Rabu, 10 Oktober 2012

Minyak Zaitun


Ada beberapa makanan yang dipuji di dalam Al-Quran dan Hadis.Sudah pasti makanan yang terpilih itu adalah makanan yang punya kelebihan tersendiri sehingga ia diutarakan oleh Allah dan RasulNya.Antaranya ialah minyak zaitun.
 
"Kami tumbuhkan untuk kamu pokok yang asal tumbuhnya di gunung Tursina yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang yang makan."Al-Mukminun :20
 
"Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya.Minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati."Hadis riwayat At-Tirmidzi.
 
Pakar bedah pertama di dunia Dr.Christian Barnard menyarankan supaya semua orang mengamalkan gaya pemakanan penduduk di kawasan Mediteranean kerana komuniti ini jarang terkena serangan sakit jantung.Mengapa????kerana mereka mengamalkan pengambilan minyak zaitun dalam menu seharian mereka.
 
Kajian menyatakan bahawa minyak zaitun minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan.Tubuh badan manusia lebih mudah menerima lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun iaitu asid oleat -lemak mono tidak tepu.Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah,kaya dengan vitamin E dan bersifat anti oksidan.Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas,serangan sakit jantung dan strok,melambatkan proses penuaan,melawan kanser dan alergi.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...