Tiada kitab setandingnya, sekalipun seluruh penduduk bumi bersatu untuk menyaingi kehebatannya.Bayangkan...sang kekasihpun tidak mampu mengingat setiap baris ayat-ayat cinta kekasihnya,namun tidak untuk Al-Quran.Penghafaznya mampu mengingat setiap kalimah yang tertera tanpa meninggalkan walau satu hurufpun bermula dari surah Al-Fatihah hinggalah ayat terakhir surah An-Nas
30 Juzuk=114 surah=6666 ayat
Subhanallah!! Kalam Allah ada dalam dada.Berbahagialah para pencinta Al-Quran.Ayuh muhasabah diri.Sedalam mana Al-Quran di hati kita.Sedalam itulah ingatan & cinta kita pada Allah SWT.
Andai keinginan pada Al-Quran tiada,dibimbangi cinta padaNYA juga tiada,kerana Al-Quran itu ayat-ayat cinta dari Pencipta buat kekasihnya. Hanya yang mencintaiNYA tidak akan jemu menatap setiap huruf yang tertera.
Rugilah bagi mereka yang memandang sepi dan meletakkan Al-Quran di tepi,kerana Al-Quran tidak akan membantunya.Ia hanya akan memberi syafaat kepada pembaca dan pencintanya pada hari yang menggerunkan,hari yang menentukan bahagia atau deritanya kita di Mahkamah Allah Rabbuljalil.PADANG MAHSYAR ~tempat perhimpunan agung seluruh umat manusia yang pernah diberikan nyawa sejak zaman Nabi Adam hingga Hari Kiamat.Ayuh sahabat,kita masih punya masa untuk belajar mencintainya!!