Sabtu, 23 Januari 2010

Rindu nak balik Pulau Indah..

Umi...bila kita nak balik Pulau Indah ?Sering kali soalan itu terpacul dari mulut anak-anakku...lebih-lebih lagi Hakimi...Sabar ye nak..kalau boleh tiap-tiap minggu ummi nak balik sana, jumpa atuk Ayub ngan opah...tapi nak buat camne...sekarang ni hujung-hujung minggu sekolah ada je programnya...kalau tak sekolah ummi...sekolah abah lak...nanti ye...hujung bulan ni kalau ada kelapangan kita balik sana..ummi pun dah lama tak jumpa ayahbonda umi juga nenek oyang...Apa khabar agaknya mereka semua...ummi selalu pesan kat anak-anak ummi lepas sembahyang mesti doakan ummi dan abah macam ummi doakan abah dan umi ummi...
Seringkali anak-anakku... menitis air mata ummi bila mengenangkan jasa dan pengorbanan mereka membesar dan mendidik ummi adik-beradik.Benarlah...setelah ummi menjadi ibu baru ummi sedar alangkah hebatnya dugaan untuk mendidik dan membesarkan anak-anak...itulah yang atuk Ayub ngan opah telah rasa dan lalui...membesarkan kami lapan orang semuanya...memberikan didikan agama yang cukup sempurna...tinggal lagi kita sebagai anak-anak menggenggam kukuh didikan yang disemai dalam jiwa..lalu menzahirkannya dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim yang beriman....
Atuk Ayub & opah...umi dan abahku...
Dalam rutin hidupku sebagai seorang ibu kini...aku cuba mencontohi didikan abah dan umi padaku dulu....masihku ingat tegasnya abah menyuruh kami solat berjemaah ...mengejutkan kami di waktu dinihari menunaikan solat sunat hajat...meskipun ketika itu kami masih lagi di bangku sekolah rendah...dalam keadaan mengantuk kami gagahi juga untuk turut bersama kalian yang kami sayangi...hampir setiap waktu solat abah akan pastikan kami berjemaah...lebih-lebih lagi solat maghrib...kalau abah solat di masjid..maka umilah penggantinya...seusai solat maghrib Al-Quran pula mesti dibaca...tekunnya kalian mengajar kami mengaji..rotan tak pernah lepas dari tanganmu abah...yang ada kalanya gertakmu mengecutkan hati ini..namun berkat ketegasanmu itulah yang telah menjadikan kami anak-anak yang pandai mengaji...juga anak-anak yang begitu hormat kepada orang tua...

Abah dan umi yang dikasihi...
Lebih kurang 9 tahun angah telah bergelar ibu...Angah kini telah dan sedang terus mencuba untuk menerapkan nilai-nilai murni yang telah kalian semai di dalam jiwa ini dulu...angah ingin mewarnai rumahtangga ini dengan solat berjemaah dan bacaan Al-Quran...mendidik anak-anakku menjadi soleh dan solehah....bukan mudah ye abah dan umi...adakalanya menitis juga air mata ini berdepan dengan kerenah mereka....namun setakat ini..Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana memberikan diri ini kekuatan untuk meneruskan didikanmu dulu pada anak-anakku pula....Terima kasih Abah dan umi....Jasamu tidak terbalas sekalipun dengan segunung intan permata atau wang berjuta..Ia tersemat kukuh di hati sanubari ini..Seringkali kupanjatkan doa pada Ilahi agar menganugerahkan kalian keampunan...kerahmatan..kesihatan yang berpanjangan dan kekuatan untuk terus beramal selama hayat masih di kandung badan....Ya Allah...rahmatilah dan kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku kecil dan tempatkan mereka kelak di kalangan para solihin...amin...

Duhai anak-anakku....
Pesanan yang sering ummi ulang dan terus ulang...kalau abah dan umi tiada lagi ...jangan kalian lupa doakan abah dan ummi..kerana doa kalian akan memberikan kelapangan kepada kami di sana nanti...Ya Allah jadikan kami semua tergolong dalam golongan orang-orang yang engkau kasihi dan rahmati.Jauhkan kami Ya Allah daripada azab seksa nerakamu kelak..amiin...

Ayahbonda tercinta :
Ayahanda Ayub bin Ibrahim
Bonda Supinah bt Zaini
Adik-beradik ummi :
Norhalimaton Sa'adiah (Mak Long)
Nor Sofiaton Jalilah (ummi)
Norhafizaton Solehah(Mak Lang)
Norhidayaturrahmah(Mak Uda)
Mohd Kamal Hafizullah(Pak Andak)
Mohd Zainol Faizullah (Pak Anjang)
Mohd Fadzil Khairullah (Pak Teh)
Nor Fatimaton Zaharah (Mak su Timah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...