Selasa, 4 Disember 2012

Teratak Atok Ayub dan opah yang damai dan tenang

'Yeahhhh balik kampung'

Girang sungguh permata-permata hati ummi bila tahu nak balik kampung.Tidur kat Pulau Indah selama 2 malam.Bak kata Hakimi 2 malam tu dah kira lama lah tu...biasanya satu malam je...hihi...Masing-masing packing baju dan alatan permainan yang nak dibawa.Tak sabar-sabar  rasanya.

Dalam kepala ummi dah terbayang seronoknya nanti kalian berkumpul beramai-ramai,duduk berkampung bawah pokok rambutan,pulasan,manggis,main badminton,boomerang,kejar-kejaran dengan sepupu-sepupu kalian yang lain.Apatah lagi laman rumah Atok Ayub tu sangat luas.Kat Taman Perdana ni tak de tanah dah sumenya dah bertile.Tu yang bosan ye anak-anakku.. Wahhhh...seronoknya....Cepat le balik abah....

Tu dia Teratak Atok Ayub.....Kita dah sampai...


Ada orang atas bumbung tu...tengah repair atap yang bocor

Atok Ayub sangat minat bercucuk tanam.Dari pelbagai jenis pokok  buah-buahan hinggalah kepada ulam-ulaman.  Banyak yang dihajati boleh didapati di sekitar laman rumah Atok Ayub.Macam-macam ada.Ummi seronok sangat bila balik kampung.Menghijau......segala-galanya hijau.Subhanallah!!! Terapi mata dan minda.Sungguh mendamaikan dan memberi ketenangan.Semuanya ciptaanMu ya Allah.Syukur...

Halaman sebelah kiri rumah Atok.
Jalan masuk  ke rumah  Atok ni kiri kanannya
ada pokok yang menjulang tinggi tu..ape ye namanya ?

Halaman sebelah kanan rumah Atok
Tempat ni cucu-cucu Atok suka main badminton,boomerang dan berkejar-kejaran.
Kalau rumputnya dah panjang jenuh nak mesin rumput keliling rumah.
Tabik dengan opah yang sentiasa bersemangat waja menyorong mesin rumput yang berat tu...


Sepanjang sempadan sebelah kanan tu berbaris pokok dokong dan pokok mata kucing.Pokok dokong tengah berbuah lebat.Rasanya sangat manis.Menjadi kegemaran cucu-cucu Atok.Yum..yum..yum...


Lebat betul buahnya.
Rasanya cukup manis.Berebut cucu-cucu Atok.



Tu diaa...Subhanallah...Walhamdulillah...Allahuakbar...


Buah mata kucing ni masih membesar.
Sabar le ye nak menikmati kemanisannya...

Sempadan sebelah kirinya pulak berbaris pokok rambutan gading....menguning....Subhanallah!! lebat betul buahnya .Rezeki kurniaan Allah.Atok kata untuk anak,cucu,sedara mara...sedekah sana sini...yang dijual pun ada.Alhamdulillah rezeki sama-sama merasa.





Hakimilah yang sangat seronok.Rambutan ni le kegemarannya.
Lepas sepinggan sepinggan dia makan.
lastnya Hakimi duduk je tepi pokok tu..Main petik...dan petik...dan petik...
Atok Ayub pun terkejut tengok Hakimi makan...cucuku...


Tanam-tanaman di belakang rumah Atok Ayub

Pergi ke belakang rumah Atok Ayub pulak macam-macam tanaman ada. Ada pokok rambutan merah ,barisan pokok pulasan,kedondong,cempedak,nangka,nenas,kelapa pandan,mangga,segala jenis limau,limau bali,limau kasturi,limau nipis,limau purut,oren je tak de...sayur pucuk manis,keladi air,ulam-ulaman,putat,kacang botol,ulam raja,pegaga  dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah...Allah beri kekuatan pada Atok Ayub untuk tanam semua tu di samping peneman setianya di sisi Opah tercinta.Moga Atok Ayub dan Opah sentiasa sihat dan bahagia.



Pulasan Atok yang tengah masak ranum...Subhanallah...
Geram menengoknya...


Rambutan laici ni ummi suka.Sedap..comel..bulat-bulat macam laici


Pokok kacang botol atau keceper...
Ummi selalu petik bawak bekal ke Sungai Besar.
Kacangnya tak pernah surut.Alhamdulillah...


Haa...tau tak pokok apa ni?
Ni lah pokok putat.Atok suka sangat buat ulam.
Sangat berkhasiat.Rasanya kelat-kelat.
Ada lebih kurang 5 batang pokok kat belakang rumah Atok tu.



Ni pulak limau bali Atok.Siap pakai baju lagi.Atok nak jaga kualiti buah.
Atok kalau menanam mesti nak hasil yang terbaik.Itulah sikap terpuji Atok Ayub.
Sangat tekun dan bersungguh-sungguh.



Pokok kedondong ni  sentiasa berbuah
Tak termakan buahnya...enak untuk ibu-ibu yang mengidam



Sirih ni wajib le ada.
Maksu Timah... kita orang dah tak sabar nak buat sirih junjung ni..hihi



Nanti lain kali ummi upload tanam-tanaman lain.Gambar-gambar ni sebagai pelepas rindu ummi kat Pulau Indah.Apalagi time cuti sekolah ni.Rasanya nak duduk lama-lama je  kat Pulau Indah tu,tapi tak boleh ...Abah kerja pejabat.Mesti dok Sungai Besar.In Shaa Allah hujung minggu nanti kita balik kampung lagi ye anak-anakku.Rindu kat rambutan,pulasan dan manggis tu.Rindu kat opah ngan Atok Ayub  jugak...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...