Selasa, 20 Mei 2014

Annisa.....Penghibur hati kami


Bersantai di Mydin Mega Mall  sebelum melawat Abang Hakimi di SAM Bestari Subang Jaya.Nampaknya semenjak Hakimi bersekolah kat sini,Mydin kerap menjadi destinasi pilihan  kami untuk ber'shopping' dan menjamu mata.

Bagi ummi walaupun  hampir setiap minggu mengunjungi Hakimi di asramanya,penat dan  letih tu memang ada namun hati ummi sentiasa berbunga  bahagia,terubat rindu bila melihat  wajahmu 
Muhammad  Irfan  Hakimi.

Abang Hafizi dan Kak Aisyah yang tak pernah jemu melayan kerenah adik kesayangan mereka.



Cak!! nak main lagi lah ummi.....

sayang Annisa Safiyyah....
Syukur Alhamdulillah melihat dirimu membesar dengan sihat dan ceria.

Khamis, 15 Mei 2014

SAM Bestari Subang Jaya

Anakku....
 Tabahkan hatimu. Tempuhilah segalanya dengan redha. Itulah realiti kehidupanmu kini. Jangan pernah kamu berputus asa. Pandanglah kehadapan... sesungguhnya anakku,kau bakal berdepan dengan 1001 macam lagi rintangan dalam mengurus kehidupanmu. Anggaplah ini baru permulaan. Teruskan perjuanganmu dalam medan menuntut ilmu. Jadikan Allah matlamatmu. Ajaran Rasulullah tercinta panduanmu. Nasihat ummi dan abah sematkan di hatimu. Yakinlah kamu BOLEH anakku. Sebaris namamu tetap terpahat di dalam doa kami saban waktu. Moga kelak kejayaan menjadi milikmu.

Hakimi permata hati sulung  ummi....

Hampir 5 bulan kamu telah menjadi penghuni Asrama SAM Bestari Subang Jaya.Itulah takdir Allah untukmu.Teringat ummi saat dirimu menerima tawaran sekolah berasrama.Kamu berpeluang untuk membuat pilihan sama ada SAM Bestari,SBPI Sabak Bernam atau SMKA Simpang Lima.Subhanallah anakku, ummi serahkan padamu,apakah pilihanmu setelah ummi memberikan panduan dan bimbingan.

Ummi melihat kamu lebih berminat dengan SBPI Sabak Bernam.Namun di satu pagi ummi agak terkejut apabila pilihanmu adalah SAM Bestari Subang Jaya."Ummi kita tekad lah...SAM Bestari Subang Jaya...Pilihan ibu kan pilihan yang terbaik..."Sungguh anakku  ummi sangat terharu...

Irfan Hakimi....

Pilihanmu itu juga adalah pilihan pertama ummi.Ummi tidak menafikan sekolah yang lain itu juga bagus.Namun pada ummi keyakinan untuk melihat perubahan dalam pengamalan  agamamu yang baik berada di SAM Bestari, saban hari ummi berdoa minta pada Allah agar ditunjukkan jalannya...Alhamdulillah itulah takdir Allah untukmu.

Mendengar dan melihat bi'ah dan suasana beragama di sana ummi yakin itulah tempat terbaik untuk mentarbiyyah jiwamu.Ummi ingin melihat anak ummi menjadikan Allah sebagai matlamat utama.Mendahulukan solat dalam apa jua keadaan,menjadikan Al-Quran sebagai alunan harian juga pengamalan sunnah nabi dalam kehidupanmu seharian.

Kini ummi dapat melihat beberapa perubahan baik dalam dirimu.Teruskan segala kebaikan itu anakku..Walau adakalanya dirimu mengeluh dengan kesukaran subjek Arab Al-Azhar.Tabahkan hatimu...moga  Bahasa Arab itu nanti menjadikan dirimu semakin dekat dengan Al-Quran.Cintamu kepada kalam suci itu semakin mekar.Itulah hasrat hati ummi...melihat jiwamu diasuh dengan Al-Quran.

Anakku Muhammad Irfan Hakimi....

Yakinlah...Hakimi BOLEH!!
Kobarkan semangatmu
Bulatkan tekadmu
Aturlah strategimu
Teruskan langkahmu
Maju kehadapan
Lihatlah anakku............ada sinar menantimu di hadapan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...