'Ummi...kita dapat 75 English...' Itulah ayat pertama Hakimi sewaktu ummi mengambil Hakimi balik dari sekolah.
'Alhamdulillah....syukur...Tahniah ye!' Balas ummi
'alaa...tak dapat A.' ada nada kesal keluar dari mulutnya.
'Pada ummi itu dah cukup bagus.Banyak jugak peningkatannya dari 62 ke 75.Alhamdulillah...ummi sangat bersyukur...'Balas ummi lagi.Terasa ada genangan air di mata ummi.
Benar anakku.Sesungguhnya ummi melihat kesungguhanmu itu dalam 2 bulan kebelakangan ini.Hakimi berusaha untuk memperbaiki penulisan ayat dan karangan dalam English.Banyak jugak latihan yang Hakimi cuba buat.Dan bila ummi check ayat-ayat tersebut,nampak perbezaan yang ketara berbanding sewaktu Hakimi di awal tahun dulu.Alhamdulillah..ummi juga telah membayangkan pasti pada kali ini keputusan English Hakimi akan lebih baik lagi.Ummi sangat yakin itu bila melihat pada peningkatan tersebut.
Ummi juga masih ingat pada malam ujian dan peperiksaan English yang terdahulu Hakimi menangis lantaran terlalu tension dan merasa tertekan.Keyakinanmu langsung hilang.Puas ummi memberikan kata-kata semangat dan perangsang.
'Ummi yakin Hakimi boleh!!!Cuma Hakimi perlukan masa.Teruskan usaha.Insya Allah lambat laun kejayaan akan menjadi milikmu jua....'
'Ummi dan abah juga berusaha.Ummi hantar Hakimi ke kelas tution BI cikgu Zalina.Ummi belikan banyak exercise book untuk Hakimi.Hakimi berusahalah...Cakap je apa yang Kimi nak ..ummi boleh belikan,asalkan boleh membantu penguasaan Hakimi dalam BI.Dari pihak Ummi,Ummi akan terus doakan Hakimi.Bersungguhlah!!'
Dan ummi sangat sedar Hakimi.Usaha terbesar dari pihak ummi sebagai ibumu adalah doa dan solat Hajat untukmu.Ya...Doa seorang ibu.Munajat seorang ibu...Ummi mesti gandakan doa itu...Ummi sangat yakin Allah akan mendengar rintihan hati seorang ibu buat anaknya...
Wahai para ibu sekelian..
Doa untuk kesejahteraan anak-anak suatu yang wajib dilakukan oleh seorang ibu.Dan saya sangat berkeyakinan bahawa semua ibu-ibu di luar sana sentiasa panjatkan doa buat anak-anak tercinta.Perkara pertama yang kita pohon untuk mereka adalah perkara akhirat terlebih dahulu,kemudia kita susuli dengan perkara yang berkait dengan kesenangan mereka di dunia .Maka pohonlah para ibu sekelian;
'Ya Allah..Jadikan anak-anakku hambaMu yang sangat mencintaiMu,mencintai RasulMu,mencintai solat,mencintai bacaan Al-Quran,mencintai ilmu, mencintai amal soleh dan kebajikan serta jauhkan mereka daripada dosa dan kemurkaanMu.'
'Ya Allah..selamatkan mereka daripada fitnah dunia,berikan mereka pendamping hidup yang soleh dan solehah,dijauhkan dari azab kubur,dipermudahkan urusan hisab dan mizan,ditetapkan kakinya ketika meniti titian siratMu dan ditempatkan mereka di kalangan orang-orang yang Engkau Kasihi.'
'Ya Allah...Anugerahkan rezeki yang mencukupi buat mereka,jadikan mereka orang yang bijak untuk agamaMu.Jadikan mereka para pejuang agamaMu.Lapangkan hati mereka,cerdaskan akal mereka,mudahkan kefahaman mereka,jadikan mereka orang yang bersungguh dalam menuntut ilmu dan anugerahkan kepada mereka kejayaan di dunia dan akhiratMu.'
Sahabatku,para ibu sekelian...
Teruskan berdoa.Sesungguhnya doa kita yang ikhlas pasti didengar di kalangan para penghuni di langit sana.Apatah lagi andai doa itu kita panjatkan di waktu sepertiga akhir malam.Subhanallah......
Anakku...
Ucapkan syukur Alhamdulillah kepadaNya.Sesungguhnya DIA telah melihat usahamu itu.Sesungguhnya DIA Maha Mendengar rintihan hati-hati kita.Sesungguhnya DIA Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya yang beriman.
Anakku...saat kau menduduki kertas English peperiksaan akhir tahun tempohari, ibumu ini tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar dimudahkan urusanmu.Ketika itu ummi bertugas sebagai pengawas PMR di SAM Sg. Haji Dorani.Ummi sebut namamu berkali-kali...ya Allah permudahkanlah anakku...
Ya...ummi sangat yakin... Allah Maha mendengar rintihan hati seorang ibu...dan lambat laun Allah akan kabulkan jua....Syukur Alhamdulillah
Anakku..
Pesanan yang sering ummi ulangi buatmu.Jadilah anak soleh.Cemerlang sahsiyah dan akademik.Sekalipun kamu bijak dalam pelajaran,sekalipun kamu berjaya memperolehi staraight A,Allah tidak akan pandang anakku sekiranya kamu mengabaikan solat.Ummi tidak akan pernah berasa bangga dengan kejayaanmu kalau kamu itu tidak menunaikan solat 5 waktu.Hidup kita ini bukan untuk dunia anakku.Hidup kita ini untuk akhirat,kita akan kekal di sana selama-lamanya.Pilihlah kesenangan di mana yang kamu inginkan,tetapi pesanan ibumu ini pilihlah kesusahan di dunia kerana ia akan menjanjikan kesenangan buat kita di sana,kerada dunia ini bukan tempatnya untuk kita berehat.
Anakku..untuk Englishmu itu,teruskan usahamu.Ummi sangat berkeyakinan kamu pasti BOLEH!!Berusaha dan berdoalah.Allah sekali-kali tidak akan menzalimi orang-orang yang berusaha.Yakinlah itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan