Sabtu, 13 Oktober 2012

Jangan Biarkan Anakmu Tak Pandai Baca Al-Quran!!

Alif…ba…ta….

mengajar anak mengaji tidak semudah menyebut alif …ba…ta…Tahniah dan syabas kepada ayah dan ibu yang telah berjaya mendidik anak-anaknya mengenal huruf-huruf di dalam Al-Quran.Subhanallah!!anda telah melakukan amal jariah yang sangat besar ganjarannya ,yang tidak akan putus-putus mengalir pahalanya .Berterusan sekalipun anda telah meninggalkan dunia yang fana ini.

Bayangkan ayah yang soleh dan ibu yang solehah!! penat lelahmu,sabarmu mengajar anak-anakmu sehingga mereka itu mampu membaca ayat-ayat Al-Quran dengan baik sungguh mahal harganya di sisi Allah.Lebih-lebih lagi apabila anak itu yang pandainya dia mengaji kerana anda yang telah mengajarkannya,nantinya dia akan mengajar anaknya pula mengaji,dan anaknya itu pula mengajar anaknya mengaji,dan seterusnya….ayah kepada anak kepada cucu kepada cicit kepada buyut dan seterusnya.betapa besar ganjarannya untukmu ayah dan ibu kerana kamu yang memulakannya apatah lagi besar pahala buat ayah dan ibu kita yang pandainya kita itu mengaji kerana mereka dahulu yang mengajarkannya.Subhanallah…amal jariah…..

Justeru para suami,pastikan kalianlah yang berperanan utama, duduk dengan sabar dan tekun mengajar anak-anakmu mengaji di samping isteri membantu ketika ketiadaanmu.Bukan diserah bulat-bulat kepada orang lain untuk mengajarkannya,dengan pelbagai alasan - tak pandai mengaji,sibuk,penat,tiada masa dan bermacam lagi.

Sewajarnya apabila seorang suami menyedari kekurangan dan kelemahannya dalam bab mengaji maka perbaikilah bacaanmu,usah dibiarkan begitu sahaja tanpa ada peningkatan dari segi mutu bacaan, sebutan mahraj huruf dan tajwidnya.Kerana suami itulah yang akan mengimami sembahyang berjemaah ahli keluarganya nanti.Apakah yang akan berlaku andai bacaan seorang imam banyak kesalahan pada mahraj dan tajwidnya?Bagaimana dengan solat itu nanti?Fikirkanlah….

Tanamkan azam dan tekad di dalam hatimu para suami ;

“Di tanganku ini dengan kemampuan yang aku ada,akulah yang akan
mengajar anak-anakku mengenal alif..ba..ta… hingga ke akhirnya,bukan
orang lain kerana mereka itu amanah Allah kepadaku dan aku pasti akan ditanya dan dipertanggungjawabkan oleh Allah tentang amanah ini.”



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...