Selasa, 4 Mei 2010

Anak-anak ...bersopanlah dalam berkata!

'Abah...ummi...kalian guruku yang terhebat'
mengajar aku tulis baca
mengajar aku a....ba...ta...
denganmu kukenal ayat-ayat cintaNYA..
dengan didikanmu itulah kini mampu kukenalkan anak-anakku
jua anak-anak didikku denganNYA...
Sesungguhnya ia bakal menjadi amal solehmu yang sentiasa mengalir pahalanya
buatmu di 'sana'
Ya Allah payungi abah dan ummiku ini dengan rahmat dan kasih sayangMu..

Duduk termangu seorang diri membawa ummi kembali mengimbau kenangan lalu...Ummi teringat satu peristiwa yang berlaku di dalam kelas Pendidikan Islam yang ummi ajar...form 3.Detik-detik itu walau telah setahun berlalu masih segar dalam ingatan ummi...mungkin dengan izin Allah, akan ummi kenang peristiwa itu sampai ke hujung nyawa..menjadi satu catatan hidup dalam kerjaya ummi sebagai seorang pendidik.


Sedang ummi memerhatikan kelibat anak-anak murid ummi yang sedang melengkapkan nota, ummi meronda satu kelas, tiba-tiba kaki ini tertarik untuk berhenti di salah satu meja anak murid ummi dan entah dorongan dari mana,dan kuyakini itulah cetusan rasa yang Allah lintaskan, ummi mengangkat songkok pelajar tersebut dari kepalanya...masyaAllah hampir terjerit ummi bila melihat gugsan rambutnya yang hanya secekak cuma itu berjuntaian hingga hampir mencecah ke mulutnya..persis daun pokok kelapa.Ya Allah anak didikku,setelah hampir 8 bulan ustazah mengajar kamu ustazah tidak pernah melihat apa yang tersorok di dalam songkokmu itu...ustazah sering bersangka baik denganmu bila kerapnya engkau tidak pernah menanggalkan songkok dari kepalamu...rupa-rupanya ada misteri di sabaliknya..


Spontan itu juga wajahmu merona merah...marah, geram di atas tindakan yang tidak terduga olehmu.Lantas kertas catatan yang sedang kau tulis itu kau koyak dan renyukkan lalu kau lontarkannya di hadapanku...begitu sikapmu..Sabarkan hati ummi ya Allah...


Dalam keadaan yang sedikit kaget itu,lancar keluar kata-kata nasihat dari mulut ummi...'Anak didikku ! siapakah yang ingin kita contohi ini?...kalau kita mengaku kita ini ummat Muhammad s.a.w maka contohilah perilaku baginda,insan yang akan kita kejar syafaatnya di akhirat kelak.Adakah begini gaya rambut Rasulullah?Adakah ini ajaran Rasulullah? Ingat anak-anak..kematian itu pasti.Kematian tidak mengenal usia..tua atau muda tidak diambil kira.Andai sebentar lagi ajal datang menjemput kamu wahai anak didikku tanpa sempat kamu memotong rambutmu itu, m aka begitulah nanti keadaan rambutmu bila bertemu dengan Allah rabbul jalil..tidak malukah kita?Ingat anak-anak didikku, saat jenazah kita diuruskan kelak, haram sama sekali digugurkan rambut-rambutnya dengan sengaja,maka tidak akan sekali-kali tukang urus jenazah itu akan menggunting rambutmu itu..begitulah nanti keadaannya...sanggupkah kita bertemu Allah dalam keadaan sebegitu.Justeru anak-anak...contohilah perilaku Rasulullah s.a.w insan teragung dari segenap aspek kehidupan, bukan kamu mengambil apa yang kamu suka lantas menggugurkan apa yang tidak selari dengan seleramu.Islam itu cara hidup seluruhnya..wahai anak didikku ! potonglah gugusan rambutmu itu...'Di situ ummi akhiri kata-kata ummi.Nasihat dan bimbingan ikhlas dari seorang guru yang tidak akan jemu mengingatkan anak-anak didiknya agar sentiasa terjaga perilakunya dalam segenap perkara.


Seusai kelas itu ummi melangkahkan kaki ke bilik guru, lantas ummi mengambil buku kedatangan kelas...ummi berniat untuk menghitung jumlah ponteng kelas anak-anak didik ummi.Dan ummi dapati pelajar yang sama itulah tadi yang kiraan pontengnya sudah masuk amaran ketiga.Maka ummi berkira-kira untuk memberitahunya di hujung kelas nanti kerana ada dua masa lagi ummi akan berada bersama-sama mereka.Emmm...bermasalah lagi pelajarku yang satu ini...

Bila tiba masanya ummi melangkahkan kaki ke kelas tadi,dan tanpa berlengah lagi sebelum memulakan tajuk baru, ummi panggil pelajar tadi ke hadapan dengan niat ingin kutegur baik-baik pelajar ini,sambil menasihatinya apa-apa yang patut..agar dia boleh merubah sikapnya. Namun saat kupanggil namanya supaya datang kehadapan terhambur kata-kata kasar dari mulutnya 'Apa lagi ustazah ni...ada aje yang tak kena dengan saya...sume yang saya buat salah.Saya tak kacau ustazah..ustazah janganlah kacau saya...ni yang buat aku panas ni..'Dengan gayanya yang bercekak pinggang,sombong dan angkuh sekali pada pandanganku.


Ummi terangkan baik-baik dengannya.'Ustazah panggil kamu ke depan ni dengan niat baik ustazah nak borak2 sikit ngan awak sambil nasihat awak dan ustazah nak bagi tahu awak bahawa jumlah ponteng awak dah cukup untuk ustazah keluarkan amaran ketiga.'Terangku..Balasnya'Ustazah kan dah pernah keluarkan surat amaran untuk saya, ustazah tau nama emak saya, ustazah tahu alamat saya buat ajelah surat,hantar ...poskan aje saya peduli apa..'Kata-katanya itu membakar amarahku..kelembutanku dibalasnya dengan kekasaran yang begitu.Dengan lantang ummi menjawab kembali kata-katanya berbaur dengan perasaan marah yang seolah tak mampu lagi ummi bendung.'Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar.' 3 kali ummi laungkan kata-kata itu..bergema satu kelas laungan ummi bertakbir menyebut namaMu ya Allah, dengan harapan ummi ingat Allah ketika ummi marah dan dia juga ingat Allah agar dapat dia merasai ada yang lebih layak lagi untuk bersifat sombong, yang lebih hebat,yang lebih agung ...bukan dirinya yang hanya sekuman cuma di hadapan Allah, bukan kita yang layak merasakan diri kita hebat tapi DIA lah yang selayaknya untuk bersifat sedemikian..kerana DIA itu pencipta kita..kita ini ciptaanNYA...seorang hamba..sedarlah wahai diri...


Syukur ya Allah saat kusebut namaMu terasa bergetar perasaanku...terasa diriku ini sangat lemah.. perlukan bantuan dan petunjukMu menghadapi saat-saat ini ...berperang dengan sifat marah, juga egoku sebagai seorang pendidik yang diherdik oleh anak didiknya...Namun kata-kataku seterusnya walaupun lantang, semuanyan bersulam nasihat dan doa.Entah berapa kali kupanjatkan doa padaMu dihadapan anak-anak didikku dengan cucuran air mata merayu pada Mu ya Allah agar berikan petunjuk kepada kami hamba-hambaMu yang kerdil ini.



Anak-anakku yang lain, ada genangan air mata di wajah kalian.menitis... setitis demi setitis turut sama-sama merasai kesayuan hati seorang gurunya dek kerana kerenah seorang sahabat...yang juga sahabat itu mereka geruni saban hari.Ketahuilah gugurnya air mata gurumu ini bukan sekali-kali kerana gurumu ini lemah...sama sekali ustazah tidak lemah dengan sikapmu yang sebegitu rupa, menangisnya ustazah saat itu kerana mengenangkan ini hanyalah sekuman cuma dugaan yang Allah beri padaku untuk mendepani kerenah kalian...bayangkan Rasulullah s.a.w itu yang saban harinya diherdik,dimaki,dihina,dijerut lehernya,dilontar dengan najis unta,ditaburi duri dan paku,dibaling batu hingga tercedera tubuh badan baginda hatta diancam bunuh sekalipun baginda tetap tidak berganjak untuk terus menjalankan tanggungjawab baginda sebagai rasul pesuruh Allah, menyampaikan mesej dakwah kepada musyrikin Mekah ketika itu.Walau begitu hebat dugaan yang baginda hadapi, semuanya diatasi dengan penuh berhikmah.Tidak pernah walau sekalipun baginda membalas perbuatan jahat kaumnya apatah lagi menghambur kata-kata kesat kepada mereka.MasyaAllah...ya Rasulullah... sungguh tinggi kesabaranmu...sungguh mulia pekertimu...benarlah kau insan teragung,tiada yang setanding dengan dirimu hingga diangkat darjatmu sebagai kekasih di sisiNYA...



Ummi masih ingat kata-kata terakhir ummi buat anak didikku ini...'Wahai anakku..terima kasih kerana menguji kesabaran ustazah.Apa pun jua yang kamu telah lakukan, ustazah redha dan ustazah tetap doakan kamu lulus dengan cemerlang dalam PMR kamu.Ustazah halalkan segala ilmu yang pernah tercurah untukmu,jadilah anak yang beradab dan menghormati ayah ibumu'



Dalam seduan tangisan yang masih berbaki ummi gagahkan juga diri ini untuk meneruskan topik baru pada hari tersebut...Hatiku bertekad siapapun ummi,siapapun kamu wahai anak didikku kita adalah HAMBA kepadaNYA..kita ini sama sahaja di sisiNYA, yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan kita kepadaNYA.

'Andai kau rebah...bangkitlah..

Andai kau terluka...ingatlah janjiNYA..'


Duhai permata hati ummi...
Ingatlah pesanan Imam syafii,

'Ilmu itu cahaya...dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati orang yang buat dosa'

Anak-anakku...hormatilah guru-gurumu.Mereka itu ibarat lilin yang membakar diri menerangi kegelapan.Bersopan dan berperilaku baiklah terhadap mereka.Hargai jasa mereka. Walau sepotong ayat yang terungkap dari bibir mereka ia pasti terkandung seribu hikmah buatmu untuk kau suluhi hari-harimu seterusnya.TERIMA KASIH CIKGU...














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...