Solat itu benteng yang kukuh untukmu menghadapi segala dugaan dan mehnah hidup di atas dunia ini.Itu bukan kata-kata ummi tetapi itulah penjelasan Allah pencipta kita di dalam kitabNya yang mulia.
‘Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar’
Solat yang benar-benar mampu berperanan sedemikian bukanlah solat yang didirikan sambil lewa,atau acuh tak acuh.Tetapi solat yang tinggi kualiti dan mutunya di sisi Allah bermula dari pada takbiratul ihram sehinggalah kepada memberi salam.
Justeru anak-anakku,mari kita perhati dan muhasabah kembali mutu solat kita itu.Adakah keadaannya masih sama sebagaimana kamu mendirikannya ketika kamu berusia 12 tahun,tanpa tahu makna bacaan yang dibaca sama ada Al-Fatihah,rukuk,sujud,duduk antara dua sujudnya hinggalah kepada salam yang kedua,tanpa khusyuk dan tomakninah yang betul,tanpa ada penghayatan dan kesungguhan ketika berhadapan dengan pencipta kita.Bos segala bos yang ada di dunia ini?

Anak-anak didik sekelian,
Hebatkah kamu di sisi Allah;berjaya mendapat straight A di dalam peperiksaan tetapi kamu mengabaikan solat.Di dunia ini kamu dipuji kerana cemerlangnya kamu di dalam exam tetapi adakah di sisi Allah dan di kalangan penduduk langit,kejayaanmu itu juga dipuji? Fikirkanlah!!apa yang kita kejar di dunia ini,pujian manusia atau pujian penciptamu.Sanjungan manusia atau sanjungan Tuhanmu.Jangan kita tergolong dari kalangan orang yang rugi.Kita berasa di dunia ini kita bermegah,bangga dan puas dengan kejayaan kita,sedangkan di akhirat kelak kita dihina sehina-hinanya oleh Allah kerana mengabaikan solat.
Anak-anakku,
hidup di dunia ini hanyalah sebentar cuma.Keseronokan dunia yang engkau kecapi itu hanya sekejap sahaja, sedangkan akhirat itu alamnya kekal abadi, selama-lamanya.Mana satu yang kamu pilih? keseronokan yang sebentar di dunia ini atau kesengsaraan yang berpanjangan di akhirat kelak.
Justeru anak-anakku yang dikasihi,
Peliharalah solat 5 waktumu.Ketika kamu sedang belajar dan azan berkumandang,tutuplah bukumu itu,bersegeralah menuju kepada Allah dengan berwuduk dan solat.Solat mesti didahulukan dalam apa jua keadaan.Peliharalah solatmu nescaya kamu selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan