Teringat ummi pada satu kisah di waktu petang.Ia benar-benar mengajar ummi agar jadi hamba Allah yang benar-benar bersyukur di atas apa sahaja kurniaanNYA.Ucapkanlah Alhamdulillah...
Hobi Abah berkebun.Setiap petang usai kerja di pejabat,kalau awan cerah,hari tak hujan Abah mesti meluangkan masa lebih kurang sejam di kebun yang terletak di Parit 1.Maklumlah pokok-pokok sawit tu abah yang kerjakan sendiri.Dengan kudrat dan kekuatan yang Allah beri sedaya upaya abah usahakan walau dihambat kekangan masa dengan rutin kerja di pejabat dan kepenatan seharian di kantor.Ummi tabik kat abah.Alhamdulillah abah sihat....moga Allah berikan kesihatan yang baik pada abah yang kita sayangi.
Teringat ummi...tatkala pokok kuinin berbuah lebat,bila balik je dari kebun abah pasti membawa beberapa biji buah kuinin yang masak ranum.Baunya sungguh harum menusuk hidung.Namun Allah takdirkan setiap kali ummi kupas buah tersebut pasti ada tuan di dalamnya.Hampir keseluruhan buah tersebut bertuan...sampai ummi tak boleh nak rasa walau sehiris potongan sedang untuk dinikmati.Sebiji demi sebiji ummi kupas namun begitulah juga isinya.Ummi maklumkan abah hal tersebut dan dengan selambanya abah menjawab 'kupas je lah...mana tahu ada yang boleh dimakan...'Rupa-rupanya abah dah tahu keadaan sebenar isi di dalamnya.
Walaupun begitu,setiap petang abah pasti membawa juga balik ke rumah beberapa biji buah kuinin yang baru gugur.Ummi tetap setia mengupas sebiji demi sebiji,namun isinya masih begitu.Bukan rezeki kita.Esoknya abah tetap juga bawa balik.Begitulah yang berlaku beberapa kali petang,hinggalah ummi rasa sedikit bosan kerana ummi agak pasti isinya tak boleh dimakan.Ummi jugalah yang kena kupas dan buang.Dalam hati kecil ni rasa nak marah..kenapalah abah ni hari-hari bawak balik kuinin ni...padahal dia dah tahu dah isinya bertuan....
Sehinggalah di suatu petang..agaknya ummi dah malas nak kupas dan tengok isinya,sebab dalam hati ummi dah berkata...ni mesti busuk ni.Dengan rasa yang agak jengkel ummi berkata dengan suara yang agak kuat dari dapur,abah sedang mandi di bilik air."Bang..lain kali tak payah lah bawak balik kuinin ni.Busuk...bukannya boleh dimakan...penat je ummi kupas..."Terluah juga kata-kata yang sudah sekian lama terbuku di hati ini.Semacam rasa puas bila ummi ungkapkan kata-kata itu.Namun nun jauh di sudut hati kecil ummi terdetik juga kata-kata ini ..kecik hati abah agaknya dengan ayat ummi tadi...Ummi pasang telinga...tak dengar apa-apapun butiran kata yang terkeluar dari mulut abah...marah kot...
Sepantas kilat ummi masukkan buah-buah kuinin tadi ke dalam plastik untuk ditongsampahkan.Kalau abah nampak,mesti abah marah.Namun rasa bersalah pulak dengan abah.Penat je abah bawak balik kuinin ni.Ummipun ambil pisau dan kupas je lah dulu.Kupas punya kupas sampailah saat untuk ummi hiris isinya.Hirisan pertama..Subhanallah!!! ummi takjub..cantik isinya tiada bertuan.Hirisan kedua begitu juga.Hirisan ketiga...hirisan keempat,kelima,keenam....ummi rasa terpukul...Oh!!Allah marah kat ummi agaknya di atas niat ummi sebelumnya,maka Allah menunjukkan kekuasaanNYA pada ummi.Sebiji kuinin itu langsung tiada berulat.
Subhanallah!! Allah sedang mengajar ummi erti syukur.Syukurlah atas apa jua yang Allah kurniakan.Lagakmu tadi bagai kau tak sedar siapa pencipta buah itu.Rezeki kamu itu di atas ketentuanNYA.Redhalah untuk menerimanya sama ada buah itu baik atau tidak baik.Usah merungut...Terasa basah kelopak mata ummi.Syukur ya Allah.Segera ummi beristighfar...pohon ampunanNYA di atas keterlanjuran sikap dan niat ummi yang tidak baik sebentar tadi.Alhamdulillah...
Selesai sahaja abah mandi, segera ummi maklumkan pada abah hal itu walau ummi berasa sangat malu...'Bang...kali ni ummi terkejut..bila ummi kupas kuinin ni, tak busuk langsung...elok semua isinya...'
Abah hanya senyum.Senyum sinis mungkin,setelah tadinya ummi mengungkapkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Hal itu bukan sahaja terkena batang hidungku tapi menyentap tangkai hati dan imanku agar sedarlah segala rezeki itu DIA yang tentukan.Kita selaku hambaNYA BERSYUKURLAH...REDHALAH...
Sesungguhnya DIA Maha Pemurah.....
Alhamdulillah ya Allah di atas nikmatMU yang tidak terhitung buat kami.