UPSR bukan segala2nya.Tetapi segala2nya bermula dgn UPSR.Ummi faham itu.Namun pd ummi, di peringkat awal inilah,anak2 perlu dimulakan dan dibiasakan dgn kesungguhan dlm menuntut ilmu,ditiupkan semangatnya utk sentiasa bersungguh apabila berdepan dgn apa jua peperiksaan.Agar nantinya sifat2 baik itu akan berkekalan utk hari2 mendatang. Disinilah peranan kita sbg ayah dan ibu.Kerana kitalah pencorak masa depan mereka.
Exam akhir thn 5 menyaksikan anakku gagal dlm subjek penulisan BI .Mungkin atas sbb itulah anakku diturunkan dr kelas pertama ke kelas bawah.Berhamburan air matamu.Malu dgn abahummi adik-beradik,apatah lg rakan2 sekelasmu.Seolah maruahmu terjelepok ke bawah tapak kaki.Subhanallah!Melihat dirimu menangis,ummi mula memasang tekad.kutiupkan kata2 semangat ke dlm dirimu
"Ayuh..bangkit anakku!ummi akan bantu kamu.ummi akan buat apa shj utk memastikan kamu jg cemerlang sebagaimana kwn2 kamu di kelas pertama.Buktikan yg kamu itu tidak sebodoh yg mereka sangka.Buktikan dlm UPSR nnti"
Saje ku lafazkan kata2 begitu agar semangatmu kembali.
Namun jauh di sudut hati,harapanku cuma satu,anakku ini akan bangkit utk belajar bersungguh2 demi masa depannya sendiri.Moga nantinya kamu tidak rasa terasing atau jauh hati dgn abang2 dn kakamu yg telahpun berada di SBP.
Maka kita mula mengorak langkah,jadual disusun.Berkobar semangat ibumu ini.Saban malam,selepas solat maghrib ummi akan duduk mengadapmu.Membantumu apa yg termampu.Ummi belajar banyak perkara,teknik mnjawab semua subjek.Mengasah kembali otak ummi dgn kira2,nombor dan angka.Istilah sains yg dulu ummi tak pernah jumpa.Maklumlah alam sekolah rendah dan menengah telah ummi tinggalkan 30 thn yg lalu.Baruku tahu tingginya aras soalan math.Sukarnya!
Begitu jg Sains.KBAT belaka.Untuk penulisan BI,kita buat bersama2.Ummi belek2 contoh jawapan karangan di belakang.Seboleh mungkin,1 hari 1 karangan .Hujung minggu paling kurang 3.Begitu jg dgn BM.Adakalanya kamu dgn sukarela membuatnya,namun adakalanya kamu perlu dipaksa.Ya Allah bantulah anakku.Permudahkan urusannya.Usaha diteruskan.Doa ummi tak pernah putus.
Ujian pertama hinggalah ke pertengahan tahun,A masih tiada, namun penulisan BI lulus 47(D).Alhamdulillah!Terngiang-ngiang di telinga ini tatkala kita berjumpa guru BI mu,"Murid sy ramai,saya x boleh fokus pd anak puan shj."Namun kata2 itu membuat otak ibumu ini ligat berfikir,ummi mesti bantu kamu.Utk subjek lain ummi mampu, utk BI,ummi tidak berapa yakin.Al maklumlah,bermula dgn SRP,SPM ummi boleh dapat A1 dlm semua subjek kecuali BI..tak c3 ...c4..tapi ummi akan bantu kamu anakku...
Keputusan percubaan UPSR menunjukkan peningkatan.1A 4B 1C! Penulisan BI mu melonjak ke B.Dari 47 ke 74.Dulu ayatmu tunggang langgang. Grammer langsung ke laut. Macam sukar untuk dibantu.Alhamdulillah...berkat kerja kerasmu,sudah ada kemajuan.Anak kita walau berada di kelas belakang,kalau cukup dibantu..kena dgn gayanya..segalanya mungkin...Jangan mengharapkan guru sepenuhnya ,kerana mereka punya ramai lagi anak m
urid lain yg perlu diberikan perhatian.Saya tabik hormat pada guru2 yg begitu berdedikasi sering meniupkan kata2 semangat kpd murid2 kelas belakang utk kekal bersaing dgn rakan2 di kelas hadapan.Aisyah sungguh bertuah kerana guru kelasnya Pn Sarina Sulaiman sgt positif dan sentiasa memotivasikan anak2 didiknya.Alhamdulillah..
Beberapa minggu yg masih berbaki.'Ayuh anakku...kita kena gandakan usaha kalau benar kamu ingin bersaing dgn rakan2mu itu,kalau benar kamu ingin seperti abang2 dn kakakmu, jgn berhenti berusaha hingga waktunya tiba!'
Kelas tambahan silih berganti UPSR dan PSRA.3 mlm setiap minggu,penuh terisi hingga jam 9.30 mlm.Usai kelas tambahan, kamu masih bersemangat membuat ulangkaji di rumah.Satu demi satu buku2 set soalan kamu habiskan.Adakalanya melewati jam 11 mlm.Ibu setia menanti.Tv ,hp ,bersantai2 di bilik tidur ,semua ummi tolak tepi.Ummi gagahkan diri menatap kamu dan buku.Segala kerja sekolah ummi,ummi tinggalkan .Kerja rumah apatahlagi..tak menang tgn utk selesaikan segalanya,kerana di rumah bila kamu tiada kelas tambahan ,ummi
peruntukan masa khas utkmu.Ya!kita sama2 berkorban.
Saat kamu tidur,sepertiga akhir mlm,ibu ini bangun.Menadah tgn..
Ya Allah ya Rahman ya Rahim...Aku tiada tuhan lain selainMu..aku tiada tmpt mengadu melainkanMu.Ya Allah tiada yg ingin mendengar suara hati ini kecuali Engkau.Sesungguhnya,aku meredhai anakku itu seredha2nya...maka Kau limpahkanlah keredhaan,keberkatan,rahmat dn kasih syngMu padanya.Bantulah anakku..permudahkan urusan dunia dan akhiratnya.Munajat ummi saban mlm tak pernah putus.Itu sajelah senjata ampuh yg ibumu ini ada.Ya...doa seorang ibu utk anaknya pasti tembus ke langit.Ummi sgt yakin itu.Ummi meletakkan seluruh pergantungan kepada DIA yg Maha Berkuasa.
Hari yg dinantikan tiba.Kata2 semangat ummi tiupkan."Buat yg terbaik anakku.Kamu telah berusaha.Selebihnya serahkan kpd DIA yg Maha Kuasa"
Setiap pagi hari peperiksaan,ummi hantar kamu.Sebelum turun dr kereta,pasti kuletakkan tgn kanan ini di ubun2 kepalamu.Tgn kananmu ummi usap..tgn yg bakal memilih dan menulis jawapan.Doa demi doa ummi panjatkan.Ummi tinggalkan kamu utk berjuang.Ummi teruskan perjalanan
perjalanan ke tmpt kerja,ummi singgah masjid.Ya...sedekah pembuka pintu rezeki.Mg Allah merezekikan anakku mudah menjawab semua soalan begitu jg dgn rakan2nya yg lain,juga seluruh anak2 org beriman yg menduduki peperiksaan.
Malam2 peperiksaan kamu lalui dgn tenang.Seronok ibu melihat kamu tanpa disuruh membuat ulangkaji.Satu demi satu set soalan kamu habiskan.Adakalanya hingga melewati jam 11 mlm. Ibu paksa kamu tidur agar mendapat rehat yg cukup.Ya Allah...kasihani anakku.Dia telah bersungguh ya Allah.Anugerahkan dia kejayaan yg
lebih baik.Menitis air mata ibumu ini setiap kali doa ummi panjatkan.
Saat kamu menduduki peperiksaan,hampir tiada seminitpun ummi melupaimu.Hati ini sntiasa bermunajat.Bantulah anakku ya Allah..Bilik solat di tempat kerja menjadi tempat tuju ummu tatkala kerja2 telah ummi langsaikan.Solat Dhuha,hajat,taubat silih berganti..merayu pd Allah.Basah telekong ummi dgn air mata.Ya Allah...Rabbi yassir...
Pada hari keputusan diumumkan,seawal jam 10 pg ummi telah berada di sekolahmu.Sebelum turun dari kereta,ummi menadah tgn mohon kekuatan.Ya Allah...aku meredhai apa shj keputusan yg telah engkau tentukan.Ummi menangis sepuas2nya,agar nantinya ummi tidak akan menangis andai keputusan adalah sebaliknya.Namun jauh di sudut hati ini,ummi yakin Allah pasti telah melihat dan menilai segala penat lelahmu...
Ummi lihat wajahmu...'Aisyah...kamu rasa kamu dpt berapa A? Tak tahulah ummi..kita ni kan tak pernah dpt lebih dr 1 A...Kita bukan mcm kawan2 kita kelas pertama tu....kita bukannya pandai mcm mereka' Kamu merendah diri...
Ya Allah...
Saat tiba giliran kamu,kita duduk berdepan dgn guru kelasmu.Ummi lihat tgn gurumu menggeletar tatkala mencari2 slip keputusanmu...lantas segera ummi berkata 'cikgu...saya redha apa sahaja keputusannya...tak kiralah 1A ke...2A ke...sy redha..'
Segera gurumu berkata...'Betul puan...puan redha...terima je apa keputusannya.' Ummi mengangguk.Bila gurumu berkata begitu,ummi mengagak keputusanmu tidak seperti yg kau harapkan anakku..Ya Allah berikan aku, juga anakku kekuatan utk menerimanya.
Setelah keputusan berada di tangan,ummi palingkan muka.Tak kuat rupanya ummi utk berdepan dgn situasi itu..ummi tahan air mata.Tiba2 seperti terdengar di telinga ummi...'Tahniah ...kamu dapat 5A'
Subhanallah!benarkah itu? Ummi tak tengokpun keputusanmu,ummi percaya bulat2 ucapan tahniah gurumu.Lantas ummi rangkul bahumu.Kamu menangis semahu-mahunya.Tanpa henti..ummi tahu, itu kerana sepanjang kamu di tahun 6,setiap kali menatap slip keputusan ujian dan peperiksaan,kamu jarang sekali memperoleh A.Hanya sekali shj kamu merasainya.Itupun cuma satu.ummi dpt bayangkan perasaanmu apabila melihat deretan A...sekalipun bukan 6A.Kamu seolah tidak percaya. Ummi apatahlagi....
Subhanallah..Alhamdulillah..
Allahuakbar..Air mata kita
membasahi pipi .Syukur ya Allah .Kau kasihani kami..Kau dengar doa kami..Kau makbulkan impian anakku...kegembiraan dan kepuasan tergambar di wajahmu..
Ummi call abah..Abah sedang dlm perjalanan.Kami dtg berasingan dr tmpt kerja masing2.Melihat shj kelibat abah.Slip keputusan, kamu tunjukkan.Air matamu terus berjujuran.Sayu hati abah..terbayang kembali satu persatu yg telah kamu lalui.Kesedihan yg dulu,Allah telah gantikan dengan kegembiraanmu pada hari ini.
Syabas anakku..Kamu telah membuktikannya.Kamu Boleh!Kamu mampu menyaingi rakan2mu di kelas pertama dulu.Malah kamu berjaya mengatasi lebih sebahagian drpd mereka.Tatkala murid2 cemerlang diminta berbaris untuk bergambar,bagai ummi tidak percaya kamu salah seorang dari mereka.Murid yg satu ketika dulu lemah longlai kakinya melangkah keluar dari kelas pertama ,murid yg satu ketika dulu dikategorikan sbg murid kelas belakang(keempat),murid yg satu ketika dulu gagal BI penulisan, murid yg satu ketika dulu tanpa A dlm setiap ujian, murid yg satu ketika dulu memasuki dewan peperiksaan dgn hanya berbekalkan 1A dlm tgn sbg penguat semangat,hari ini kamu mampu berdiri sama baris dgn rakan2 yg cemerlang.Syabas anakku.Abahummi bangga dgn kamu.
Duhai anak,perjalanan hidupmu masih panjang.Kita takkan pernah tahu apakah ujian yg bakal mendatang.Bagi pihak ummi,ummi telah mencurahkan yg terbaik buat kamu.ummi telah berusaha menyediakan kamu sebaik mungkin utk melangkahkan kaki ke alam persekolahan menengah nanti.Moga kesungguhanmu dlm menuntut ilmu akan berkekalan sepanjang hayat kamu.
UPSR bukan segala2nya,tetapi UPSR lah yg akan membentuk sikap dan halatuju kamu seterusnya untuk melangkah lebih jauh lagi.Di mana sahaja kamu berada,ingatlah anakku Allah sentiasa bersamamu.Justeru itu dlm segenap perkara,berusahalah!selebihnya letakkan pergantunganmu sepenuhnya pada DIA yg Maha Berkuasa.Yakinlah dengan bantuan dan pertolonganNya.DIA Maha Mendengar suara hati hambaNya..
Syukur padaMu ya Allah..Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru2 Sek Keb Seri Makmur ,Sungai Besar yang telah mendidik permata hatiku ini.Moga Allah mengganjari kalian semua dengan sebaik2 ganjaran.Aamiin ya Rabbal Aalamiin.