Jumaat, 2 November 2012

Alhamdulillah..Kita Masih Boleh Bernafas!!

Saluran Udara Pada Paru-paru Membentuk Kalimah Tauhid


Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di atas, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Subhanallah!!!Bukti kebesaran dan kebijaksanaan Allah dalam penciptaan manusia.Alangkah beruntungnya kita yang bergelar manusia kerana kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah.Sebaik-baik makhluk yang wujud di atas mukabumi ini.Itulah yang ditegaskan oleh Allah di dalam kitab Al-Quran yang mulia.

Namun dalam masa yang sama kita yang bernama manusia ini jugalah yang dilabelkan oleh Allah sebagai makhluk ciptaannya yang paling kuat membangkang.

Oksigen yang dihirup free tiada sebarang bayaran.Makan dan minumnya sampai kenyang.Kaki dihayun ke mana sahaja yang diinginkan.Tubuh badan yang segar,sihat,tidak sakit.Matanya boleh melihat sekeliling.Mulutnya mampu berbicara semahunya.Rezekinya sentiasa mencukupi.Siang malamnya enak dan happy.Rumah,anak,isteri,kereta,harta ada di kanan kiri serba mencukupi.Dari manakah kurniaan dan nikmat itu kita kecapi? Siapakah pemilik sebenar segala-galanya yang  ada kini?Fikirkanlah....Tidakkah kita mahu bersyukur dan berterima kasih di atas segala pemberian ini?

Lihat sahajalah kepada fenomena anak-anak muda muslim kini dan tak kurang juga yang sudah dewasa dan tua enggan melaksanakan solat 5 waktu.Tidak mahu meletakkan dahinya ke atas sejadah,sujud menyembah Allah s.w.t yang Esa.Alasan demi alasan dicipta untuk melepaskan diri dari kewajipan tersebut.Alangkah angkuh dan sombongnya insan ini.Dan sombongnya itu pula kepada Yang Maha Berkuasa Allah Rabbul Jalil.Maka apakah akibat keangkuhan dan kesombongannya itu kelak??Di Dunia kamu masih boleh tertawa dan bergembira sepuas-puasnya tetapi adakah kamu yakin dan pasti kegembiraan kamu itu akan berkekalan sampai di alam sana yang hanya punya dua tempat kembali SYURGA atau NERAKA!!Pilihlah....

Saya memilih untuk sujud.Begitu juga kamu.Ayuh saudaraku,mari kita banyakkan sujud .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...