Setelah selesai solat Maghrib...ummi amati gelagat Aisyah.Aisyah membelek-belek beberapa buah majalah asuh dan aulad.Abang-abang dan kakaknya pula mula sibuk membuka beg sekolah masing-masing...menyiapkan kerja-kerja rumah yang masih perlu dibereskan.Ummi sudah tentunya memberikan perhatian yang lebih pada anak-anak ummi,Hakimi,Hafizi dan Aina.Hampir ummi terlupa untuk berada dekat dengan Aisyah.Kadangkala terdetik juga di hati ni ...kesian Aisyah...kurang perhatian.Seboleh mungkin ummi cuba juga luangkan masa untuk mengajar Aisyah.Adakalanya Aisyah merajuk dek kurang perhatian dari Ummi..
'Ummi tu asyik-asyik Aina...asyik-asyik Hakimi...asyik-asyik Hafizi...tak nak ajar kita pun tak pelah...biar nanti anaknya ni tak pandai.....'tersentap ummi mendengar kata-kata Aisyah di satu malam.
'Ya Allah...Aisyah...sorry ye.Aisyah marah ummi ye....mari sini ummi ajarkan.....'Pujuk ummi
'Tak pe lah...tak payah.....'Aisyah kalau dah merajuk...tak makan pujuk.
Itulah situasi yang kadang-kadang berlaku di malam hari.Apatah lagi kalau musim ujian dan peperiksaan.Aisyah pasti rasa diabaikan....huhu....sedih Aisyah.Bila kerap kali insiden yang sama berulang..rupanya dalam diam ia telah membentuk karekter yang positif dalam diri Aisyah.Ummi lihat Aisyah tidak lagi mengharapkan bantuan ummi.Dengan inisiatif sendiri, Aisyah akan merangkak-rangkak belajar membaca sorang-sorang.Bila Aisyah tak boleh juga mengeja baru Aisyah rujuk pada ummi.Ummi sangat kagum dengan sikap berdikari Aisyah.Alhamdulillah...syabas Aisyah!!...teruskan usahamu puteriku sayang.
Dan kini,berkat usaha dan kegigihannya,Aisyah sudah semakin lancar membaca.Pantang jumpa apa sahaja tulisan rumi, dia pasti akan cuba membacanya. Ummi berbangga denganmu nak...
Moga kegigihanmu itu akan berterusan dalam usahamu menuntut ilmu kelak.Abah dan ummi sentiasa mendoakan kejayaanmu di dunia dan akhirat.Sayaaaaaaaaanggg NUR AISYAH SAKINAH....