Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:
1~Imam (pemimpin) yang adil
2~ Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah
3~Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid
4~Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah
5~Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah"
6~Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya
7~Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Merenung dalam diri,adakah aku ini mampu tergolong dalam golongan di atas?Andai tidak,ini bermakna aku adalah salah seorang dari jutaan manusia yang akan menanggung azab sengsara dijemur di bawah terik mentari lalu tenggelam di dalam lautan peluh hanyir dan busuk di bumi mahsyar kelak.
Bagaimana mungkin diriku yang malas solat,enggan puasa,berpakaian sendat ikut suka,melawan ayahbonda,melepak tak tentu hala,berkepit dengan pakwe makwe,menonton yg lucah-lucah belaka,leka dengan hiburan dunia,Al-Quran memang aku dah lupa,jarang kusebut namaNYA,apatah lagi sujud padaNYA boleh diizinkan untuk bernaung di bawah arasyNYA?? Sudah Tentu jawapannya –Wahai manusia yang hina dirimu langsung tidak layak untuk berada di bawah naunganNYA-
Adakah dirimu rela diseksa?Andai jawapanmu tidak...ayuh mari kita ubah haluan.Kita ibarat pemandu yang sedang memandu kereta kehidupan kita sendiri. ‘Stereng’ ditanganmu, ‘brek’ dan ‘pedal minyak’ di kakimu.Andai di depan sudah kau tahu ada gaung yang sangat dalam,waraskah untuk kau terus memecut lantas menjunam ke dalam.
Sepantas kilat, tekanlah ‘brek’ tukar haluan.Pohon taubat padaNYA.Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan nasib kita pada kehidupan kali kedua.Syurga atau nerakakah pilihanmu?
Mereka yang waras pasti akan berkata“Syurga pilihanku.Apa lagi yang kutunggu.Sementara nyawa masih ada padaku,aku sujud pohon ampunanMU.”