Ahad, 14 Oktober 2012

Hormatilah gurumu,usah mengumpat!

Anak-anak didik yang dirahmati Allah,

Guru adalah insan mulia.Kedudukan orang yang berilmu dan menyampaikan ilmu sangat mulia di sisi Tuhannya.Dan guru sewajarnya mendapat penghormatan yang tinggi dari anak-anak didiknya.Apabila guru dihormati,pasti ilmu kita itu diberkati Allah.Berkat atau tidak berkatnya ilmu yang kita pelajari itu dapat kita nilai dan lihat kesannya pada diri seseorang pelajar.

Mengumpat guru yang menyampaikan ilmu samalah seperti orang yang makan banyak tetapi tidak pernah merasa kenyang.Guru menyampai dan menyuapnya dengan banyak info dan maklumat,tetapi sukar untuk pelajar itu memahami dan mengingati apa yang diajar oleh gurunya itu.Kalau faham dan ingat sekalipun,dia mudah terlupa dan lebih malangnya lagi ketika berada di dewan pepriksaan, segala yang telah dipelajari dari gurunya itu dan dihafalnya, hilang begitu sahaja.

Siapakah anak-anak yang mentakdirkan ke atasmu untuk ingat atau lupa segala fakta yang telah dipelajari dan dihafal? Siapakah anak-anak yang memberikan kamu kekuatan untuk menulis,mengilhamkan idea yang baik,jawapan yang bernas dan memilih jawapan yang tepat ketika berada di dalam dewan peperiksaan? Sedarlah!! kemampuan kamu itu bukan kerana kamu itu hebat,tetapi sedarilah kemampuan itu adalah anugerah dari Allah.Allah  s.w.t dengan segala sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahimnya telah memudahkan urusanmu.

Sebab itu anak-anak, untuk mendapat rahmat dan keberkatan Allah dalam menuntut ilmu hormatilah gurumu itu.Jangan sekali-kali mengumpat atau menceritakan keaiban dan kekurangan gurumu. Kelak kamu yang rugi.Kelak kamu yang jauh dari rahmat dan kasih sayang Tuhanmu.Kelak Allah s.w.t tidak lagi mempedulikanmu.Dan apakah akibat yang akan menimpa dirimu andai pertolongan Allah jauh darimu ketika kamu berada di dalam dewan peperiksaan? Fikirkanlah....

Anak-anak didik sekelian,

Sewaktu guru sedang bercakap di hadapan jangan sekali-kali memalingkan mukamu.Pandanglah tepat ke anak mata gurumu.Elakkan daripada bercakap dengan rakan di sebelah, bangun dan berjalan ke meja rakan,makan atau minum di hadapan guru,apatah lagi tidur sewaktu gurumu sedang mengajar.Semua tingkahlaku itu sebenarnya mampu mengguris hati kecil gurumu sekalipun dia tidak pernah menyuarakannya.

Anak-anakku,

berbuat baiklah terhadap gurumu sekalipun hanya menolongnya mengangkat sebuah buku,sekalipun kamu hanya mampu menghadiahkan kepadanya satu senyuman,sekalipun hanya sebaris ucapan salam,berbuat baiklah!! kerana dia telah berbuat baik kepadamu dan dialah yang telah menyampaikan ilmu buat penyuluh hidupmu.Hormati gurumu.Sayangi gurumu,nescaya kamu disayangi makhluk yang ada di langit dan di bumi kerana kedudukan dan darjat guru itu sangat tinggi di sisi Allah dan RasulNya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...