Seawal jam 5 pagi kedengaran azan berkumandang dari Masjid Makmuriah Sungai Besar.Sungguh hening,sayu menusuk hati.Di hati ini...ya Allah,kasihi Pak Bilal itu.Azannya memungkinkan aku terjaga dari lena.Seruannya mengingatkan aku pada Sang Pencipta.Allahuakbar!!Pasti Kau sediakan ganjaran besar untuk 'dia' di sana nanti.
Saat insan-insan masih lena dibuai mimpi indah 'dia' meredah kegelapan,mengumpul kekuatan,melawan nafsu tidur dan hasutan syaitan untuk menjejakkan kakinya ke lantai masjid itu.Subhanallah....'Dia' berdiri tegak lantas azan dilaungkan,namaMU diagungkan,gemanya memecah kesunyian.
Ada insan yang terjaga.Ada insan yang masih terus lena.Tidak terkesan dengan seruannya.Menyambung semula mimpi indah.'Tidurlah dulu awal lagi ni...pukul 6.30 nanti baru bangun le...'Seronok sungguh syaitan yang sentiasa berusaha untuk melalaikan manusia daripada mengingati tuhannya..tidurlah...tidurlah....malam masih panjang.
Bersyukur padaNYA andai di waktu itu kita juga diberikan kekuatan oleh Allah untuk turut serta dengan Pak Bilal di masjid.Bukan calang calang manusia yang dapat berjemaah subuh di masjid.Lihatlah di mana-mana masjid di serata negara,dari ceruk-ceruk kampung hinggalah ke bandar-bandar besar,jemaah subuhnya boleh dibilang dengan jari,hatta tiang masjid lebih banyak dari jumlah jemaahnya!! Wahai pemuda sukarnya untuk kau langkahkan kakimu itu.
Saya percaya ramai para isteri (muslimah) di luar sana yang rasa sungguh bertuah dan berbangga andai suaminya tergolong dari kalangan pencinta berjemaah di masjid.Apatah lagi untuk SOLAT SUBUH !!berbahagialah dia kerana punya suami sebegitu.
Keyakinan si isteri pada suami sebagai IMAM untuk diri dan anak-anak pasti menjulang tinggi, menambah keyakinannya untuk terus mengharungi kehidupan bersama-sama di dunia ini hingga ke hujung nyawa.
Saya juga meyakini bahawa ramai para isteri yang berusaha untuk mengejutkan suaminya agar berjemaah subuh di masjid.Syukur...isteri-isteri ini diberi kekuatan oleh Allah.Namun berapa ramai isteri yang memendam rasa, ingin bersuara rasa serba salah untuk menggesa si suami ke masjid berjemaah.Niatnya itu sungguh mulia,dan di situlah jihadnya bermula.Jihad untuk menanam rasa cinta pada suami dan anak-anak agar cintakan masjid dan solat berjemaah terutamanya solat subuh.
Usah berputus asa.Teruskan usahamu itu selagi kau masih bernyawa...selagi kau masih ada di sisi mereka demi kehidupan duniamu dan akhiratmu.Ya...hidup ini bukan untuk dunia ini sahaja.Abadinya di akhirat sana.
Untuk para suami....
Kalian nakhoda dalam pelayaran ini.Kalian ketua kemudi untuk memastikan perjalananmu dan seluruh ahli keluargamu berada pada laluan yang benar dan tepat hingga tiba ke hujung destinasinya.Sudah lumrah pelayaran,ombak dan badai pasti datang menerjah yang memungkinkan kemudimu itu tersasar lantas menyimpang dari haluan.Justeru penuhi iman di dada.Buatlah apa sahaja cara yang boleh meningkatkan iman dan cintamu pada Ilahi.Usah biarkan ianya biasa biasa sahaja.Sama sahaja seperti semalam.Itu itu sahaja,tiada usaha untuk menambah amalan.Kerana tanggungjawabmu itu sebagai IMAM.Peliharalah imanmu, isterimu dan anak-anakmu.Kekuatan ummah itu bermula dari kesatuan hati dalam sesebuah keluarga dan kamu itulah perancangnya..
Berjemaahlah di masjid!! kerana kekuatan ummah dan kegerunan musuh Islam itu ada pada kehebatan solat subuh berjemaah di masjid.Semakin ramai jumlah jemaah subuh di masjid semakin gusar dan bimbangnya musuh-musuhmu itu.Kerana itu tanda ketinggian iman dan kekuatan jihad para muslimin.
Namun melihat pada suasana hari ini.Masjid di subuh hari semakin lesu.Bimbanglah pemudaku,kerana itu tanda dirimu semakin leka dengan keseronokan dunia... imanmu semakin menipis....kekuatan ummah semakin mengecil....
Lihatlah kepada insan ini,seorang lelaki tua, Abdullah Al Asiri, 77, adalah seorang yang lumpuh dari paras pinggang ke kaki sejak dia dilahirkan.Walaupun cacat, satu perkara yang tidak pernah beliau tinggalkan setiap hari ialah mengesot pergi dan balik dari rumah ke masjid untuk solat fardu 5 waktu berjemaah.Subhanallah!!
Bagaimana dengan dirimu wahai pemuda?Sihat,kuat,sempurna tubuh badan,tidak cacat,tidak buta,tidak pekak,cukup segala sifat,hidup senang,rezeki melimpah.Apakah lagi alasan ciptaanmu? Dengan segala kesempurnaanmu itu tidak tergerakkah hatimu untuk berjemaah di masjid?
Saksikan dengan mata hati kegigihan beliau mengesot dari rumah untuk solat berjemaah di masjid sekalipun lumpuh:
Ayuh....makmurkan masjidmu....
Antara kelebihan solat subuh berjemaah di masjid:
dipetik dari sumber:
Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA, katanya:
"Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika manusia mengetahui kelebihan yang tersirat disebalik solat Isyak dan Subuh yang didirikan secara berjemaah nescaya mereka akan (bertungkus lumus) mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak"
Imam Muslim juga ada meriwayatkan hadis yang bermaksud:
Malaikat mengiringi orang yang mula-mula sampai ke masjid.
Di antara dalil yang menunjukkan betapa besarnya kelebihan datang ke masjid untuk melaksanakansolat subuh berjemaah ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi 'Asim dan Imam Abu Nu'aim yang bermaksud:
Cuba perhatikan betapa tinggi dan hebatnya kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang mula-mula sampai ke masjid untuk menunaikan solat Subuh Berjemaah!
Solat Subuh Berjemaah akan ditulis bersama solat golongan Abrar (Golongan yang suka melakukan kebajikan dan ibadah) dan bersama utusan Allah.
Hadis berikutnya akan menyedarkan kita lagi betapa perlunya sebagai seorang muslim bersungguh-sungguh mengambil berat dengan Solat Subuh berjemaah. Hadis yang menceritakan kelebihan seperti yang tercatat di atas ialah riwayat daripada Imam al-Thabrani yang bermaksud:
Solat Subuh Berjemaah berada dalam jaminan keamanan Allah SWT
Di antara dalil yang menunjukkan besarnya kelebihan solat Subuh Berjemaah ialah penegasan
Daripada Rasulullah SAW bahawa mereka yang menunaikan solat Subuh Berjemaah akan mendapat jaminan keamanan dan pemliharaan daripada Allah SWT. Hakikat ini adalah berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani yang bermaksud:
Solat Subuh Berjemaah diberi pahala seperti mengerjakan Haji dan Umrah
Kelebihan seperti ini memang tidak terdapat pada solat-solat fardhu yang lain. Oleh kerana itulah bila kita datang solat waktu subuh, kita akan dapati tiang-tiang masjid lebih banyak daripada ahli jemaahnya. Rupa-rupanya makin besar pahala, makin sedikit bilangan ahli jemaahnya. Ini mungkin kerana syaitan bekerja keras bagi memastikan umat islam tidak datang untuk solat Subuh Berjemaah!
Imam al-Thabrani juga ada meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
Pertemuan Malaikat Malam dan Malaikat Siang ketika Solat Subuh dan Asar
Pertemuan para Malaikat yang bertugas pada waktu malam dan para Malaikat yang bertugas waktu siang memberi pengertian betapa besarnya kelebihan solat Subuh dan Asar berjemaah kerana mereka bukan semata-mata bertemu di saat itu, tetapi mereka akan menjadi saksi kepada sesiapa saja yang mendirikan solat sSubuh dan Asar secara berjemaah. Bukan itu saja, bahkan mereka akan memohon keampunan untuk mereka semua. Semuanya telah diterangkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis sahih.
Dalil yang menunjukkan berlaku pertemuan di antara para Malaikat ini di waktu solat Subuh ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat yang dilakukan oleh sesiapa saja dari kalangan kamu secara bersendirian sebanyak 25 kali ganda dan sesungguhnya Malaikat malam dan Malaikat siang bertemu ketika solat Subuh". Kemudian Abu Hurairah berkata: " Justeru itu bacalah jika kamu kehendaki ayat al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya solat Subuh secara berjemaah itu akan disaksikan oleh para Malaikat".Dalil yang menunjukkan berlakunya pertemuan mereka ketika solat Subuh dan Asar ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA, katanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Bersilih ganti datang kepada kamu Malaikat malam dan Malaikat siang lalu mereka bertemu ketika solat Subuh dan Asar. Kemudian ketika naik Malaikat malam ke langit, maka bertanyalah Allah SWT kepada mereka sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui segala tindak tanduk mereka: "Bagaimanakah keadaan hambaKu ketika kamu meninggalkan mereka?" Lalu para Malaikat pun menjawab: "Kami telah tinggalkan meraka dalam keadaan mereka bersolat dan ketika mula-mula mendatangi mereka, meraka juga sedang bersolat".Imam al-Nawawi berkata dalam mengulas hadis ini:
"Sesungguhnya pertemuan para Malaikat malam dan Malaikat siang ketika solat Subuh dan Asar adalah menandakan betapa Allah SWT Maha Lembut dan Maha Bertimbang Rasa dengan hambaNya yang mukmin. ianya juga merupakan suatu penghormatan dari Allah bagi mereka yang beristiqomah menunaikan solat fardhu berjemaah, kerana menjadikan pertemuan dan perpisahan para Malaikat pada waktu-waktu solat berjemaah iaitu ketika mereka sedang duduk berkumpul melakukan ketaatan terhadap Allah SWT. Justeru itu, secara tidak langsung maka jadilah para Malaikat ini sebagai saksi kepada hambaNya yang mukmin di dalam melakukan ibadah solat Subuh dan Asar atau ibadat-ibadat yang lain di saat itu".
Adapun dalil yang menunjukkan para Malaikat memohon keampunan bagi mereka yang solat Subuh dan Asar berjemaah ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bermaksud:
"Lalu para Malaikat menjawab:" Ketika kami datang menemui mereka, mereka sedang solat dan ketika kami meninggalkan mereka, mereka juga sedang solat. Oleh itu, berikanlah keampunan untuk mereka pada hari pembalasan kelak".Alangkah beruntungnya mereka yang para Malaikat mendoakan keampunan untuknya. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Jadikanlah kami sebahagian daripada mereka! amin..
Daripada Abdul Rahman bin Abu Amrah RA, katanya: "Suatu malam Uthman bin 'Affan RA telah masuk ke dalam masjid selepas selesai didirikan solat Maghrib. Lantas dia pun duduk berseorangan. Lalu aku pun datang mendekatinya dan duduk disampingnya. Tiba-tiba dia berkata kepadaku: "Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bersolat Isyak secara berjemaah maka (ianya akan diberikan ganjaran) seperti solat sunat separuh malam dan sesiapa yang bersolat Subuh secara berjemaah nescaya (ianya akan diberikan ganjaran) seperti mendirikan solat sunat sepenuh malam"
Malaikat mengiringi orang yang mula-mula sampai ke masjid.
Di antara dalil yang menunjukkan betapa besarnya kelebihan datang ke masjid untuk melaksanakansolat subuh berjemaah ialah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi 'Asim dan Imam Abu Nu'aim yang bermaksud:
Daripada Miitham RA, katnya: "Telah sampai kepadaku suatu hadis daripada Rasulullah yang berbunyi: "Sesungguhnya seorang Malaikat akan datang berpagi-pagi dengan bederanya ke masjid sambil menemani orang yang mula-mula sekali datang ke masjid pada pagi itu. Malaikat itu berterusan menemani orang tersebut dengan benderanya sehingga orang itu kembali kerumahnya. Sesampai di rumahnya Malaikat itu akan masuk ke dalam rumah orang tadi bersama-sama bendera yang dibawanya. (Begitulah juga) syaitan akan berpagi-pagi datang ke pasar dengan benderanya sambil menemani orang yang paling awal sampai ke pasar pada pagi itu. Syaitan berterusan menemaninya sehingga apabila orang tersebut sampai ke rumahnya maka syaitan akan turut masuk ke dalamnya bersama-sama dengan bendera yang dibawanya".
Cuba perhatikan betapa tinggi dan hebatnya kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang mula-mula sampai ke masjid untuk menunaikan solat Subuh Berjemaah!
Solat Subuh Berjemaah akan ditulis bersama solat golongan Abrar (Golongan yang suka melakukan kebajikan dan ibadah) dan bersama utusan Allah.
Hadis berikutnya akan menyedarkan kita lagi betapa perlunya sebagai seorang muslim bersungguh-sungguh mengambil berat dengan Solat Subuh berjemaah. Hadis yang menceritakan kelebihan seperti yang tercatat di atas ialah riwayat daripada Imam al-Thabrani yang bermaksud:
Daripada Abu Umamah RA daripada Nabi SAW, sabdanya: "Sesiapa yang berwudhu' kemudian dia datang ke masjid, lantas bersolat sunat subuh dua rakaat, kemudia dia duduk menanti sehinggalah dia menunaikan solat subuh berjemaah, maka dituliskan baginya solat subuh pagi itu bersama solat golongan Abrar dan dianya juga ditulis termasuk dalam kalangan utusan Allah".
Di antara dalil yang menunjukkan besarnya kelebihan solat Subuh Berjemaah ialah penegasan
Daripada Rasulullah SAW bahawa mereka yang menunaikan solat Subuh Berjemaah akan mendapat jaminan keamanan dan pemliharaan daripada Allah SWT. Hakikat ini adalah berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani yang bermaksud:
Daripada Abu Bakrah RA katanya: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang solat Subuh berjemaah maka dia berada di dalam jaminan keamanan dan pemeliharaan Allah SWT. Sesungguhnya sesiapa yang memperlekeh dan mempermainkan jaminan Allah SWT nescaya Allah akan menghumbankannya ke dalam Neraka".Berkata al-Allamah Abdul Rahman al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini: "Yang dimaksudkan dia berada dalam jaminan Allah SWT ialah berada di dalam tanggungan dan pemilharaanNya di dunia dan juga akhirat.
Kelebihan seperti ini memang tidak terdapat pada solat-solat fardhu yang lain. Oleh kerana itulah bila kita datang solat waktu subuh, kita akan dapati tiang-tiang masjid lebih banyak daripada ahli jemaahnya. Rupa-rupanya makin besar pahala, makin sedikit bilangan ahli jemaahnya. Ini mungkin kerana syaitan bekerja keras bagi memastikan umat islam tidak datang untuk solat Subuh Berjemaah!
Imam al-Thabrani juga ada meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Abu Umamah RA, katanya: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian setelah selesai solat dia terus duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari. Kemudian dia menunaikan solat sunat dua rakaat maka dia akan kembali (ke rumahnya pagi itu dengan diberi ganjaran pahala) seperti pahala menunaikan Haji dan Umrah".