Jumaat, 15 November 2013

Alhamdulillah, impianmu Allah S.W.T tunaikan !!


Alhamdulillah...syukur yang tak terhingga ummi panjatkan pada Allah di atas segala nikmat kurniaanNya.Terasa diri ini sangat kerdil.DIA sangat berkuasa mengurniakan apa sahaja yang DIA kehendaki kepada hamba-hambaNya.
Buat putera sulungku Muhammad Irfan Hakimi...panjatkan syukur padaNya.Apa yang kamu impikan telah Allah kabulkan,malah Allah telah memberi lebih dari yang kau pinta.Lihat anakku...betapa kasih sayang Allah itu amat luas.DIA sangat pemurah dan sangat mendengar rintihan hati hamba-hambaNya.Apa yang kau capai hari ini adalah kerana rahmat kasih dan sayangNya.Allah S.W.T sangat adil dalam menilai setiap inci usaha hamba-hambaNya.Anakku...Kita usahakan ,Allah yang tentukan!!
Dari pihak ummi,tahniah dan syabas kerana memperoleh MUMTAZ dalam PSRA 2013.Pada ummi 96.6% yang telah kau capai itu adalah di luar jangkaan.
Itulah ketentuan Allah untukmu.Berkat kesungguhan dan ketekunanmu selama ini.Syabas anakku!!
Sungguh ummi melihat wajah kegembiraan dan kepuasan yang tak terhingga dalam dirimu.Apatah lagi keputusan tersebut diumumkan pada tarikh ulangtahun hari lahirmu yang ke 12.Alhamdulillah.

Keesokan harinya 14 November 2013 debaran datang bertamu kembali.UPSR oh UPSR!! Ada kejutan untukmu.Semalamnya gurumu telah menelefon abah meminta abah dan ummi datang pada Majlis Anugerah Kualiti Akademik SK Seri Makmur.Ada sesuatu yang istimewa katanya.Ummi dapat mengagak mungkin kamu adalah salah seorang daripada tokoh yang bakal dianugerahkan.Ummi sangat yakin itu anakku.Dalam hati ummi 'Tokoh Akademik agaknya...'

Benar sangkaan ummi.Tokoh Cemerlang Akademik (L) 2013.Saat namamu diumumkan,air mata ummi tergenang,hampir tumpah...hati ummi sangat terharu.Tergambar segala pengorbananmu,ketekunan dan kesungguhanmu.Benar anakku...kau telah bekerja keras siang dan malam tanpa kenal erti penat dan jemu.
Allah maha Adil.Allah nilai segala usahamu.Dan Allah beri yang terbaik buatmu .Syabas anakku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...