‘Ishh ngantuk betul le mata ni’ gumamku dalam hati.Kulihat Aisyah di sisi tertidur keletihan.Kereta terus meluncur laju menuju ke SRAI Muhammadiah Pekan Sabak.
Dalam hati ini berbisik ‘Aina dengan Hafizi ni periksa nombor berapa le agaknya.’Terkenang minggu-minggu periksa yang dialui oleh anak-anak ummi.Ummilah insan yang paling ‘sibuk’ mengatur segala jadual dan perancangan sepanjang minggu-minggu tersebut.
Ummi sangat sedar peranan ummi sebagai seorang ibu.Sekalipun urusan rumah banyak yang perlu dibereskan namun ummi bertekad sekali-kali anak-anak ummi tidak akan ummi biarkan melalui malam-malam periksa tanpa bimbingan ibumu ini.Kerana ummi punya tekad dan azam untuk melihat kamu semua cemerlang di dunia dan akhirat.Tanyalah mana-mana ibu sekalipun mereka pasti akan berbangga andai anak-anak boleh menjejakkan kaki ke atas pentas untuk menerima hadiah di atas kecemerlangan mereka pada setiap hujung tahun.
Dan untuk melihat impian itu terjadi anak-anak,ia bukan suatu yang mudah.Ummi mesti korbankan masa, tenaga dan perhatian ummi semaksima mungkin terhadap kalian.Kalian harapan ummi.Kalian Permata hati ummi.Kalian harta yang tak ternilai anugerah Allah pada ummi.Kalian amanah Ilahi dalam hidup ummi….
Teringat ummi…awal-awal lagi kalian sudah menampal sendiri jadual periksa masing-masing di dinding dapur.Itulah ajaran pertama ummi yang kalian ikut setiap kali peperiksaan menjelang.Malam peperiksaan bermulalah ulangkaji seawal jam 8 .Ummi tinggalkan segala urusan di dapur.Ummi akan mengadap kalian satu persatu.Set latihan telah ummi sediakan.Tinggal lagi kalian menjawabnya dan ibumu ini sentiasa setia memberikan tunjuk ajar dan bimbingan.
Adakalanya ummi agak cemas bila anak-anak ummi tertidur keletihan sedangkan masih ada bab-bab yang masih belum diulangkaji.Adakalanya juga ummi beri tempoh kalian menghafal tajuk-tajuk tertentu dan ummi menyoalnya kembali.Kalau ikutkan hati.. ingin ummi gunakan strategi sedemikian pada semua anak-anak ummi,kerana biasanya apabila teknik begitu kita gunakan ia sangat berkesan dan kalian boleh mendapat markah tertinggi 100%.Namun untuk melakukan yang sedemikian serentak pada semua anak-anak ummi dalam satu malam ummi tak terkejar…sampai tertidur-tidur kalian menghafalnya menunggu turn untuk disoal.Sudahnya bukumu itu ummi tutup dan simpan.Dan ummi mengambil inisiatif lain.Ummi tulis nota-nota penting dalam kertas menggunakan marker pen dan ummi tampalkan di laluan yang strategik agar keesokan paginya sambil kalian bersiap untuk ke sekolah dan sarapan pagi kalian sempat menjeling kearah nota-nota tampalan tersebut.Sambil mulut ummi tak berhenti menyoal dan menambah maklumat untuk kalian.Ummi sangat berpuas hati andai perkara sedemikian ummi dapat lakukan untuk kalian permata-permata hati ummi.
Begitulah rutin kita sepanjang minggu peperiksaan.Dan ayat yang sering ummi ulang-ulang ;
‘Korang tumpukanlah perhatian untuk 5 hari ni je.Lepas ni nak tengok TV tengoklah puas-puas.Lepas ni nak main, mainlah puas-puas.Lepas ni cuti 5 minggu cuti le puas-puas tak payah baca buku…’
Walaupun ayat yang keluar begitu bunyinya namun dalam hati ummi;
‘Walaupun cuti, buku tak boleh tinggal terus anak-anakku..ada dah plan ummi untuk kalian semua.Ayat tu saje je nak buat korang tak stress..hihi…’
Hakimi yang sentiasa bersemangat waja
Alhamdulillah…syukur ummi panjatkan pada Ilahi.Kita bersama-sama dapat mengharungi minggu peperiksaan dengan jayanya.Susah senang kita hadapinya bersama. Ummi rasa puas.Keputusannya Ummi serahkan pada Allah.Yang penting kalian semua telah berusaha.Dan ummi juga telah berusaha.Ummi redha dengan segala ketentuannya.
Dalam lamunan yang panjang itu sampai juga ummi di depan sekolah.Kelihatan Aina tersenyum simpul.Hafizi pula agak muncung. ‘Hemmm…napelah pulak tu… sorang tersengih…sorang muncung…’ Ummi dah boleh agak dalam hati.
‘Ummi!! Aina periksa nombor satu!!’ Tak sabar-sabar Aina mengkhabarkan berita gembiranya pada Ummi.
‘Oh ya…Alhamdulillah.Tahniah! hebat anak ummi ni.Aina dah ucap syukur Alhamdulillah ke belum’
‘eerr…alamak terlupa pulak.Alhamdulillah…’
‘Lepas tu kan mi..kawan-kawan gelakkan Aina..’
‘Kenapa pulak?’ Tanyaku kembali
‘Lepas cikgu bacakan nombor sorang-sorang,cikgu sebutkan pulak markah tertinggi untuk semua pelajaran.Semua yang cikgu sebut tu ada nama Aina kecuali 2 je.Kawan-kawan gelak sebab asyik-asyik nama Aina…asyik-asyik nama Aina..’ Celotehnya dengan girang sekali.Syukur Alhamdulillah.
Hafizi yang ceria
Ummi toleh pada Hafizi.Hafizi diam seribu bahasa.
‘Hafizi macam mana?’
‘Kita Cuma dapat nombor 3 je…’
‘Alhamdulillah….hebatlah tu…tak pe..yang lepas nombor 5 kan.Maknanya prestasi fizi meningkat.Lepas ni Fizi bersungguh-sungguh lagi ye…nanti boleh je dapat nombor 1.Ada dapat markah terbaik tak?’
‘Ada 2,Bahasa Arab dengan Tauhid.’
‘Alhamdulillah…ada pun…nanti Hafizi pun naik pentas jugak..Anak ummi semuanya hebat-hebat…semuanya pandai…ummi bersyukur punya anak macam kalian.’Sengaja ummi tekankan kata-kata itu agar tiada yang merasakan dirinya lemah atau kurang pandai.Lebih-lebih lagi Hafizi yang sangat sensitif.Moga kata-kata itu menambah semangat dan keyakinan anak-anakku…
‘Hakimi pulak macam mana mi?’ Tanya Aina
‘Hakimi pun Alhamdulillah dalam 5 Delima dia nombor 1.Keseluruhan tahun 5,dia dapat nombor 5.Lepas tu Hakimi dapat 2 matapelajaran terbaik Penulisan dan Sains…Tahun depan ni tercapailah impiannya nak masuk 6 Zamrud.’
‘Wahhh…seronoklah Hakimi tu….’
‘Tentulah Na…itulah impiannya.Ingat lagi tak Aina masa mula-mula Hakimi pindah ke Sri Makmur.Hari pertama cikgunya masukkan kelas pertama 5 Zamrud.Tiba-tiba hari ke 2 cikgunya turunkan dia ke kelas kedua,5 Delima.Frust betul dia.Sepetang tu dia nangis…puas ummi pujuk dan beri kata-kata semangat.Dia rasa sangat tercabar…dan sekarang Alhamdulillah dia dah buktikan pada cikgu dan 5 zamrud bahawa dia layak untuk duduk di kelas pertama.Syukur ummi pada Allah.Impiannya Allah kabulkan setelah dia berusaha keras.Contohi semangat yang ada pada abang kamu tu ye….ummi sangat sangat terharu’
Terdiam Hafizi dan Aina.Mungkin kalian teringat kembali bagaimana sedihnya abangmu itu bila disuruh turun ke kelas kedua pada tempoh awal persekolahan dulu .Dan Ummi dapat merasakan kalian turut berbangga dengan kejayaan abangmu kini.
Aina dan Aisyah yang sentiasa berkepit ke mana saje
Ya anak-anak ummi…Sesungguhnya untuk mendaki tangga kejayaan kalian perlu tekun dan bersungguh-sungguh.Selebihnya kita panjatkan doa dan bertawakkal kepada Allah.DIAlah yang berkuasa menentukan segala-galanya.Kita merancang.Allah juga merancang.Dan perancangan Allah itulah yang terbaik buat kita.
Dan yakinlah anak-anakku…siapa berusaha dia pasti berjaya.Janji Allah itu benar ;Setelah kesusahan itu pasti ada kesenangan.
Kamu berusaha,kamu pasti dapat!!
Selautan syukur kami panjatkan padaMu ya Allah di atas kurniaanMu ini dan segunung tahniah dari ummi buat kalian permata-permata hati ummi.Kalian BOLEH!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan