Anak-anak ummi,
Cuba perhatikan maksud bacaan doa di atas.Itulah maksud doa yang kita pohon dalam solat ketika kita duduk antara dua sujud.Subhanallah,sedar atau tidak anak-anakku,sungguh besar permohonan itu.Ada 8 perkara yang kita pohon dalam doa itu.Harapan ummi,anak-anak ummi berusaha untuk meneliti setiap maknanya dan hafal.Kenapa??
Kerana anak-anakku berdoa dengan faham apa makna doa itu akan menjadikan kamu lebih khusyuk dan lebih bersungguh untuk memintanya dari Allah.Sehingga adakalanya dengan penuh pengharapan kita memohonnya dari Allah boleh membuatkan air matamu itu mengalir.
Ummi sewaktu kecil juga seperti kamu anak-anakku.Tidak ambil kisahpun apa maksud doa itu, hanya sekadar membacanya.Tidak tahupun apa yang ummi pohon.Namun keimanan kita ini sewajarnya meningkat seiring dengan peningkatan usia .Kalau dulu ketika kecil kamu tidak ambil tahu,maka sewajarnya sekarang ini kamu berusaha untuk tahu apa sahaja maksud bacaan yang kamu baca ketika
solat bermula dari takbiratul ihram hinggalah memberi salam.
Ingat anak-anakku,
Solat tiang agama.Solat benteng pertahanan yang sangat ampuh untuk mengelakkan diri kita dari terjerumus ke lembah dosa.Tidak solat itu bermakna kita tidak mempunyai benteng langsung untuk mempertahankan diri dari musuh kita yang nyata iaitu NAFSU dan SYAITAN.
Permata hatiku,
Solat yang didirikan sambil lewa pula menyebabkan benteng yang kita cuba bina atau bangunkan itu hanyalah umpama kayu-kayu yang reput dimakan anai-anai.Langsung tidak kukuh,yang nanti dengan mudah dan senangnya akan rebah,jatuh tersungkur menyembah ke bumi.Maka jadilah solat itu hanya sia-sia tidak memberikan sebarang manfaat buat pelakunya.
Justeru anakku,mari kita perbaiki dan tingkatkan mutu solat kita hari demi hari.Bukan sama sahaja seperti semalam.Sebagaimana yang ummi tekankan di atas tadi Mutu solat kita dan keimanan kita mesti seiring dengan peningkatan usia.
Teruskan beramal anak-anakku.