Resdung ini menjadi lebih teruk, terutamanya apabila cuaca berubah atau keadaan-keadaan tertentu yang boleh merangsangnya.
Suatu waktu dahulu saya juga mengalami keadaan yang sedemikian.Terutama di waktu cuaca sejuk khususnya apabila bangun dari tidur.Kerapnya apabila terjaga dari tidur hanya dalam tempoh tidak sampai setengah minit saya pasti akan mula bersin berulang-ulang kali dan keadaan itu berterusan dalam tempoh jam yang pertama.Keadaan tersebut sering terjadi hampir setiap hari.
Saya berusaha mendapatkan rawatan hingga akhirnya dirujuk di bahagian ENT Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang.Pil dan ubat spray diberi,keadaannya hanya berkurang sementara,dan ianya akan berulang sekiranya ubat-ubatan tersebut tidak diambil.Seolah-olah saya perlu bergantung kepada ubat.
Saya berfikir.Saya perlu berikhtiar cara lain.Macam -macam petua dan pemakanan yang saya ikut.Cuba dan terus mencuba sehinggalah satu hari Allah ketemukan saya dengan seseorang dan saya bersembang dengannya kalau-kalau ada petua untuk menyembuhkan penyakit resdung.
Maka soalan yang pertama ditanya ialah ; 'Anak buat tak istinsyak ketika berwudhuk?'
Tidak menyangka dengan soalan itu maka jawab saya ; 'Kadang-kadang buat,adakalanya terlupa.'
'Kalau macam tu pastikan setiap kali ketika anak berwudhuk, jagalah perkara-perkara sunat wudhuk satu persatu.Jangan lupa masukkan air kedalam kedua-dua lubang hidung dan hembuslah berulang kali,paling kurang 3 kali.Cubalah...lakukan setiap kali anak berwudhuk..'
Saya tersipu-sipu malu....'Terima kasih ye makcik...'
Saya muhasabah kembali diri khususnya bab wudhuk.Ya memang benar,bila saya koreksi balik cara saya berwudhuk memang bab masukkan air ke dalam hidung kekadang saya buat kadang-kadang tidak,kalau buatpun biasanya saya cuma basuh lubang hidung tu saje dengan air tanpa menyedutnya sedikit dan menghembuskannya kembali.Masya Allah....Yang lain dijaga yang satu ini diabai.
Saya tanamkan tekad dalam hati,selepas ini setiap kali berwudhuk saya mesti melakukan istinsyak,bukan semata-mata kerana nak rawat resdung tetapi sebab saya mula sedar setiap yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam apa jua perkara pasti terkandung seribu hikmah yang tak terfikir dek akal insani.
Ya!!sunnah Rasulullah .Saya mesti pelihara dan hidupkannya.Maka bermula dari detik itu saya tidak meninggalkan sunnah Rasulullah ini.
Hari berganti hari,bulan berganti bulan itulah amalan sunat yang takkan saya tinggalkan di samping berusaha menjaga yang lainnya.Dan subhanallah !! tanpa saya sedari gejala bersin yang kerap saya alami dulu semakin berkurangan.Saya tidak lagi bergantung kepada ubat.Syukur Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kupanjatkan pada MU ya Allah...
Di samping itu saya jaga pemakanan khususnya bab minum ais.Seboleh mungkin saya elakkan.Saya juga beralih kepada pemakanan sunnah;madu,habbatus sauda',minyak zaitun,delima,buah tin dan apa-apa jenis makanan dan buah yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis saya suka untuk mengamalkannya.Terasa bahagia menikmati makanan tersebut bila tahu itulah makanan yang digemari oleh Rasulullah,malah ianya disebut di dalam Al-Quran dan Hadis.Tentu ada pahalanya bukan??
Mari sahabat,kita hidupkan amalan sunnah Rasulullah.Pasti ia terkandung hikmah yang besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan