Teringat kata-kata Mak Long : 'Asyik asyik Cameron, pergi le tempat lain pulak.'
Kenapa Cameron Highlands menjadi pilihan kami?
1- Cuacanya yang sejuk,dingin,nyaman.Anak-anak kata best....
2- Anak-anak suka strawberry esp. Aina.Apatah lagi kalau tengok buah strawberry yang tengah masak ranum...merah menyala..geraaammm..Pastu mulalah dia rasa macam nak beli apa je yang ada gambar strawberry....pantang nampak gerai yang jual barangan berkaitan. Rambang mata dibuatnya.
3-Menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Kehijauan sepanjang jalan.Rasa damai dan tenang melihat kehijauan hutan pokok...bukan hutan batu.Esp. ladang teh.Subhanallah....sangat indah.
4- Banyaknya sayur.Ummi suka sayur!!.Macam-macam ada.Yang paling ummi suka- tomato.
5- Pelbagai jenis bunga.Berwarna-warni.Sangat menarik hati.
Kali ni percutian kami 2 dalam 1.Suami ada mesyuarat di Hotel Rossa Pasadena,so apalagi...suamipun bawa le kami semua sekali ke sana.Alhamdulillah.2 hari 1 malam...
Sebelum sampai ke Brinchang terlebih dahulu kami singgah di Lata Iskandar
Lata Iskandar Cameron Highlands
Bertolak dari rumah jam 7.30 pagi.Ummi sempat siapkan spaghetti dan goreng ayam buat bekal.Cadang nak sarapan di Lata Iskandar.Sampai kat sana lebih kurang pukul 9.30 pagi
Wahhh! Tingginya air terjun tu....sejuuukkkk....
Hakimi.Hafizi.Aisyah dan Aina girang sekali.Sangat teruja melihat terjunan airnya...Subhanallah...
Melihat suasana di sekitar air terjun Lata Iskandar.Masa ni Hafizi dah berubah mood.
Bila sampai je kat pondok rehat ni.Hafizi rasa tak puas hati coz sekitar
pondok ni agak kotor.
pondok ni agak kotor.
Sampah bersepah.Ummi dah agak dahh...Hafizi ni sangat sensitif dengan persekitaran
yang kurang bersih.Walaupun kami dah tolak sampah tu ke tepi,moodnya nak makan
spaghetti terus hilang.Hafizi pun asyik suruh lekas jee...So,mood nak bergambar kami pun kurang.
Dalam perjalanan pergi, kami singgah pula 'mengeteh' di Cameron Bharat Plantation.
Kunjungan kami ke Cameron Bharat Plantation
Kali ni kami berpeluang masuk ke ladang teh.
Sebelum ni kalau pergi tak pernah merasa petik daun teh.
Aisyah siap petik 6 helai daun teh. Dalam kereta baru ummi perasan,
tu pun sebab Aisyah kata ' kita petik daun teh.. .6 helai je'
'Kenapa?'
'Ahli keluarga kita kan 6 orang...sorang satu le...'
'hihi..'
Kulihat hijaaaauuuuu
Subhanallah!! indahnya suasana..
Tengah tunggu abah order teh...sabar ye...orang ramai...
beratur tu...
Senyummm je puteri ummi sorang ni..
Mengeteh sekejap.Hilangkan ngantuk dan penat abah...sian abah..memandu jauh.
Ni...abang Fizi gulanya...senyum le sikit...
Dah pekena secawan teh baru le Hafizi senyum....Kisah di Lata Iskandar tadi terus lenyap...berlalu pergi.Kembali berwajah ceria...
Senyum le anak-anakku.Percutian ni pun hadiah ummi dan abah atas kejayaan kalian dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu.Kalian bahagia.Kami juga bahagia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan