Khamis, 15 November 2012

Menjamu mata di S'corner Cameron Highlands (Cactus Point)

Disebabkan kali ni percutian 2 in 1,suami ngan geng PPD Sabak Bernamnya dah booking bilik di Hotel Rossa Pasadena,dapat le kami merasa bermalam di hotel ni.Sebelum sebelum ni rate sewa hotel kami under RM 150 je.Kalau nak bermalam di mana mana pun kami memang pastikan rate nya takat tu je.Hotel bajet....tu pun dah memadai...apa pun Alhamdulillah.

Kat Lobi hotel.Tunggu abah tengah check in..Lepas letak barang,kami terus cari tempat-tempat menarik.Next.. we went to S'corner




Geraaammm tengok bunga-bunga ni....berwarna warni..Subhanallah!!



yumm...yummm...merahnya mak ngah...

Rasa nak petik je..tapi tak boleh...tengok je lah...

Kali pertama anak-anak melihat cara cendawan ditanam...macam tu ke...
baunye lain macam je...sebelum ni tau makan je..apatah lagi cendawan goreng...suka sangat....



Penat pusing-pusing ...rehat jap kat muallaf corner.
nak sangat makan gula gula kapas ni....makan le....

Hajat di hati nak ambil gambar pokok cactus...bateri habis pulak....
Lepas ni pergi pasar malam.Then kena masuk hotel.Dah nak maghrib ni.Abah pulak
ada meeting malam ni sampai pukul 12 tgh malam.Berehat kat bilik je lah....
Alhamdulillah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...