak-anak yang soleh...'

Wahai permata hati abah dan ummi....mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar DIA memberikan kekuatan kepada kita untuk berterusan di dalam melaksanakan solat berjemaah..Sesungguhnya solat berjemaah itu mengukuhkan lagi ikatan hati antara kita apatah lagi hubungan kita dengan DIA yang Maha berkuasa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...