Selasa, 9 Julai 2013

Ramadan kali ini tambah berseri

Alhamdulillah...selautan syukur ummi panjatkan pada Ilahi kerana ummi masih dipanjangkan usia untuk berada dalam bulan Ramadan tahun ini.Sememangnya Ramadan kali ini sangat kita nanti-nantikan,apatah lagi tarikh jangkaan ummi melahirkan baby yang ke 5 ini jatuh pada 10 Julai 2013 bersamaan dengan 1 Ramadan.

Sungguh benar kelahiran dan kematian adalah sepenuhnya di bawah kekuasaan Allah s.w.t.Kita ini makhlukNya yang tidak punya apa-apa kuasa dan upaya melainkan dengan izin dari Nya.Akhirnya takdir Allah ,ummi melahirkan adik Nur Annisa Saffiyah pada tarikh 1 Julai 2013 tepat jam 11.53 malam di hospital Teluk Intan.

Ketentuan Allah mengatasi segala-galanya.Dalam keadaan doktor juga tidak pasti sama ada ummi boleh melahirkan secara normal atau sebaliknya,Alhamdulillah kelahiran ini dipermudahkanNya,sekalipun  berdepan dengan situasi yang agak mencemaskan.Apapun,,,syukur ya Allah di atas anugerahMu ini.
 
Adik Nisa..
ummi,abah ,abang-abang dan kakak-kakakmu serta seluruh ahli keluarga kita tidak sabar-sabar menanti kehadiranmu.Syukur akhirnya wajah mulusmu dapat kami tatapi dan ciumi..bak kata kak Aisyah...baby ni baunya wangi sangat....walaupun belum mandi.Itulah Aisyah....bayi itu ibarat kain putih...suci dan bersih.Ummi dan abahmu inilah nanti yang bakal mencorakkanya.Moga Allah masih memberikan ummi dan abah  kesihatan dan kekuatan untuk mendidik kalian semua di atas jalan yang Allah redhai.
 
Ramadan telah datang bertamu.Bulan yang dijanjikan Allah dengan keberkatan dan keampunan.Ayuh  permata hatiku,usah disiakan usia kita.Setiap detik dalam Ramadan ini pastikan ianya dimanfaatkan sebaik mungkin.Ramadan akan datang belum tentu kita dapat bersua dengannya kembali.Teruskan beramal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...