Khamis, 6 Disember 2012

Rumah Kita Syurga Kita

'Ummi...bestnya kalau rumah kita macam rumah Mak Long...luasnya...best ...lapang..lamannya luas,boleh tanam macam-macam pokok...'Luah Aina

'Ha..aa  rumah kita ni tanahnya sikit je kat depan tu...'Tambah Hafizi

'Alhamdulillah..syukur kita punya rumah.Ada orang tak de rumah Na..tak kisahlah rumah tu besar ke kecil ke..yang penting orang-orang dalam rumah tu semuanya solat 5 waktu,patuh perintah Allah dan pandai jaga kebersihan rumah...Kalau macam tu rumah yang sempit pun jadi lapang.Sebab apa? sebab Allah limpahkan keberkatan dan rahmatNya pada seluruh penghuni rumah tu...' Balas Ummi

'Ummi pun suka tengok rumah Mak Long tu...Rumahnya dah lah luas, 7 orang anak lagi,tapi sentiasa bersih dan kemas.Macam ada sorang anak je...Tabik le kat Mak Long.Sebab tu Allah bagi ummi rumah macam ni je..ummi ni tak secekap dan sekuat Mak Long kamu tu nak bersihkan luar dan dalam rumah.' Tambah Ummi lagi.

Terbayang kat kepala ummi ni Mak Long tu asyik pegang batang penyapu dengan batang mop je.Dalam sehari entah berapa kali le agaknya dia menyapu dan mengemop lantai.Ummi cuma larat sekali je setiap hari nak mop lantai...hihi...betul kata Mak Long ummi ni malas nak mengemop...

'Mak Long tu bukan setakat kat rumah dia je,cuba tengok bila dia balik rumah opah,habis luar dalam dikerjakannya...keliling rumah dibersihkannya...longkang-longkangpun  takut kena sental..hihi'Tambah ummi lagi.

'Ha...aa rajin betul Mak Long tu...bukan macam ummi' Tambah Hafizi

'Amboiii...kamu kenakan ummi ye...Tolonglah ummi kemas rumah...korang tau buat sepah je..'


Hafizi ni pengkritik hiasan dalaman ummi nombor satu
Ada saje ideanya...Tapi selalunya idea ummi gak yang menang.

Apapun anak-anakku...rumah yang kita ada ini mari sama-sama kita pelihara kesucian dan kebersihannya.

Yang pertama : Pastikan rumah ini bersih dari segala perkara yang mensyirikkan Allah.

Semua mesti pastikan keyakinan dan aqidahnya teguh pada Allah semata-mata tidak kepada benda  atau makhluk lain.Sebab tu ummi pernah cakap kita gantung ayat Al-Quran kat ruang tamu ni bukan kerana dengan sebab ada frame ayat Al-Quran ni syaitan tak kacau kita atau tak jadi masuk rumah.Itu dah jadi syirik.Al-Quran itu juga makhluk anakku.Tapi tujuan ummi gantung ni supaya kamu bila tengok frame ni kamu boleh baca ayatnya dan hafal.Ingat kat Allah.Dapat pahala.

Dan lagi satu anak-anakku...Jangan sekali-kali percaya kepada cara-cara merawat yang meminta benda yang pelik-pelik,tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w.Sediakan duit RM 33.33 le,RM 55.55 ke..ayam putih ke,kain kuning ke,pakai tangkal sekalipun tasbih dengan harapan benda-benda itu dapat menjauhkan iblis atau menghalau syaitan daripada kita.

Sebenarnya anakku,perbuatan sebegitulah yang menyebabkan iblis dan syaitan semakin seronok untuk berkawan dan mendekati kita,malah badan kita   ini akan  jadi hotel five star untuknya.Kerana kita telah megharapkan pertolongan dari benda atau makhluk lain, bukan Allah satu-satunya.Itulah syirik anak-anakku,percaya kepada Allah dan dalam masa yang sama percaya juga pada benda-benda  lain yang boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada kita.

Dan usah sekali-kali diguna alasan sebegini - ini ikhtiar kita je,cuba je, dah ada orang nak tolong,dari duduk diam...

Kalau kamu orang yang beriman anakku,maka pastikan caranya itu diredhai Allah bukan dimurkai Allah.Kerana anak-anakku, satu-satunya dosa yang Allah tidak akan ampunkan selagi tidak bertaubat adalah dosa syirik.

Sebaliknya anak-anakku dekatkan dirimu dengan Allah bila diuji dengan apa-apa penyakit sekalipun penyakit fizikal atau misteri.Baliklah kepada al-Quran kerana di dalamnya terdapat penyembuhan kepada segala penyakit.Bangunlah bertahajud di tengah malam sunyi kerana Rasulullah pernah bersabda solat tahajud itu menjauhkan diri dari penyakit.Pahala dapat,kesembuhan pun dapat dengan izin Allah.

Dan yakinlah Allah satu-satunya yang berkuasa menyembuhkan penyakit.Ubat atau doktor itu adalah ikhtiar kita, selebihnya DIA juga yang berkuasa menyembuhkan atau mematikan kita dengan penyakit itu.Sekurang-kurangnya sekalipun jika akhirnya kita mati dalam keadaan kita telah berusaha berubat dengan cara yang sah,kita tidak mati dalam kemurkaan Allah.Redha Allah itulah yang kita cari untuk kehidupan kita pada kali  yang kedua selepas dibangkitkan nanti.Kita tidak  akan pernah  rugi bila kembali kepada  Allah dalam apa jua perkara.Yakinlah itu anakku.

Yang kedua :Pastikan dalam rumah ini tiada yang sombong dengan Allah.Tak nak sujud kepada Allah.

Dengan kata lain.WAJIB SOLAT 5 waktu.Ya anak-anakku..rumah yang penghuni di dalamnya tidak solat,maka Rasulullah  samakan air hujan yang menimpa rumah itu lalu di tadah samalah ia seperti air kencing anjing hitam.

Ma sya Allah...betapa hinanya orang yang tidak solat.Enggan sujud itu anak-anak ...samalah juga  nantinya kita seperti   iblis  yang sombong dan takbur,enggan  sujud pada perintah Allah.Kita bukan iblis anak-anak,kita ini Allah telah angkat darjatnya sebagai sebaik-baik makhluk,maka peliharalah kemuliaan kita itu dan jangan campakkan diri kita ke dalam penghinaan Allah dan seluruh makhluk di langit dan di bumi kerana tidak solat.


Yang ketiga : Pastikan rumah ini sering berkumandang dengan ayat-ayat suci Al-Quran

Setiap orang mesti baca Al-Quran.Rasulullah s.a.w mengumpamakan rumah yang tidak didengar padanya ayat-ayat suci Al-Quran umpama kubur yang sunyi sepi.So,jangan jadikan rumah kita seperti kuburan ya anak-anak.Selepas solat Maghrib ummi wajibkan kalian baca paling kurangpun satu muka surat Al-Quran.

TV berjam kamu boleh tengok,mengadap games pun ber jam-jam,takkan kitab suci Al-Quran yang dah tentu pahalanya berganda itu kalau dibaca, kamu malas dan tidak sudi untuk membuka dan meneliti setiap maknanya!! Jadilah kamu nanti orang- orang yang rugi anak-anakku.Bacalah Al-Quran.Hidup ini pun tak lama.Entahkan esok...entahkan lusa giliran kita pula menyusul ke 'sana'.


Yang keempat : Pastikan rumah ini sentiasa bersih dan suci

Ya ...anak-anakku bersih saje tidak cukup.Tapi mesti suci dari segala najis,kerana ia amat berkait rapat dengan ibadah kita sama ada diterima atau tidak.Islam sangat mementingkan kesucian tempat tinggal,badan,pakaian,makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut kita.

Ummi teringat saat Aisyah terbuang air meleleh di atas lantai dari ruang tamu depan sampai ke bilik air.Kalau ikutkan malas,ambil je mop basahkan dan lap terus je air kencing yang meleleh tu dari lantai ruang tamu sampai ke bilik air.Dah beres..bersih,basuh mop... sangkut.Adakah ia suci anak-anakku?

Lap dulu air kencing tu,kemudian ambil air paip, jirus bekas tempat najis tadi,ambil pula kain lap bersih yang lain, lap kembali tempat tersebut dan ulanglah sehingga kita yakin tempat itu sudah bersih dan suci.Memang penat sikit lah.Tetapi anak-anak... ingat!! itulah harga yang kita kena bayar untuk mendapatkan keredhaan Allah dan kesenangan di akhirat nanti.Bila dah suci, nak sembahyang berjemaah di ruang tamu pun rasa senang hati dan tiada perasaan was-was lagi.Maklumlah rumah kita ni pun bukannya ada bilik khas untuk solat berjemaah.Semua orang mesti bertanggungjawab untuk pelihara kesuciannya.

Ummi selalu pesan pada puteri-puteri ummi, kunci kebersihan sesebuah rumah terletak pada si ibu.Sebab tu mulut ummi sentiasa mengingatkan anak-anak ummi esp. tuan-tuan puteri tu supaya tolong ummi mengemas rumah dan buat kerja-kerja rumah.Kalau tidak diajar dan dididik dari kecil,sampai besarlah nanti kalian malas mengemas rumah.Natijahnya bila kalian punya rumah sendiri maka tidak teruruslah rumah itu sebagaimana yang sepatutnya.Baju bersangkutan,pakaian bersih berlonggok di atas katil atau terperuk di dalam bakul,rumah tidak bersapu,bersepah sana sini,sinki dapurnya berlumut,mangkuk tandasnya menguning,berdaki di sana sini dan macam-macam lagi yang tak semenggah kelihatannya.Bahasa ummi ni....sori ye anak-anakku.So, jagalah kebersihan dan kesuciannya.


Banyak lagi sebenarnya yang ingin diutarakan di sini.In shaa Allah di lain entri ummi sambung lagi.Apapun anak-anakku Ummi sangat bersyukur kerana kita memiliki sebuah rumah untuk didiami bersama-sama di atas dunia ini.

Walau zahirnya kelihatan ummi cukup bahagia dengan apa yang ada,menghias dan mengindahkan rumah kita,namun ketahuilah anak-anakku ummi sangat bimbang bagaimanakah nanti 'rumah' kita di sana...di akhirat.Sempit atau luaskah ia...wangi atau busukkah nanti.Panas atau sejukkah 'rumah' kita.Nikmat atau sengsarakah nanti kita?Ya Allah...itulah yang sangat ummi takuti....

Bila mengenang itu semua anak-anakku,ia mematikan keinginan dan nafsu yang berlebihan untuk menghias rumah kita di dunia.Pada ummi cukuplah segala kelengkapan dan hiasan yang ada di rumah kita ini ummi aturkan khas buat suami dan anak-anak ummi tercinta,agar kalian tenang,senang hati,selesa sepanjang berada di rumah kita ini.Bila mata disajikan dengan keindahan dan kekemasan di dalam rumah maka ummi yakin hati kita menjadi tenang.Dan ketenangan itulah yang kita cari dalam usaha kita untuk mengabdikan diri kepada Allah sepanjang hidup ini.

Tenang dalam beribadah..In shaa Allah tenang dalam kehidupan.

Aina ni ada masa-masanya tak perlu disuruh.
Tapi kalau tengah tengok rancangan kegemarannya di TV jawabnya
asyik nanti je le....



Lantai dapur ni Aisyah yang suka mop
sampai gaduh gaduh ngan ummi ye berebut mop.


Suami dan Anak-anakku tercinta,

Rumah kita syurga kita bersama.Mari sama-sama kita pelihara.



Rabu, 5 Disember 2012

Wah!! Cantiknya Pelamin Pengantin tu....

Hari Ahad yang lepas kami menghadiri kenduri kahwin sepupu Abah di Ampang.Tersergam indah pelamin untuk sang mempelai.Aina lah insan yang paling seronok saat tu.Maklum le puteri ummi yang sorang ni suka sangat tengok pengantin...lepas tu mula le dia berangan....

Kebetulan pulak meja jamuan makannya penuh,cuma yang depan pelamin tu je yang kosong.Apalagi... Aina pun cepat-cepat booking meja tu sambil matanya tak lepas memandang ke pelamin idaman.


Aina dan Aisyah tak lepaskan peluang bergambar depan pelamin sambil menjamu selera.
Lazat pulak tu menunya..Alhamdulillah...

'Wah !! cantiknya pelamin tu...banyak bunga ros.Pink pulak tu....Aina suka...'

'Kalau Aina suka, nanti bila Aina kahwin buatlah pelamin macam tu...' Sampuk Aisyah mengusik.
Tersipu-sipu si kakaknya.

'Jangan berangan ye Aina...' Tambah ummi

'Bukan masa Aina kahwin le Mi....buat pelamin yang cantik macam tu le kalau Mak Su Timah kahwin nanti...'Balas Aina

Wah...senyum sampai ke telinga agaknya kalau Mak Su Timah dengar.Dah tak sabo tu Ma anak-anak buahmu...

'Yang penting nanti masa majlis kahwin, pakaiannya mesti menutup aurat dengan sempurna.Muslimah solehah.Longgar...tak boleh pakai yang ketat-ketat tau berdosa.Nanti tak de keberkatan...Allah tak suka...'Sambung ummi.

Aina tersenyum simpul.Hakimi dan Hafizi apalagi...tak berhenti-henti menyakat.

Apapun anak-anakku..setiap kali lepas solat ummi sentiasa berdoa agar kalian dikurniakan pendamping hidup yang soleh dan solehah serta zuriat yang mulia akhlak dan pekertinya nanti.Moga kehidupan kita dirahmati Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

Selasa, 4 Disember 2012

Pulasan Atok yang masak ranum

Alhamdulillah selepas ke kebun manggis Atok Ayub kita ke kebun pulasan Atok pulak.Tak jauh.Belakang rumah Atok je.

Subhanallah...Pokok-pokok pulasan Atok yang rendang-rendang tu semuanya sedang masak ranum.Merah di sana sini. Rambang mata ummi.Tak tahu nak mula petik dari mana.Sambil tangan memetik mulut kami tak berhenti menguyah.Ya Allah kenyang buah le pulak pagi ni....Tadi manggis...kali ni turn pulasan pulak jadi habuan kami.


Merah nye mak ngah....Pokoknya rendang-rendang.
Aisyah pun boleh petik.Seronok anak-anak ummi...


Petik bah...jangan tak petik...
Rendang je pokok pulasan Atok ni..

Syukur ya Allah atas rezekimu ini.Syukur juga ya Allah kerana kami dikurniakan abah dan atok yang rajin berbudi pada tanah.Hasilnya kini kami tuai bersama.Atok yang berpenat lelah menanam,kita ni pulak menuai aje ye..hihi....Terima kasih Abah.Terima kasih Atok....

Ni yang buat kami asyik termimpi-mimpi pulasan Atok..
Aina siap mimpi lagi tu...
Kalau bawak balik sg. Besar pun bertahan sehari je...
kejap je habis...padahal berkilo-kilo..


Yum...yum... manisnya ciptaanMu. Alhamdulillah...
anak-anak ummi semua suka pulasan tapi yang harunya tangan ummi le yang sakit.
semua mintak tolong ummi pulaskan...Belajar-belajarlah memulas ye...


Tu dia...penuh satu kereta sorong atok..
Time petik pulasan ni anak-anak ummi sume dah pergi main.
ummi dengan opah ,abah dan Pak Anjang le yang memetiknya.
Lain kali petik sendiri pulak ye...

Apapun kami dah tak sabar nak pergi serbu pokok pulasan atok ni lagi.Stok kat Sungai Besar dah habis.Hajat di hati nak sedekah kat jiran-jiran.Tak sempat...dah habis.Kesian pulak tengok anak-anak ummi tak berhenti makan.Setahun sekali je dapat rasa ye...

In shaa Allah lain kali kalau ada rezeki kita sedekah kat jiran-jiran pulak.Panjang-panjangkan sedekah atok Ayub.Besar pahala Atok yang menanam.Yang memetik pun dapat pahala.Yang makan pun dapat pahala,tapi baca Bismillah tau....

'Ala kulli hal...ALHAMDULILLAH...

Pertama kali anakku makan buah manggis!!

'Wah...sedapnya...kita ingatkan buah manggis ni masam.Nak lagi mi...'

Itulah kata-kata pertama yang terpacul dari mulut Hafizi bila dia merasa buah manggis untuk pertama kali dalam hidupnya di satu pagi di kebun Atok Ayub.



Maaflah ye anakku...ummi tak perasan korang ni semua tak pernah makan buah manggis.Bila ummi ingat balik...ya lah mana pernah ummi belikan buah manggis untuk korang.Ditambah lagi buah manggis atok Ayub ni tahun ni je yang  lebat buahnya.Yang lepas-lepas tu  tak perasan pulak.

Pagi itu kita meredah kebun dengan opah bersama dengan Pak Anjang.Atok Ayub tak dapat turut serta memandangkan ada kematian di kampung subuh tadi.

Dengan membawa baldi dan besen kita mengutip buah-buah manggis yang berguguran.Pak Anjang dengan galah panjangnya berusaha menggugurkan buah-buah manggis yang telah masak ranum di atas pokok.

Tu diaa...jolok ye Pak Anjang.Kami tolong kutip dan makan.hihi...


Semuanya menyeronokkan...Sambil mengutip...mulut kita tak berhenti menikmati keenakan manggis Atok Ayub versi 2012.


Sebaldi penuh dan sebesen buah manggis kita kumpul pagi itu.
Haa...makanlah puas-puas anakku.

Pokok-pokok manggis ni Atok dah tanam sejak ummi masih di bangku sekolah rendah lagi.Ummi masih ingat lagi,Pokok manggis ni buahnya dulu sangat lebat.Sejak beberapa tahun kebelakangan ni saje buahnya dah tak banyak.

Namun yang mengejutkan Atok tahun 2012 ni, buahnya sangat banyak.Rezeki Allah beri.Alhamdulillah....Cumanya pokok-pokok tu dah agak tinggi.Jenuh jugak nak jolok dengan galah yang panjang tu.Ummi awal-awal lagi dah surrender....Tak larat...Terima kasih Pak Anjang,Abah dan Opah yang tak penat bergilir-gilir jolok buah -buah manggis tu bagi jatuh.Anak-anak ummi tukang kutip dan tukang makan je ye...

Syukur ya Allah atas rezeki kurniaanmu itu.

Teratak Atok Ayub dan opah yang damai dan tenang

'Yeahhhh balik kampung'

Girang sungguh permata-permata hati ummi bila tahu nak balik kampung.Tidur kat Pulau Indah selama 2 malam.Bak kata Hakimi 2 malam tu dah kira lama lah tu...biasanya satu malam je...hihi...Masing-masing packing baju dan alatan permainan yang nak dibawa.Tak sabar-sabar  rasanya.

Dalam kepala ummi dah terbayang seronoknya nanti kalian berkumpul beramai-ramai,duduk berkampung bawah pokok rambutan,pulasan,manggis,main badminton,boomerang,kejar-kejaran dengan sepupu-sepupu kalian yang lain.Apatah lagi laman rumah Atok Ayub tu sangat luas.Kat Taman Perdana ni tak de tanah dah sumenya dah bertile.Tu yang bosan ye anak-anakku.. Wahhhh...seronoknya....Cepat le balik abah....

Tu dia Teratak Atok Ayub.....Kita dah sampai...


Ada orang atas bumbung tu...tengah repair atap yang bocor

Atok Ayub sangat minat bercucuk tanam.Dari pelbagai jenis pokok  buah-buahan hinggalah kepada ulam-ulaman.  Banyak yang dihajati boleh didapati di sekitar laman rumah Atok Ayub.Macam-macam ada.Ummi seronok sangat bila balik kampung.Menghijau......segala-galanya hijau.Subhanallah!!! Terapi mata dan minda.Sungguh mendamaikan dan memberi ketenangan.Semuanya ciptaanMu ya Allah.Syukur...

Halaman sebelah kiri rumah Atok.
Jalan masuk  ke rumah  Atok ni kiri kanannya
ada pokok yang menjulang tinggi tu..ape ye namanya ?

Halaman sebelah kanan rumah Atok
Tempat ni cucu-cucu Atok suka main badminton,boomerang dan berkejar-kejaran.
Kalau rumputnya dah panjang jenuh nak mesin rumput keliling rumah.
Tabik dengan opah yang sentiasa bersemangat waja menyorong mesin rumput yang berat tu...


Sepanjang sempadan sebelah kanan tu berbaris pokok dokong dan pokok mata kucing.Pokok dokong tengah berbuah lebat.Rasanya sangat manis.Menjadi kegemaran cucu-cucu Atok.Yum..yum..yum...


Lebat betul buahnya.
Rasanya cukup manis.Berebut cucu-cucu Atok.



Tu diaa...Subhanallah...Walhamdulillah...Allahuakbar...


Buah mata kucing ni masih membesar.
Sabar le ye nak menikmati kemanisannya...

Sempadan sebelah kirinya pulak berbaris pokok rambutan gading....menguning....Subhanallah!! lebat betul buahnya .Rezeki kurniaan Allah.Atok kata untuk anak,cucu,sedara mara...sedekah sana sini...yang dijual pun ada.Alhamdulillah rezeki sama-sama merasa.





Hakimilah yang sangat seronok.Rambutan ni le kegemarannya.
Lepas sepinggan sepinggan dia makan.
lastnya Hakimi duduk je tepi pokok tu..Main petik...dan petik...dan petik...
Atok Ayub pun terkejut tengok Hakimi makan...cucuku...


Tanam-tanaman di belakang rumah Atok Ayub

Pergi ke belakang rumah Atok Ayub pulak macam-macam tanaman ada. Ada pokok rambutan merah ,barisan pokok pulasan,kedondong,cempedak,nangka,nenas,kelapa pandan,mangga,segala jenis limau,limau bali,limau kasturi,limau nipis,limau purut,oren je tak de...sayur pucuk manis,keladi air,ulam-ulaman,putat,kacang botol,ulam raja,pegaga  dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah...Allah beri kekuatan pada Atok Ayub untuk tanam semua tu di samping peneman setianya di sisi Opah tercinta.Moga Atok Ayub dan Opah sentiasa sihat dan bahagia.



Pulasan Atok yang tengah masak ranum...Subhanallah...
Geram menengoknya...


Rambutan laici ni ummi suka.Sedap..comel..bulat-bulat macam laici


Pokok kacang botol atau keceper...
Ummi selalu petik bawak bekal ke Sungai Besar.
Kacangnya tak pernah surut.Alhamdulillah...


Haa...tau tak pokok apa ni?
Ni lah pokok putat.Atok suka sangat buat ulam.
Sangat berkhasiat.Rasanya kelat-kelat.
Ada lebih kurang 5 batang pokok kat belakang rumah Atok tu.



Ni pulak limau bali Atok.Siap pakai baju lagi.Atok nak jaga kualiti buah.
Atok kalau menanam mesti nak hasil yang terbaik.Itulah sikap terpuji Atok Ayub.
Sangat tekun dan bersungguh-sungguh.



Pokok kedondong ni  sentiasa berbuah
Tak termakan buahnya...enak untuk ibu-ibu yang mengidam



Sirih ni wajib le ada.
Maksu Timah... kita orang dah tak sabar nak buat sirih junjung ni..hihi



Nanti lain kali ummi upload tanam-tanaman lain.Gambar-gambar ni sebagai pelepas rindu ummi kat Pulau Indah.Apalagi time cuti sekolah ni.Rasanya nak duduk lama-lama je  kat Pulau Indah tu,tapi tak boleh ...Abah kerja pejabat.Mesti dok Sungai Besar.In Shaa Allah hujung minggu nanti kita balik kampung lagi ye anak-anakku.Rindu kat rambutan,pulasan dan manggis tu.Rindu kat opah ngan Atok Ayub  jugak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...