Jumaat, 30 April 2010

Wajahnya bercahaya...

Sedang ummi enak menjamu selera...nasi ayam special menu malam ni...tiba-tiba kedengaran deringan dari telefon bimbit ummi...'emm..siapa agaknya yang call ummi malam-malam ni...opah ke? lama jugak ummi tak telefon opah..apa kabar agaknya ummiku sayang ?'
'Assalamualaikum...Tun tengah buat apa?sori ye akak kacau' terdengar suara dihujung talian...'oh...kak Siti rupanya...nape kak?saya tengah makan ni..ada hajat ye?'Tanyaku.'Tun..boleh tolong bagi tazkirah tak esok?Puan Rosnah mintak masa perhimpunan pagi ada slot tazkirah...jadinya esok Tun dulu boleh tak?'Terang Kak Siti..masyaAllah...ummi kena bagi tazkirah esok...emm last minute ni..ummi ni kalau tak ready ditambah lagi bercakap depan orang ramai sure gelabah habis...Nasi ayam yang kujamah dengan enaknya tadi seolah-olah tidak lagi menarik seleraku,apa yang ada di kotak fikiranku kini hanyalah memikirkan apakah tajuk terbaik untuk kukupas esok dalam masa hanya 3 minit.

Jantungku pun mula berdegup...itulah kelemahan ummi sejak dari bangku sekolah lagi..kalau disuruh buat presentation depan kelas dan di bilik kuliah, tak keruan dibuatnya...kalau menulis tak apa...berjela-jela ummi mampu..exam hanya dinilai dari sudut penulisan bukan persembahan..kredit untuk ummi di situ...namun ummi akui kelemahan itu boleh diperbaiki..
Selesai solat Isyak,ummi menadah tangan bermunajat pada Ilahi..'Ya Allah..andai ini adalah peluang untukku berdakwah,menyampaikan mesej Islam kepada seluruh warga SMK Sungai Besar, maka Kau berikan aku hidayah dan petunjukMu..Permudahkan urusanku ya Allah..Lancarkan tuturkataku agar mereka itu faham agamamu..Jangan kau selitkan sifat riak dan ujub dalam diriku..sesungguhnya aku ini hambaMu yang teramat lemah..berikan aku kekuatan Ya Allah...'
Masanya sudah tiba...ummi gagahkan kaki mamanjat tangga stage di Laman Malaysiana setelah nama ummi dijemput.Ya Allah berikan aku kekuatan...terasa diri ini terlalu kerdil di hadapan ratusan pelajar...ANAK-ANAK DIDIKKU aku sayang kalian...
'Kisah ini diceritakan dalam satu hadis yang panjang karangan Imam Malik di dalam kitabnya Al-Muwatta'.Pada hari kiamat kelak akan datang berbilion-bilion manusia di hadapan para nabi masing-masing.

Maka Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat;

'Adakah engkau kenal umatmu yang akan datang?kami ini engkau kenal kerana kami hidup sezaman denganmu,pernah berjumpa denganmu.'

Bagaimana dengan kita??Kita tidak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w,kita tidak pernah menatap wajah baginda,bagaimana Nabi Muhammad s.a.w boleh kenal kita ini ummat baginda?.
Maka jawab nabi dengan bertanya semula kepada para sahabat;

'Sekiranya kamu ada seratus ekor kuda yang berwarna hitam,boleh kenal atau tidak seekor kuda yang kepalanya berwarna putih yang berada di kalangan seratus ekor kuda yang berwarna hitam?'

 Boleh kenal atau tidak anak-anak..semua kuda berwarna hitam, cuma ada seekor sahaja kuda yang berwarna putih boleh kenal atau tidak kuda yang berwarna putih itu anak-anak?
'Sudah tentu kami kenal ya Rasulullah..'Jawab para sahabat.

'Maka begitulah aku kenal umatku...Aku kenal umatku dari wajahynya yang bercahaya kerana kesan mengambil wuduk ketika di dunia' Jawab Baginda s.a.w.

MasyaAllah anak-anak!! rupa-rupanya apabila kita berwuduk dengan sempurna bermula dengan membasuh muka,kedua tangan ,kepala dan kaki ianya akan menjadi 'ghurrah muhajjalin' mengeluarkan cahaya, dan wajah yang bercahaya itulah nanti yang Nabi Muhammad s.a.w akan kenal kita ini ummat baginda.
Lihat anak-anak..renungkan.. seandainya kita di dunia ini tidak mahu berwuduk,mencipta pelbagai alasan untuk tidak solat,maka wajah kita tidak akan bercahaya di akhirat kelak dan kita ini tidak akan dikenal sebagai ummat Muhammad s.a.w.

Dengan wajah bercahaya itulah nanti Rasulullah s.a.w akan memanggil ummatnya,mari sini..mari datang dekat denganku...mari datang ke telagaku..yakni telaga Al-Kauthar-telaga yang Allah khususkan di akhirat kelak untuk umat Muhammad s.a.w.

Dan para ulama' mengatakan bahawa seandainya kita tidak dapat minum dari telaga Al-Kauthar ini maka kita tergolong dalam golongan ahli neraka..nauzubillah..
Justeru anak-anak...seandainya anda anak-anak yang berakal dan bijak...ingin mengubah diri anda menjadi mukmin cemerlang maka ambillah peringatan daripada kisah tadi...namun seandainya anda ingin tergolong dalam golongan yang sebaliknya,tidak mahu mengambil peringatan maka tunggulah..tunggulah akan datang satu saat dan ketikanya,satu hari di mana Allah itu akan murka semurka-murkanya,Allah itu akan marah-semarahnya...itulah hari kiamat, iaitu hari di mana kita akan menerima pembalasan yang setimpal di atas segala perbuatan kita ketika di dunia.
Anak-anak..selagi ajal kita masih belum tiba...selagi matahari itu belum terbit dari sebelah barat marilah sama-sama kita duduk menadah tangan memohon keampunan kepada ALLAH agar segala dosa-dosa kita diampunkan dan kelak kita tergolong dari kalangan orang-orang yang Allah redhai..Wabillahi taufik wal hidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Ya Allah syukur akau rafa'kan padaMu...selesai sudah tugasku..kaki yang tadinya kurasa longlai kini kurasakan bertambah tegap dan kukuh ..sekukuh akidah dan keimananku buatMu ya Allah..dapat kurasakan semangatku kian membara...keyakinanku kian utuh..akan kugagahkan diriku ini ya Allah untuk menyumbang semampuku di medan dakwah yang kian terbentang luas...di bumi Sungai Besar ini...walau kelak kaudepani seribu satu mehnah tribulasi dan cabaran..
Andai perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan pasti ramai yang akan tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya..sakit pedihnya,
kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah ..bangkitlah semula.
Andai terluka ingatlah janjiNYA..
Duhai anak-anak ummi...

Seringkali ummi berpesan pada kalian..solat jangan sekali kalian lupakan.Apabila kisah ini ummi ceritakan pada kalian,ketara sungguh perubahannya..kalian semakin berhati-hati bila berwuduk...sedaya mungkin kalian cuba patuhi peraturannya dengan bantuan ummi dan abah..namun kami sedar...untuk membentuk jiwa dan jati diri kalian ianya memerlukan masa dan kesungguhan..walau seratus kalipun anak-anakku, ummi dan abah tidak akan jemu...lidah kami ini akan sering menasihatimu..menegurmu... membimbingmu agar kelak seandainya kami tiada lagi di dunia ini kalian mampu berdiri teguh di atas tugu iman dan taqwa mendepani ribuan cabaran yang boleh menggugat keimanan.

Ayuh anak-anakku..kita bersungguh dalam beramal..moga kelak kita tergolong dalam golongan yang Allah kasihi...amin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...