Allah s.w.t sangat tahu apa yang terdetik di hatimu…Mari kita panjatkan hasrat yang baik-baik padaNya.
Suatu malam yang dingin,ummi mengajak Hafizi menemankan ummi ke kedai Photostat.Hajat dihati nak photostat soalan buat anak-anak didikku di esok harinya.Selesai sahaja urusan tersebut,ummi teringat abah dan anak-anak ummi di rumah.
Masih lapar lagikah mereka? Lewat petang tadi mi kari yang ummi sajikan sudah habis kesemuanya.Licin…lapar betul anak-anak ummi.Ummi berkira-kira di dalam hati,mungkin mereka masih lapar.Tentu seronok kalau ummi belikan mereka satay bagi mengalas perut yang mungkin masih berkeroncong.Kami menuju ke gerai satay.Saat menunggu pesanan, ummi toleh ke gerai sebelah…char kuey teow goreng….emmm…sedapnya …lagi lagi kalau banyak kerang…teringin rasanya nak menjamah.
Ummi melihat kepada tukang masaknya.Seorang budak remaja.Pembantunya pula sedang ligat membungkuskan pesanan pelanggan.Di belakang tukang masak itu,ummi lihat sekumpulan remaja yang lebih kurang sebaya dengan mereka sedang berborak sambil bergelak ketawa.Dan di tangan masing-masing terselit sebatang rokok yang masih membara.Kawan-kawan si tukang masak lagaknya…
Hasrat ummi untuk memesan sebungkus char kuey teow terbantut.Hafizi bertanyakan ummi. ‘Ummi tak jadi nak beli ke?’ Ummi angguk. ‘Tak pe,kita cari gerai lain…kalau boleh ummi nak mak cik yang masak.Pas tu makcik tu bertudung…rasa tenang dan selamat ummi nak makan.’
Ummi sedikit keberatan andai tukang masaknya anak-anak muda yang kalau dilihat dari segi gaya dan penampilannya kurang menjaga nilai-nilai agama.Kalau boleh,biarlah mereka itu tergolong dari kalangan yang menjaga solatnya.Hidangan yang dimasak dari air tangan orang yang menjaga solat sudah tentu lebih berkat dan dirahmati Allah.Namun untuk menyelidik sejauh itu bukan suatu yang mudah.Maka sebagai jalan yang agak selamat, ummi lebih gemar andai tukang masaknya seorang yang sudah bergelar mak cik atau pakcik.
Selepas membayar harga satay yang dipesan ,kami terus mencari gerai char kuey teow yang lain.Di seberang jalan kelihatan sebuah lagi gerai,ummi memperlahankan kereta dan memerhatikan si tukang masak.Ohhh…seorang anak muda juga yang pada pandangan zahir ummi…ummi masih kurang berkenan.Kami meneruskan pencarian hinggalah kami sampai pada sebuah gerai yang lain.Kelihatan 2 orang makcik sedang sibuk mengambil pesanan dan menyiapkan hidangan.Hati ummi berbunga gembira,lantas segera turun dari kereta.Hasrat ummi semakin tertunai.
Ummi terus menuju ke gerai tersebut.Sesampai sahaja di depan gerai,ummi sedikit terkedu bila melihat tukang masaknya juga seorang anak muda dengan rambut yang agak panjang.Alamak….namun dah terlanjur berdiri di depan gerai dan salah seorang makcik tadi sedang bertanyakan pesanan dari ummi,terasa tak sampai hati pula untuk berlalu pergi tanpa membeli apa-apa.Pasti nanti terasa hati kecil si makcik.Ummi terus memesan sebungkus char kuey teow goreng kerang.
Namun… nun jauh di sudut hati, ummi rasa berbelah bahagi.Ya Allah hasrat di hati aku inginkan air tangan dari seorang mak cik.
Ummi memerhatikan salah seorang daripada makcik tadi sedang menyiapkan lebih kurang 10 bungkus nasi goreng ayam.Agak lama juga ummi berdiri menunggu pesanan siap.Sabaaaar….Si tukang masak masih lagi menyiapkan nasi goreng untuk pelanggan yang lain.15 minit berlalu…ummi berkira-kira pesanan ummi sahaja lagi yang belum disiapkan.Mungkin lepas ni giliran pesanan ummi pula di masak oleh si anak muda.
Tiba-tiba si tukang masak bersuara… ‘Mak..mak gorengkanlah untuk kakak ni.Aku nak hantar nasi goreng tu kat kawan aku dulu.Nanti aku sambung balik…’Jelas sekali kedengaran suara si anak muda.
Subhanallah…..ummi tergamam seketika. Ya Allah…..sayu dan terharu rasa hati ini.Ya Allah …Engkau mendengar hasrat hati hambaMU ini.Ya Allah Kau kabulkan juga permintaan hambaMu ini.Ohhh……sebaknya….Alhamdulillah…terima kasih ya Allah….cepat sungguh air mata ini mengalir tanda syukur ummi pada NYA.
Si makcik tanpa berlengah terus memegang sudip dan memasak pesananku.Si anak muda terus mencapai bungkusan nasi goreng yang telah disiapkan oleh si ibu lantas memecut motosikalnya.
Lebih kurang 8 minit kemudian pesananku siap digoreng oleh makcik tadi. ‘Ni nak…RM 4 ye..’ Dengan rasa penuh kesyukuran ummi ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mak cik tadi.
Saat ummi pusing untuk menuju ke kereta,si anak muda tadi telah kembali lantas terus memegang sudip semula untuk menyiapkan pesanan dari pelanggan yang lain pula.
Ummi berlalu ke kereta dengan sebungkus char kuey teow goreng hasil air tangan seorang makcik sebagaimana yang ummi inginkan.hati ummi sangat bahagia dan rasa syukur yang tidak terhingga ummi panjatkan pada Nya.Keimananku pada Mu makin utuh. …Keyakinanku pada Mu semakin bertambah.Peliharalah iman hambaMu ini ya Allah.
Malam itu Allah mengajar ummi agar sentiasa berdoa dan panjatkan hasrat yang baik-baik di dalam hati.Sungguh!!! Allah Maha Mendengar rintihan hati hambaNya,apatah lagi hasrat hati dan keinginan kita itu untuk menjaga agama kita…untuk dunia dan akhirat kita.
ALHAMDULILLAH…ALHAMDULILLAH…ALHAMDULILLAH…