Jumaat, 12 Oktober 2012

Khasiat Habbatus Sauda'





Banyak kajian yang telah dilakukan kepada habbatus sauda. Dari penyelidikan dan pengalaman didapati Habbatus Sauda adalah :

KANDUNGAN:

~Lebih 100 komponen

~Kaya dengan asid lemak tak tepu

~35% minyak, 21% protin, 38% karbohidrat.

~Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak penting.

~Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.

~Asid linolenik gamma juga membantu mengstabilkan membran sel.

~Volatile oil Nigellone dan thymochinon yang bertanggungjawab kepada anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (broncho dialating effect)

Amalan mengambil habbatus sauda secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan.



ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :

MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.


Pertama kali ummi rasa terpanggil untuk mencubanya bila ummi dapat tahu antara khasiatnya ialah mengurangkan masalah yang berkaitan dengan demam,batuk,selesema,resdung  dan yang berkaitan dengannya.Masa tu  Aisyah kerap diuji oleh Allah dengan batuk dan selesema.Bila pergi klinik Dr Huda kat Sungai Besar ni Dr kata Aisyah dalam peringkat permulaan nak kena lelah
.Dr bagi ubat lelah lagi.Hati ummi mula risau....

Ummi sememangnya tak berapa berkenan dengan ubat-ubat yang ada kat klinik.Ummi lebih cenderung dengan pemakanan sunnah.Diizinkan Allah,ummi teringat pula  pada satu hadis

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali As-Sam”. Aku bertanya. “Apakah As-Sam itu? Baginda menjawab, “As-Sam itu ialah mati”

Riwayat Imam Bukhari.



Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.

Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.


Yakin dengan kebenaran kata-kata Rasulullah tercinta ditambah lagi dengan maklumat yang ummi dapat berkaitan khasiat habbatus sauda' khususnya bagi mereka yang mengalami selesema dan batuk ummi pun apa lagi,terus start kereta menuju ke pasaraya Kassim kat Sg. Besar.Di Kedai Kassim ni macam-macam ada.Biasanya segala ubat alternatif yang ummi nak, ada dijual di sini.Alhamdulillah apa yang ummi hajatkan dimakbulkan Allah.Ummi beli sebotol habbatus sauda' dalam bentuknya yang asli.Dalam hati ummi,'mau ke Aisyah makan hb ni......'

Sampai rumah ummi ambil 2 sudu teh hb,ummi masukkan dalam cawan dan rendam dengan air panas.Ummi rendam lama labih kurang sejam.Lepas tu ummi pujuk Aisyah minum air rendaman tu...akhirnya usaha ummi berhasil...Alhamdulillah.

Malamnya pulak ummi buat cara lain, ummi hancurkan dulu,guna lesung lagi hi...hi..sampai lumat lepas tu campurkan hb yang dah lumat tu dengan air dan ummi masukkan dalam air susu milonya.Wow...dalam Aisyah mamai mamai dah nak tidur tu ummipun suakan botol susu milonya.Tanpa sedar Aisyah menghabiskan sebotol susu milonya yang dicampur dengan hb.Alhamdulillah....macam tu le ummi buat hari-hari.Kalau Aisyah sedar 100% sure dia taknak susu milo tu.Hihi...Hasilnya Alhamdulillah banyak baiknya.Batuknya pun dah jarang,cam tu jugak selesemanya.

Terima kasih dan syukur padaMu ya Allah,Kau gerakkan hati ini untuk mencuba habbatus sauda' yang pasti terkandung banyak khasiat lainnya.Ummi akan terus mengamalkannya dalam family kita.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...