Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
di SRAI Muhammadiah Pekan Sabak
Anak-anakku tersayang,setelah kita sama-sama berjuang siang dan malam menghadapi minggu peperiksaan bersama-sama maka lihatlah anak-anakku,janji Allah itu maha benar; Setiap kesusahan pasti ada kesenangan.
Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi di atas anugerah kejayaan yang Allah kurniakan pada kalian.Ummi sangat-sangat bersyukur memiliki anak-anak seperti kalian ;mendengar kata,taat dan patuh sekalipun adakalanya kalian membantah dalam diam tetapi bila kata-kata perangsang ummi tiupkan kalian kembali bersemangat.Syukur ya Allah.Kami berusaha.Kami merancang. Dan perancangan ENGKAUlah yang terbaik untuk kami.
Kami menerima segala keputusan MU itu dengan redha dan syukur!!
Tahniah buat permata -permata hatiku;
MUHAMMAD IRSYAD HAFIZI BIN AZHAR
NUR AINA NAJIHAH BT AZHAR
Pemalu sebenarnya Aina ni,sebab tu mukanya macam tu...senyum tak senyum
Segunung tahniah buatmu puteriku.
Aina bersama dengan hadiah yang diterimanya.Aina berjaya mendapat tempat pertama untuk Akademik dan Agama Tahun 1 di samping hadiah untuk matapelajaran terbaik.
Alhamdulillah Aina berjaya meraih markah tertinggi 100% bagi 9 matapelajaran (5 subjek Akademik dan 4 subjek Agama).Wow! kalah abang-abangmu ...kekalkan kecemerlanganmu puteriku...
Bergambar kenangan selepas selesai majlis
Hafizi dengan dua hadiah untuk matapelajaran terbaik
Sampai rumah terus bergambar lagi.Siap susun 9 bekas pensil angry birdnya.hihi...koleksi le pulak...baru nampak ceria...
Hafizi ketika menerima hadiah...main klik jer...belakang pun jadi le...
Inilah kali terakhir Hafizi berada di atas pentas SRAI Muhammadiah.Tahun depan bermulalah
perjuanganmu di SK Sri Makmur pula.Moga terus cemerlang anakku!!
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kecemerlangan
PASTI Kawasan Sabak Bernam
PASTI Kawasan Sabak Bernam
Tahniah buat puteriku tercinta
NUR AISYAH SAKINAH BT AZHAR
Aisyah ketika berbaris menunggu turn.Senyuman menawan...
Aisyah bersama rakan baiknya Balqis.
Aisyah dapat tempat ke 2 untuk kategori 5 tahun.
Senyum le sikit Syah...
Moga tahun hadapan Aisyah berjaya nak jadi tokoh macam Kak Aina dulu katanya.
Belajar rajin-rajin ye anakku....6 tahun nanti Aisyah Sakinah akan terus berada di Pasti Mawaddah.
Majlis Kecemerlangan Murid SK Sri Makmur
Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun permata sulungku ini sangat menggelisahkan jiwaku.Dalam berdebar-debar ummi tetap pasrah.Apakah keputusannya??especially English.Ummi masih target B,paling tinggi pun 70 .Namun bila Hakimi maklumkan dia dapat 75... Alhamdulillah melebihi target.Peningkatan yang baik dari 61 ke 75.Syukur ya Allah..Apapun ummi terima dengan redha dan senang hati kerana kita sama-sama telah berusaha sebaik mungkin.
Keputusan kali ini keputusan terbaik yang Hakimi raih sepanjang tahun 5.Masih mengekalkan kedudukan pertama dalam kelas 5 Delima dan tempat ke 4 keseluruhan Tahun 5 SK Sri Makmur.Dalam top ten 5 Zamrud itu berjaya juga Hakimi selitkan namanya di tempat ke 4,sekalipun kamu itu dari kelas kedua.Syukur...Ummi bangga dengan kesungguhanmu.
Tahniah buat puteraku
MUHAMMAD IRFAN HAKIMI BIN AZHAR
Ketika menerima hadiah untuk tempat pertama 5 Delima.Juga menerima markah tertinggi Tahun 5 bagi subjek Sains dan Penulisan.Asalnya cuma target Matematik coz sebelum ni sentiasa dapat highest mark untuk Matematik.His favourite subject.Kali ni rupa-rupanya Allah tak bagi Matematik tapi Allah bagi 2 subjek lain kat Kimi.Tak menyangka...Alhamdulillah...Syukur atas kurniaanMu ya Allah..Teruskan perjuanganmu untuk UPSR di tahun hadapan.Moga Irfan Hakimi terus cemerlang.
Permata-permata Hatiku tercinta,
Kita menerima segalanya dengan redha dan syukur.Alhamdulillah ya Allah di atas nikmatMu itu.
Perjalanan hidup kalian masih panjang.Di hadapan sana pasti banyak onak dan duri serta liku hidup yang bakal kalian tempuhi.
Sebagaimana yang sering ummi bisikkan di telinga kalian Ummi tidak akan pernah merasa bangga andai kalian cemerlang mendapat straight A tetapi kalian mengabaikan solat!! Ingat itu anakku.Dahulukan Allah dalam segala perkara.Hidup ini bukan untuk mengejar pujian dan sanjungan manusia kerana ia takkan membawa bahagia di sana....tetapi redha Allah dan kasih sayangNya menjadi keutamaan kita.Itulah kebahagiaan yang kita cari di sini dan di sana.Dunia & Akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan