Wahh...sedapnya puyuh masak tomyam ni...
Dah tentu menu daging burung di syurga nanti jauh
lebih enak dan lazat dari yang ada di dunia ni....
Daging burung antara model makanan yang menjadi menu makanan di syurga nanti.(Surah Al-Waqi'ah:21).
Sudah tentu ia punya banyak kelebihannya.Berbanding sumber-sumber makanan haiwan yang hidup di darat,kelompok unggas atau burung adalah lebih rendah paras kolesterolnya.
Lemak pada burung juga berbeza dengan lemak pada haiwan ternakan yang lain. Lemaknya sudah terpisah dan terdapat pada lapisan kulitnya sahaja.Mudah bagi memisahkan dan membebaskan menu makanan daging burung daripada lemak.
Antara semua sumber makanan, lemak adalah zat yang paling tidak dimahukan terutamanya kelompok lemak tepu,lemak trans dan kolesterol yang banyak ditemui pada sumber makanan haiwan ternakan.
Ohhh... patut le dagingburung ni baik untuk kesihatan.Ia antara daging yang paling kurang lemaknya.Dengar tu Hafizi,anak ummi yang sorang ni suka sangat makan ayam.Kalau tak de ayam dalam sehari,macam rasa tak kenyang je makan ye...lepas ni ummi nak masakkan untuk Fizi daging burung puyuh lah pulak.Sure fizi suka,kalau tak suka pun kena suka sebab ia disebut dalam Al-Quran...menu makanan ahli syurga pulak tu.Jom kita cuba.