Jumaat, 16 November 2012

Bersantai di Hotel Sri Malaysia Ipoh,Perak

Selepas turun dari Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai,tiba-tiba Abah menyuarakan hasratnya ; 'Kita tak pergi Kelantan ,tak terus balik Sungai Besar jugak tapi kita pergi Ipoh .Kelantan jauh sangat.penat sangat pulak nanti...Malam ni kita pergi up town kat bandar Ipoh..tengah malam nanti baru kita balik ke Sungai Besar...'

'Ya Allah...biar betul abah ni..nak jalan lagi...'

'Abah tak penat ke? Kita cari  hotel je le malam ni.Penat Abah memandu nanti...esok je baru balik.Ummi sponsor...'

'Ada ke lagi baju yang elok..?'

'Kalau baju yang bersih tak de kita beli je baju  lain....'

'Pulak...'

Itulah Abah.Ummi sangat faham kalau Abah rasa nak jalan dan dan tu jugak dia terus drive pergi ke tempat yang Abah nak pergi.Tak merancang pun...Best jugak Abah macam tu.Semenjak ummi bersama Abah dari tahun 2000 rasa-rasanya satu semenanjung kami dah pusing.Abah ni suka berjalan.Jauh perjalanan luas pandangan katanya...

Akhirnya kami menginap 1 malam di Hotel Sri Malaysia Ipoh.
Ada kolam renang.Anak-anak boleh mandi manda.Itulah keseronokan anak-anak bila bercuti.Kat Cameron tak de kolam....kata Abah...Terima Kasih  kat Abah ye anak-anak.Melayan kerenah kalian sekalipun abah tu penat sebenarnya...


Selamat datang ke Hotel Sri Malaysia Ipoh.
Sampai pun dah petang pukul 5.30.
Cempaka Sari...klasik bunyinya...
Depan kafe Hotel Sri Malaysia

Masuk bilik dah....


Lepas masuk bilik je terus pergi kolam renang.
Solat Asar dah jamak taqdim dengan zohor tadi.

Seronok Aisyah...macam nak tidur dalam kolam tu je...
Dengan Dora kesayangannya...


Mereke berdua ni tengah beradu siapa paling lama tahan menyelam


Keesokan harinya pagi pagi dah pergi mandi kolam .Hampir 2 jam berendam..Ikut le korang.Kat Sri Malaysia ni memang tujuannya nak mandi kolam je.Tak de jalan-jalan ke mana pun...Abah kat bilik berehat sambil layar internetnya..bab politik le apalagi...Ummi yang kena perhatikan korang mandi....
Pukul 12 kami check out then bertolak balik.

On the way balik kami singgah berehat dan makan di TESCO Kampar....

Berjalan-jalan di TESCO Kampar Perak

Playstation for kids
Ummi bagi chance...main le puas-puas...
but use your own money to buy the token..hihi





1...2...3...lekuk jantan betina Aisyah ketuk...
Main ketuk kepala buaya....


Dah puas main...menjamu selera le pulak
Nasi ayam le kegemaran kalian...makan kenyang-kenyang...
lepas ni balik ke Sg. Besar...

Alhamdulillah..hampir sampai ke penghujungnya percutian kali ini.Lepas ni duduk diam-diam ye kat Sungai Besar.Jangan asyik kata boring je....ada dah Abah dan ummi plan untuk korang....Yang pastinya sangat bermanfaat.

Syukur ya Allah di atas kesempatan bersama sekeluarga sekali lagi.Moga percutian ini KAU redhai dan rahmati.Jadikan kami orang yang sentiasa mengingatiMu walau di mana jua kami berada di atas muka bumiMu ini.ALHAMDULILLAH....

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...