Ahad, 1 Disember 2013

Senyuman Mahal Muhammad Irfan Hakimi


Ummi dan Muhammad Irfan Hakimi

Hakimi bersama anugerah kebanggaannya.Ni lah satu-satunya gambar Irfan Hakimi tersenyum manis.Susah betul nak tengok anak teruna ummi ni tersenyum.Hampir semua gambar yang diambil pada hari kualiti akademik sekolahnya tidak menampakkan wajah gembiranya.Ummi pun confuse...kenapa?hihi....malu...katanya.Ni pun bergambar kat rumah...kalau depan orang ramai...tak de lah dia nak senyum.

Apa pun anakku...SYABAS
Gambar ini menjadi kenangan terindah yang ummi takkan lupa
Senyumanmu itu akan ummi kenang sampai bila-bila
Tahniah anakku...ummi sungguh terharu
Suatu ketika dahulu setiap kali hari Anugerah Kecemerlangan sekolahmu,ummi pasti bergenang air mata bila diumumkan tokoh-tokoh murid untuk tahun tersebut apatah lagi ayah dan ibu diminta mengiringi tokoh murid tersebut.Saat itu juga ummi terbayang bagaimana pula kamu nanti di tahun 6...

Rupa-rupanya anakku,tahun ini Allah memberikan ummi dan abah peluang untuk berada bersama-samamu di atas pentas itu.Sungguh ummi melihat kepuasan yang tak terhingga pada raut wajahmu saat dirimu diumumkan sebagai Tokoh Cemerlang Akademik Seri Makmur Tahun 2013.Perasaan ummi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Hanya Allah sahaja yang tahu.Syukur ya Allah di atas anugerahMu itu.

Anakku Muhammad Irfan Hakimi...
Sesungguhnya perjalanan hidupmu masih panjang andai Allah izinkan.Selagi hayat ummi masih ada ummi akan terus berdoa untukmu dan permata-permata hati ummi yang lain.Doa itulah senjata mukmin dan doa itu jugalah yang termampu ummi usahakan sebagai ibumu agar kecemerlangan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi hidupmu di dunia dan akhirat.Sebaris namamu juga adik-adikmu yang lain akan terus ummi pahat dalam doa ummi saban hari hingga akhir hayat ummi.

Kenduri Akikah cucu-cucu Atok Ayub




Kenduri akikah family Atok Ayub
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri,kami berpakat untuk mengadakan kenduri akikah.Seekor lembu yang bertuah telah dipilih.7 bahagian lembu digahagikan untuk cucu-cucu atok yang masih belum di akikahkan termasuklah puteri bongsu ummi-Nur Annisa Saffiyah.Seronok sungguh anak-anak ummi dan sepupu-sepupu yang lain.Main tak berhenti...maklumlah jarang-jarang jumpa.Cuti sekolah hujung tahun ni lah mereka dapat meluangkan masa yang panjang bersama-sama.
Suasana kenduri sangat meriah.Enaknya rasa daging lembu masak usik dan masak rendang orang Jawa.Bukan selalu dapat rasa.Makcik-makcik ummi memang hebat-hebat belaka bab masak memasak ni...Kredit untuk mereka.

Sewaktu majlis marhaban,saat yang paling ditunggu=tunggu oleh anak-anak ummi juga sepupu-sepupunya.3 ibu bersama putera dan puteri masing-masing diraikan dengan alunan merdu selawat marhaban dan nasyid dari kaum ibu.Subhanallah ....sungguh damai dan bahagia sekali.Apatah lagi setelah 6 tahun ummi tidak meraikan sambutan kelahiran cahaya mata.Kelahiran Annisa sungguh ummi syukuri.Terasa macam mimpi diberikan kesempatan oleh Allah untuk meraikannya sekali lagi.Alhamdulillah...

Rambut Annisa yang hitam dan lebat seering-sering nya mendapat pujian. Kulitnya yang tampak cerah adakalanya menimbulkan kecemburuan kakak-kakaknya.Itulah rezeki Annisa yang Allah telah takdirkan.Subhanallah....Walhamdulillah...

Moga kelak kau menjadi puteri solehah yang cintakan Allah dan RasulNya...ya anakku,,,


Jumaat, 15 November 2013

Alhamdulillah, impianmu Allah S.W.T tunaikan !!


Alhamdulillah...syukur yang tak terhingga ummi panjatkan pada Allah di atas segala nikmat kurniaanNya.Terasa diri ini sangat kerdil.DIA sangat berkuasa mengurniakan apa sahaja yang DIA kehendaki kepada hamba-hambaNya.
Buat putera sulungku Muhammad Irfan Hakimi...panjatkan syukur padaNya.Apa yang kamu impikan telah Allah kabulkan,malah Allah telah memberi lebih dari yang kau pinta.Lihat anakku...betapa kasih sayang Allah itu amat luas.DIA sangat pemurah dan sangat mendengar rintihan hati hamba-hambaNya.Apa yang kau capai hari ini adalah kerana rahmat kasih dan sayangNya.Allah S.W.T sangat adil dalam menilai setiap inci usaha hamba-hambaNya.Anakku...Kita usahakan ,Allah yang tentukan!!
Dari pihak ummi,tahniah dan syabas kerana memperoleh MUMTAZ dalam PSRA 2013.Pada ummi 96.6% yang telah kau capai itu adalah di luar jangkaan.
Itulah ketentuan Allah untukmu.Berkat kesungguhan dan ketekunanmu selama ini.Syabas anakku!!
Sungguh ummi melihat wajah kegembiraan dan kepuasan yang tak terhingga dalam dirimu.Apatah lagi keputusan tersebut diumumkan pada tarikh ulangtahun hari lahirmu yang ke 12.Alhamdulillah.

Keesokan harinya 14 November 2013 debaran datang bertamu kembali.UPSR oh UPSR!! Ada kejutan untukmu.Semalamnya gurumu telah menelefon abah meminta abah dan ummi datang pada Majlis Anugerah Kualiti Akademik SK Seri Makmur.Ada sesuatu yang istimewa katanya.Ummi dapat mengagak mungkin kamu adalah salah seorang daripada tokoh yang bakal dianugerahkan.Ummi sangat yakin itu anakku.Dalam hati ummi 'Tokoh Akademik agaknya...'

Benar sangkaan ummi.Tokoh Cemerlang Akademik (L) 2013.Saat namamu diumumkan,air mata ummi tergenang,hampir tumpah...hati ummi sangat terharu.Tergambar segala pengorbananmu,ketekunan dan kesungguhanmu.Benar anakku...kau telah bekerja keras siang dan malam tanpa kenal erti penat dan jemu.
Allah maha Adil.Allah nilai segala usahamu.Dan Allah beri yang terbaik buatmu .Syabas anakku...


Selasa, 9 Julai 2013

Ramadan kali ini tambah berseri

Alhamdulillah...selautan syukur ummi panjatkan pada Ilahi kerana ummi masih dipanjangkan usia untuk berada dalam bulan Ramadan tahun ini.Sememangnya Ramadan kali ini sangat kita nanti-nantikan,apatah lagi tarikh jangkaan ummi melahirkan baby yang ke 5 ini jatuh pada 10 Julai 2013 bersamaan dengan 1 Ramadan.

Sungguh benar kelahiran dan kematian adalah sepenuhnya di bawah kekuasaan Allah s.w.t.Kita ini makhlukNya yang tidak punya apa-apa kuasa dan upaya melainkan dengan izin dari Nya.Akhirnya takdir Allah ,ummi melahirkan adik Nur Annisa Saffiyah pada tarikh 1 Julai 2013 tepat jam 11.53 malam di hospital Teluk Intan.

Ketentuan Allah mengatasi segala-galanya.Dalam keadaan doktor juga tidak pasti sama ada ummi boleh melahirkan secara normal atau sebaliknya,Alhamdulillah kelahiran ini dipermudahkanNya,sekalipun  berdepan dengan situasi yang agak mencemaskan.Apapun,,,syukur ya Allah di atas anugerahMu ini.
 
Adik Nisa..
ummi,abah ,abang-abang dan kakak-kakakmu serta seluruh ahli keluarga kita tidak sabar-sabar menanti kehadiranmu.Syukur akhirnya wajah mulusmu dapat kami tatapi dan ciumi..bak kata kak Aisyah...baby ni baunya wangi sangat....walaupun belum mandi.Itulah Aisyah....bayi itu ibarat kain putih...suci dan bersih.Ummi dan abahmu inilah nanti yang bakal mencorakkanya.Moga Allah masih memberikan ummi dan abah  kesihatan dan kekuatan untuk mendidik kalian semua di atas jalan yang Allah redhai.
 
Ramadan telah datang bertamu.Bulan yang dijanjikan Allah dengan keberkatan dan keampunan.Ayuh  permata hatiku,usah disiakan usia kita.Setiap detik dalam Ramadan ini pastikan ianya dimanfaatkan sebaik mungkin.Ramadan akan datang belum tentu kita dapat bersua dengannya kembali.Teruskan beramal.

Jumaat, 21 Jun 2013

Luahan hati ummi buat Muhammad Irfan Hakimi...Jadilah contoh terbaik buat adik-adikmu..

Muhammad Irfan Hakimi...itulah nama pilihan abah dan ummi buatmu.Dan pastinya itulah takdir Allah untukmu..Kelahiranmu sentiasa abah dan ummi nantikan.Permata hati sulung kami.Akhirnya,Tanggal 13 November 2001,Allah telah mengizinkan kamu untuk menjengah dunia ini.Tepat jam 4.53 pagi di HTAR Klang.

SYUKUR Alhamdulillah...Allah s.w.t memberikan peluang buat  pertama kalinya dalam hidup ummi untuk bergelar seorang ibu.Wajah mulusmu ummi ciumi diiringi dengan linangan air mata...SYUKUR...ummi masih diizinkan untuk hidup lagi di dunia yang fana ini setelah berjuang dengan sepenuh kudrat yang ada untuk melahirkanmu...SYUKUR kerana Allah memberikan kesempatan pada ummi untuk menyusukanmu..membelaimu..mengasuhmu dengan tangan ummimu ini.

Hari...minggu...bulan..dan tahun terus berlalu...dan kini usiamu mencecah 12 tahun..Subhanallah...walhamdulillah...sungguh pantas masa berlari.Kini dirimu semakin matang seiring dengan peningkatan usiamu.Suka,duka,sedih,kecewa,gembira silih berganti mewarnai hidupmu.Ummi sebagai ibu sentiasa merasai apa jua yang kau rasai dan alami.Jatuh bangunmu,sakit dan sihatmu,suka dukamu dan apa jua yang kau alami seboleh mungkin ummi sentiasa berusaha untuk berada di sisi.Namun adakalanya anakku,di saat ummi dilambung emosi dan tekanan kerja, seringkali ummi tersilap  langkah dan percaturan dalam menanggapimu.Yang adakalanya menyebabkan hatimu terluka.Kemaafan ummi pinta.Ummi dapat rasakan masih terlalu banyak perkara dan didikan Rasulullah tercinta yang masih belum berjaya ummi terapkan di dalam dirimu dan permata-permata hati ummi abah yang lain.Sungguh...terlalu banyak cabaran dan dugaannya.Namun itu semua bukan alasan.Ummi dan abah tetap berusaha untuk menjadi ayah dan ibu yang terbaik buat kalian semua.Moga Allah memberikan kekuatan,kesihatan dan kesempatan pada kami untuk menggilap jiwa putera dan puteri kami dengan iman dan taqwa.

Saat ini...hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi dirimu akan berdepan dengan peperiksaan besar pertama dalam hidupmu.Ya...UPSR dan PSRA tahun 2013.Debar hatimu...debar juga hati ummi.Sungguh ummi dapat melihat kesungguhanmu itu.

Perubahanmu sangat ketara setelah berpindah ke SK Seri Makmur.Kalau sebelum  ini ummi sering berleter mengingatkanmu agar terus tekun menuntut ilmu,membuat ulangkaji dan latihan.Saban malam ummi pasti bising menegur kerenahmu ...namun kini, semua itu sudah tiada lagi.Tanpa dipaksa atau disuruh dirimu tahu tanggungjawabmu untuk bersungguh dalam menuntut ilmu.Satu persatu kerja-kerja sekolah kamu bereskan,ditambah lagi dengan latih tubi menjawab soalan-soalan latihan yang telah dibeli dari kedai-kedai buku.Malam harimu padat dengan usaha mentelaah dan mengulangkaji segala perkara.Subhanallah...adakalanya ummi yang terasa penat melihat ketekunanmu.Adakalanya lampu bilik tidurmu masih terpasang sekalipun jam telah menunjukkan ke angka 12 tengah malam.Ya Allah....syukur ummi panjatkan.Syukur ya Allah kerana KAU  telah menyuburkan jiwa anakku ini dengan kesungguhan dan ketekunan dalam menuntut ilmu.Jadikan dirinya ya Allah anak soleh yang mencintai ilmu dan beramal dengan ilmunya lantas menjadi contoh terbaik buat adik-adiknya....

Pernah ummi mencuri baca coretanmu dan luahan hatimu dalam buku catatan harianmu.Azammu,tekadmu dan pencapaian yang kamu sedang berusaha berjuang untuk meraihnya.Aneka Pelan dan tindakan yang telah kau catit untuk memastikan tergetmu itu tercapai.Subhanallah....sungguh terancang impianmu.Sejujurnya dahulu ketika ummi seusiamu,ummi tidak membuat perancangan yang sebegitu..SYABAS anakku...teruskan usahamu itu.Ummi dapat rasakan ada sinar menantimu di hadapan dengan kesungguhanmu itu.Moga Allah meredhaimu...

Beberapa catatan peristiwamu yang ummi tak akan pernah  lupa dan seringkalinya membuatkan ummi terharu...Saat kau bersedih tatkala diturunkan dari kelas 5 Zamrud ke 5 Delima seawal perpindahanmu ke Seri Makmur,hanya kerana di hari kedua gurumu baru perasan peperiksaan akhir tahunmu di tahun 4 ketika di SRAI Muhammadiah,English mu berstatus 'C'.Sedangkan yang lain 4A.Sungguh ummi melihat kekecewaanmu itu...maruahmu tercalar dan tercabar...Dan ummi dapat rasakan itulah sebenarnya pendorong terhebatmu untuk memulakan perubahan bagi meraih yang terbaik dalam setiap kali ujian dan peperiksaan.Ummi dapat melihat kamu ingin membuktikan sesuatu kepada abah,ummi dan mereka itu rakan-rakan dan guru-gurumu ..di kelas Zamrud.Dek kerana itulah kau sering-seringnya membandingkan pencapaianmu dalam setiap ujian dan peperiksaan dengan murid-murid di kelas 5 Zamrud.Ummi dapat melihat keterujaanmu untuk memberi persaingan hebat pada mereka.Dan Alhamdulillah usahamu semakin berhasil dan ummi dapat melihat kepuasan tergambar di wajahmu tatkala kamu meraih markah terbaik bagi subjek Penulisan dan Matematik dalam peperiksaan Akhir Tahun 5 sekalipun kamu itu berada di kelas kedua.Syabas anakku....Kini impianmu untuk berada di 6 Zamrud tercapai ...Alhamdulillah... 

Sejak daripada hari itu,usahamu semakin berganda,English semakin dekat dengan hatimu...'A' sudah mampu kau miliki...apatah lagi matematik- subjek yang paling kau minati dan sering-seringnya kau meraih markah terbaik di dalam kelas.Sentiasa menjadi pemegang rekod '99%' dan ummi tahu tergetmu adalah  100%.Allah masih belum izinkan...Semalam tatkala pulang dari sekolah, kamu mengadu di'piyat' telinga oleh guru matematikmu kerana tersilap hanya pada soalan yang mudah,sekalipun kau berjaya mengekalkan pencapain 99%. Tak pelah anakku...ummi sudah cukup berbangga dengan usahamu.Mungkin percubaan nanti kamu boleh usahakan itu.Yang jelasnya...kini ...kau sering berusaha ingin meraih kedudukan yang terbaik di dalam kelas.Ummi sangat bersyukur  melihat kesungguhanmu itu.
Rehat sat...game le pulak...30 minit je ye mi...

Anakku...

Ketahuilah....kecemerlangan anak-anak dalam akademik adalah impian setiap ayah dan ibu.Setiap ibu sangat berbangga andai anak-anak yang dikandung dan dilahirkannya itu menjadi anak yang pintar.Bagi ummimu ini ummi jauh lebih berbangga andai kesungguhanmu dalam akademik seiring dengan kesungguhanmu untuk menjadi  seorang anak soleh yang sentiasa mentaati perintah Allah dan RasulNya.Ya anakku....Itulah doa ummi saban hari...siang dan malam...Dan kata-kata yang sering ummi ungkapkan...'Tiada nilai dan harganya diri kita di sisi Allah ,andai kita mampu mencapai straight A dalam apa jua peperiksaan tetapi kita tidak menjaga solat 5 waktu.Kita memang dipuji di sisi manusia kerana kepintaran kita,tetapi kedudukan kita di sisi Allah adalah tersangat hina'

Ingatlah duhai permata hati ummi....Hidup di dunia ini penuh dugaan dan cabaran.Andai diizinkan Allah,perjalanan hidupmu masih panjang...di depan sana pasti kau bakal dihadapkan dengan pelbagai kisah suka ,duka,gembira, kecewa,jatuh dan bangunnya kamu dalam hidupmu.Kerana hidup ini adalah UJIAN.Allah menguji setiap hambaNYA untuk memilih siapakah yang terbaik untuk ditempatkan di dalam syurgaNYA kelak .

Kita memerlukan benteng yang kukuh untuk mendepani segala macam fitnah dan keseronokan di dunia yang sering melalaikan.Apakah benteng dan senjata kamu anakku?IMAN itulah bentengnya.Takut kepada Allah itulah senjata ampuhmu.Apabila kita takut kepada Allah.. gerun dengan segala azab seksaNYA di akhirat nanti,maka kita akan berusaha menjauhkan diri  dari melakukan sebarang dosa dan kejahatan.SOLAT itulah bukti keimanan kita.SOLAT itulah penghubung kita dengan pencipta kita.SOLAT itu akan sentiasa menyedarkan kita...siapa diri kita ini sebenarnya di dunia.SUJUD itulah bukti ketundukan dan kepatuhan kita sebagai hamba kepadaNYA. 

Justeru anakku..peliharalah solat 5 waktumu.Walau di mana kamu berada... kamu tetap menjunjung langit tuhan,memijak bumi tuhan...di mana sahaja....DIA sentiasa memerhatikan kita....Mari kita berusaha menjadi hamba Allah yang patuh selagi kita masih bernafas.

tengah serius tu...tension je nampak...

Muhammad Irfan Hakimi...

Segala usaha dan ketekunanmu itu iringinya dengan doa dan tawakkal kepada Allah.Kita sebagai hambaNYA hanya mampu  merancang,berusaha sedaya upaya dengan segenap kesungguhan.Selebihnya DIA lah perancang yang terbaik.DIA lah yang menentukan jatuh bangunnya kamu,cemerlang atau tidaknya kamu. Namun di pihak ummi,ummi jelas sekali melihat usahamu itu...mari anakku kita sertakannya dengan doa dan tawakkal kepadaNYA.Apa jua yang Allah tentukan untukmu kelak ...yakinlah ..itu yang terbaik untukmu.Ummi dan abah  tidak pernah jemu mendoakanmu siang dan malam agar dirimu beroleh kejayaan cemerlang sebagaimana yang  kamu impikan. Moga kamu boleh menjadi contoh terbaik untuk adik-adikmu.Jadilah anak soleh yang cemerlang peribadi.akal dan budi.

Ummi yakin hakimi BOLEH!!!
Be the best...
Teruskan ......Doa abah dan ummi sentiasa mengiringi langkahmu....






Isnin, 25 Mac 2013

Teruskan Usahamu itu...

' Ummi...tadi kat sekolah ustaz kata..sesiapa yang dapat mumtaz dalam ujian kali ni ustaz nak bagi RM 20' Dengan girangnya Hakimi memaklumkan pada ummi janji ustaznya di sekolah.

'Kalau macam tu ummi tambah lagi  RM 30 nak ?'Cabar ummi pula.

'Ok...settle...kita cuba....mesti boleh punye...'sahut Hakimi.

Dan bermula dari saat itu ummi melihat usaha Hakimi sangat luar biasa.Usai solat Maghrib Hakimi terus menelaah subjek yang akan diduduki keesokan harinya.Sungguh tekun dan bersungguh sekali.Terharu ummi.

Keesokan tengaharinya ,pulang saje dari Seri Makmur,setelah selesai lunch,Hakimi meneruskan lagi usahanya...mengingati kembali topik-topik yang telah dihafalnya pada malam tadinyaTak pernah ummi lihat Hakimi serajin itu.Bersungguh nampaknya putera sulungku ini.Ini semua penangan RM 50 yang telah dijanjikan.Ummi tersenyum.....duit...duit...besar betul kuasa duit ni ye....

Apa pun anakku...teruskan kegigihanmu itu ya...usah dikejar sangat duit tu.Yang penting ILMU itu.Duit yang ada di tangan akan habis,namun ilmu yang engkau miliki tidak akan pernah habis.Semakin dikejar semakin terasa diri banyak kelemahan dan kekurangan.

Apa sangatlah ilmu yang ada pada kita yang bernama manusia ini jika dibandingkan dengan melautnya ilmu Allah meliputi seluruh alam semesta.Langit dan bumi.Justeru andai kelak kau miliki apa jua ijazah,master,phd,atau apa-apa saje gelaran dan pangkat yang mengangkat darjat keilmuanmu di sisi manusia...maka jangan sekali-kali engkau bersikap sombong dan meninggi diri.Ikutlah resam padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi.Ingat itu anakku....

Ummi merenung sejenak hakikat kehidupan kita di atas dunia ini.Konsep dosa dan pahala.Setiap perkara yang kita lakukan walau sekecil mana sekalipun, ianya pasti membuahkan pahala atau dosa.Pahala dan segala ganjaran kebaikan yang Allah janjikan buat hamba-hambaNya sebenarnya merupakan motivasi dan penggerak utama  untuk kita melakukan kebaikan dan amal soleh.

Walaupun pada peringkat permulaannya,sewaktu kanak-kanak dan awal remaja,kewajipan dan ibadat yang difardhukan itu membuat kita rasa terbeban, namun lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia,ilmu dan kefahaman  kita akan dapat merasakan kemanisan mengabdikan diri kepada Allah.Dan dalam keadaan itu nanti pahala bukan lagi menjadi fokus utama tetapi rasa kehambaan untuk mengabdikan diri semata-mata kepada pencipta akan mengatasi segala-galanya.

Saat itu kita akan dapat rasakan alangkah ruginya andai tidak mentadabbur ayat-ayat suci kalamullah saban hari....ruginya tidak  bermunajat kepada Allah di tengah malam sepi...malangnya andai tidak berpuasa sunat pada hari-hari yang sepatutnya untuk kita lakukan sedemikian...hinanya andai kita menonton rancangan hiburan yang terang-terang melalaikan ...Dan tidak berbaloi langsung untuk kita melakukan apa jua dosa  dan maksiat yang bakal mengundang kemurkaan Allah SWT.Saat itu keredhaan Allah jualah fokus kita yang paling utama.

Justeru anakku....saat ini fokus kamu yang utama mungkin kerana ingin mendapatkan tempat pertama dalam kelas atau duit RM 50 yang dijanjikan atau mungkin nakkan mumtaz dan 5A dalam UPSR nanti...dengan kata lain habuan di dunia semata-mata,sehingga terlupa matlamat menuntut ilmu itu adalah kerana Allah..

Ummi dapat rasakan....kemanisan untuk memiliki ilmu itu belum lagi kau rasai ...namun lambat laun ummi percaya dan ummi sentiasa berdoa agar fokusmu nanti adalah menuntut ilmu kerana Allah demi addeen tercinta ini.Agar ilmu itu  menjadikan kamu nanti seorang hamba yang sentiasa tunduk dan patuh kepada penciptanya.

Teruskan usahamu itu Muhammad Irfan Hakimi...Ummi sentiasa mendoakanmu....




Isnin, 18 Mac 2013

Bacalah Puteriku Sayang !!

Setelah selesai solat Maghrib...ummi amati gelagat Aisyah.Aisyah membelek-belek beberapa buah majalah asuh dan aulad.Abang-abang dan kakaknya pula mula sibuk membuka beg sekolah masing-masing...menyiapkan kerja-kerja rumah yang masih perlu dibereskan.Ummi sudah tentunya memberikan perhatian yang lebih pada anak-anak ummi,Hakimi,Hafizi dan Aina.Hampir ummi terlupa untuk berada dekat dengan Aisyah.Kadangkala terdetik juga di hati ni ...kesian Aisyah...kurang perhatian.Seboleh mungkin ummi cuba juga luangkan masa untuk mengajar Aisyah.Adakalanya Aisyah merajuk dek kurang perhatian dari Ummi..
'Ummi tu asyik-asyik Aina...asyik-asyik Hakimi...asyik-asyik Hafizi...tak nak ajar kita pun tak pelah...biar nanti anaknya ni tak pandai.....'tersentap ummi mendengar kata-kata Aisyah di satu malam.

'Ya Allah...Aisyah...sorry ye.Aisyah marah ummi ye....mari sini ummi ajarkan.....'Pujuk ummi

'Tak pe lah...tak payah.....'Aisyah kalau dah merajuk...tak makan pujuk.

Itulah situasi yang kadang-kadang berlaku di malam hari.Apatah lagi kalau musim ujian dan peperiksaan.Aisyah pasti rasa diabaikan....huhu....sedih Aisyah.Bila kerap kali insiden yang sama berulang..rupanya dalam diam ia telah membentuk karekter yang positif dalam diri Aisyah.Ummi lihat Aisyah tidak lagi mengharapkan bantuan ummi.Dengan inisiatif sendiri, Aisyah akan merangkak-rangkak belajar membaca sorang-sorang.Bila Aisyah tak boleh juga mengeja baru Aisyah rujuk pada ummi.Ummi sangat kagum dengan sikap berdikari Aisyah.Alhamdulillah...syabas Aisyah!!...teruskan usahamu puteriku sayang.

Dan kini,berkat usaha dan kegigihannya,Aisyah sudah semakin lancar membaca.Pantang jumpa apa sahaja tulisan rumi, dia pasti akan cuba membacanya. Ummi berbangga denganmu nak...


Moga kegigihanmu itu akan berterusan dalam usahamu menuntut ilmu kelak.Abah dan ummi sentiasa mendoakan kejayaanmu di dunia dan akhirat.Sayaaaaaaaaanggg NUR AISYAH SAKINAH....

Isnin, 11 Februari 2013

Char Kuey Teow Makcik!!! Syukur ya Allah...

Allah s.w.t sangat tahu apa yang terdetik di hatimu…Mari kita panjatkan hasrat  yang baik-baik padaNya.

Suatu malam yang dingin,ummi mengajak Hafizi menemankan ummi ke kedai Photostat.Hajat dihati nak photostat soalan buat anak-anak didikku di esok harinya.Selesai sahaja urusan tersebut,ummi teringat abah dan anak-anak ummi di rumah.

Masih lapar lagikah mereka? Lewat petang tadi mi kari yang ummi sajikan sudah habis kesemuanya.Licin…lapar betul anak-anak ummi.Ummi berkira-kira di dalam hati,mungkin mereka masih lapar.Tentu seronok kalau ummi belikan mereka satay bagi mengalas perut yang mungkin masih berkeroncong.Kami menuju ke gerai satay.Saat menunggu pesanan, ummi toleh ke gerai sebelah…char kuey teow goreng….emmm…sedapnya …lagi lagi kalau banyak kerang…teringin rasanya nak menjamah.


Ummi melihat kepada tukang masaknya.Seorang budak remaja.Pembantunya pula sedang ligat membungkuskan pesanan pelanggan.Di belakang tukang masak itu,ummi lihat sekumpulan remaja yang lebih kurang sebaya dengan mereka sedang berborak sambil bergelak ketawa.Dan di tangan masing-masing terselit sebatang rokok yang masih membara.Kawan-kawan si tukang masak lagaknya…

Hasrat ummi untuk memesan sebungkus char kuey teow terbantut.Hafizi bertanyakan ummi. ‘Ummi tak jadi nak beli ke?’ Ummi angguk. ‘Tak pe,kita cari gerai lain…kalau boleh ummi nak mak cik yang masak.Pas tu makcik tu bertudung…rasa tenang dan selamat ummi nak makan.’

Ummi sedikit keberatan andai tukang masaknya anak-anak muda yang kalau dilihat dari segi gaya dan penampilannya kurang menjaga nilai-nilai agama.Kalau boleh,biarlah mereka itu tergolong dari kalangan yang menjaga solatnya.Hidangan yang dimasak dari air tangan orang yang menjaga solat sudah tentu lebih berkat dan dirahmati Allah.Namun untuk menyelidik sejauh itu bukan suatu yang mudah.Maka sebagai jalan yang agak selamat, ummi lebih gemar andai tukang masaknya seorang yang sudah bergelar mak cik atau pakcik.

Selepas membayar harga satay yang dipesan ,kami terus mencari gerai char kuey teow yang lain.Di seberang jalan kelihatan sebuah lagi gerai,ummi memperlahankan kereta dan memerhatikan si tukang masak.Ohhh…seorang anak muda juga yang pada pandangan zahir ummi…ummi masih kurang berkenan.Kami meneruskan pencarian hinggalah kami sampai pada sebuah gerai yang lain.Kelihatan 2 orang makcik sedang sibuk mengambil pesanan dan menyiapkan hidangan.Hati ummi berbunga gembira,lantas segera turun dari kereta.Hasrat ummi semakin tertunai.

Ummi terus menuju ke gerai tersebut.Sesampai sahaja di depan gerai,ummi sedikit terkedu bila melihat tukang masaknya juga seorang anak muda dengan rambut yang agak panjang.Alamak….namun dah terlanjur berdiri di depan gerai dan salah seorang makcik tadi sedang bertanyakan pesanan dari ummi,terasa tak sampai hati pula untuk berlalu pergi tanpa membeli apa-apa.Pasti nanti terasa hati kecil si makcik.Ummi terus memesan sebungkus char kuey teow goreng kerang.

Namun… nun jauh di sudut hati, ummi rasa berbelah bahagi.Ya Allah hasrat di hati aku inginkan air tangan dari seorang mak cik.

Ummi memerhatikan salah seorang daripada makcik tadi sedang menyiapkan lebih kurang 10 bungkus nasi goreng ayam.Agak lama juga ummi berdiri menunggu pesanan siap.Sabaaaar….Si tukang masak masih lagi menyiapkan nasi goreng untuk pelanggan yang lain.15 minit berlalu…ummi berkira-kira pesanan ummi sahaja lagi yang belum disiapkan.Mungkin lepas ni giliran pesanan ummi pula di masak oleh si anak muda.

Tiba-tiba si tukang masak bersuara… ‘Mak..mak gorengkanlah untuk kakak ni.Aku nak hantar nasi goreng tu kat kawan aku dulu.Nanti aku sambung balik…’Jelas sekali kedengaran suara si anak muda.

Subhanallah…..ummi tergamam seketika. Ya Allah…..sayu dan terharu rasa hati ini.Ya Allah …Engkau mendengar hasrat hati hambaMU ini.Ya Allah Kau kabulkan juga permintaan hambaMu ini.Ohhh……sebaknya….Alhamdulillah…terima kasih ya Allah….cepat sungguh air mata ini mengalir tanda syukur ummi pada NYA.

Si makcik tanpa berlengah terus memegang sudip dan memasak pesananku.Si anak muda terus mencapai bungkusan nasi goreng yang telah disiapkan oleh si ibu lantas memecut motosikalnya.

Lebih kurang 8 minit kemudian pesananku siap digoreng oleh makcik tadi. ‘Ni nak…RM 4 ye..’ Dengan rasa penuh kesyukuran ummi ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mak cik tadi.

Saat ummi pusing untuk menuju ke kereta,si anak muda tadi telah kembali lantas terus memegang sudip semula untuk menyiapkan pesanan dari pelanggan yang lain pula.

Ummi berlalu ke kereta dengan sebungkus char kuey teow goreng hasil air tangan seorang makcik sebagaimana yang ummi inginkan.hati ummi sangat bahagia dan rasa syukur yang tidak terhingga ummi panjatkan pada Nya.Keimananku pada Mu makin utuh. …Keyakinanku pada Mu semakin bertambah.Peliharalah iman hambaMu ini ya Allah.

Malam itu Allah mengajar ummi agar sentiasa berdoa dan panjatkan hasrat yang baik-baik di dalam hati.Sungguh!!! Allah Maha Mendengar rintihan hati hambaNya,apatah lagi hasrat hati dan keinginan kita itu untuk menjaga agama kita…untuk dunia dan akhirat kita.

ALHAMDULILLAH…ALHAMDULILLAH…ALHAMDULILLAH…



Rabu, 6 Februari 2013

Allah mengajarku erti syukur

Teringat ummi pada satu kisah di waktu petang.Ia benar-benar mengajar ummi agar jadi hamba Allah yang benar-benar bersyukur di atas apa sahaja kurniaanNYA.Ucapkanlah Alhamdulillah...

Hobi Abah berkebun.Setiap petang usai kerja di pejabat,kalau awan cerah,hari tak hujan Abah mesti meluangkan masa lebih kurang sejam di kebun yang terletak di Parit 1.Maklumlah pokok-pokok sawit tu abah yang kerjakan sendiri.Dengan kudrat dan kekuatan yang Allah beri sedaya upaya abah usahakan walau dihambat kekangan masa dengan rutin kerja di pejabat dan kepenatan seharian di kantor.Ummi tabik kat abah.Alhamdulillah abah sihat....moga Allah berikan kesihatan yang baik pada abah yang kita sayangi.

Teringat ummi...tatkala pokok kuinin berbuah lebat,bila balik je dari kebun abah pasti membawa beberapa biji buah kuinin yang masak ranum.Baunya sungguh harum menusuk hidung.Namun Allah takdirkan setiap kali ummi kupas buah tersebut pasti ada tuan di dalamnya.Hampir keseluruhan buah tersebut bertuan...sampai ummi tak boleh nak rasa walau sehiris potongan sedang untuk dinikmati.Sebiji demi sebiji ummi kupas namun begitulah juga isinya.Ummi maklumkan abah hal tersebut dan dengan selambanya abah menjawab 'kupas je lah...mana tahu ada yang boleh dimakan...'Rupa-rupanya abah dah tahu keadaan sebenar isi di dalamnya.

Walaupun begitu,setiap petang abah pasti membawa juga balik ke rumah beberapa biji buah kuinin yang baru gugur.Ummi tetap setia mengupas sebiji demi sebiji,namun isinya masih begitu.Bukan rezeki kita.Esoknya abah tetap juga bawa balik.Begitulah yang berlaku beberapa kali petang,hinggalah ummi rasa sedikit bosan kerana ummi agak pasti isinya tak boleh dimakan.Ummi jugalah yang kena kupas dan buang.Dalam hati kecil ni rasa nak marah..kenapalah abah ni hari-hari bawak balik kuinin ni...padahal dia dah tahu dah isinya bertuan....

Sehinggalah di suatu petang..agaknya ummi dah malas nak kupas dan tengok isinya,sebab dalam hati ummi dah berkata...ni mesti busuk ni.Dengan rasa yang agak jengkel ummi berkata dengan suara yang agak kuat dari dapur,abah sedang mandi di bilik air."Bang..lain kali tak payah lah bawak balik kuinin ni.Busuk...bukannya boleh dimakan...penat je ummi kupas..."Terluah juga kata-kata yang sudah sekian lama terbuku di hati ini.Semacam rasa puas bila ummi ungkapkan kata-kata itu.Namun nun jauh di sudut  hati kecil ummi terdetik juga kata-kata ini ..kecik hati abah agaknya dengan ayat ummi tadi...Ummi pasang telinga...tak dengar apa-apapun butiran kata yang terkeluar dari mulut abah...marah kot...

Sepantas kilat ummi masukkan buah-buah kuinin tadi ke dalam plastik untuk ditongsampahkan.Kalau abah nampak,mesti abah marah.Namun rasa bersalah pulak dengan abah.Penat je abah bawak balik kuinin ni.Ummipun ambil pisau dan kupas je lah dulu.Kupas punya kupas sampailah saat untuk ummi hiris isinya.Hirisan pertama..Subhanallah!!! ummi takjub..cantik isinya tiada bertuan.Hirisan kedua begitu juga.Hirisan ketiga...hirisan keempat,kelima,keenam....ummi rasa terpukul...Oh!!Allah marah kat ummi agaknya  di atas niat ummi sebelumnya,maka Allah menunjukkan kekuasaanNYA pada ummi.Sebiji kuinin itu langsung tiada berulat.

Subhanallah!! Allah sedang mengajar ummi erti syukur.Syukurlah atas apa jua yang Allah kurniakan.Lagakmu tadi bagai kau tak sedar siapa pencipta buah itu.Rezeki kamu itu di atas ketentuanNYA.Redhalah untuk menerimanya sama ada buah itu baik atau tidak baik.Usah merungut...Terasa basah kelopak mata ummi.Syukur ya Allah.Segera ummi beristighfar...pohon ampunanNYA di atas keterlanjuran sikap dan niat ummi yang tidak baik sebentar tadi.Alhamdulillah...

Selesai sahaja abah mandi, segera ummi maklumkan pada abah hal itu walau ummi berasa sangat malu...'Bang...kali ni ummi terkejut..bila ummi kupas kuinin ni, tak busuk langsung...elok semua isinya...'

Abah hanya senyum.Senyum sinis mungkin,setelah tadinya ummi mengungkapkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Hal itu bukan sahaja terkena batang hidungku tapi menyentap tangkai hati dan imanku agar sedarlah segala rezeki itu DIA yang tentukan.Kita selaku hambaNYA BERSYUKURLAH...REDHALAH...

Sesungguhnya DIA Maha Pemurah.....

Alhamdulillah ya Allah di atas nikmatMU yang tidak terhitung buat kami.

Rabu, 16 Januari 2013

Moga Itu Bukan Subuh Terakhir

Subuh itu dalam kenangan.Moga ia menjadi titik mula kepada perjuangan dalam hidup kami seterusnya.

Moga ia juga bukan subuh terakhir untuk kita.Tetapi pemula ke arah mendidik nafsu dan jiwa yang seringnya terlalai dan terleka.

Moga KAU redhai kami ya Allah....

Di subuh yang hening itu.Umi mula mengejutkan permata hati ummi. Satu-persatu...sekalipun banyak kerenahnya,namun anak-anakku mari mita berjihad melawan nafsu tidur dan bisikan syaitan yang sering benci dengan kebaikan yang cuba ingin kita lakukan.

Alhamdulillah...kekuatan itu Allah beri...kalian celikkan juga mata...lantas menuju ke bilik air untuk berwudhuk.Jam menunjukkan detik 5.55 pagi.Ayuh bersegera anak-anakku...kita harus sampai ke masjid Makmuriah sebelum azan Subuh itu berkumandang.Ada sedikit dengusan yang ummi dengar dari anak-anak bujang ummi.Ya Allah...sabarkan hati anak-anakku.Semai dan suburkan dalam jiwa mereka keinginan dan kecenderungan untuk sentiasa melakukan kebaikan...

Di dalam kereta...kalian diam membisu.Ummi tidak tahu apa yang bersarang dalam hati kalian.Ummi hanya mampu panjatkan doa.Nun jauh di sudut hati ummi,,,ummi sangat bahagia sekali dengan pengalaman pertama itu.Bersama-sama suami tercinta dan permata-permata hati tersayang meredah keheningan subuh untuk menjejakkan kaki kita ke pintu Masjid itu.

Terasa hangat kelopak mata ummi.Kolam mata itu akhirnya melimpah jua .Sungguh ummi sangat-sangat bersyukur.Ya Allah...jadikan kami orang yang beristiqamah.Bantulah...Ummi bertekad anak-anakku...Ummi akan pastikan kita meluangkan setiap subuh  hujung minggu di sana.Mari kita didik jiwa kita.Kita semai cinta dan kasih kita pada NYA.Kita kutip ilmu dari kuliah subuh.Kita eratkan tautan hati kita sekeluarga dengan perkara kebaikan.

Sesampai sahaja di halaman Masjid...Subhanallah!! bukan sedikit rupanya jemaah yang telah sampai.Sangkaan ummi jauh meleset.Rupa-rupanya Masjid Makmuriah  tetap menjadi tumpuan sekalipun ketika  solat subuh.

Tatkala menjejakkan kaki ini ke ruang solat wanita.Subhanallah bukan sebaris tetapi berbaris-baris.Ummi kira...5 saf hadapan telah dipenuhi.Ummi kira lagi...satu saf lebih kurang 10 orang.Ini bermakna jemaah wanita sahaja lebih daripada 50 orang.Sekali lagi kolam mata ini melimpah...Ya Allah...alangkah bertuahnya muslimah-muslimah itu.Sudah pasti mereka itu telah lama menjadi pengunjung setia solat subuh di masjidMu ini...Ohhh...aku ini...baru hari ini aku bermula...Ya Allah...terasa hambaMu ini jauh ketinggalan...

Di celah-celah jemaah itu ummi lihat raut wajah yang sangat ummi kenali...Ohh Kak Sabrina..terasa malu diri ini...teguh imanmu...seteguh pendirianmu dengan jubahmu itu.Apabila keyakinan dan pergantunganmu pada Allah sangat jitu,maka tiada gentar dalam hatimu untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.Syabas kakakku...Teruskan perjuanganmu sahabat.Di mata manusia mungkin dirimu dianggap salah tetapi di mata Allah dirimu tetap disanjung.Tiada sekumanpun silapnya dirimu....

Aina cepat-cepat menyarungkan telekongnya.Tampak wajahnya sangat bahagia..seronok dengan pengalaman pertama.Lain pula di pihak Aisyah.Kelopak matanya bagai ditarik-tarik.Mengantuknya tak dapat ditahan.Ummi suakan telekong,dia menggeleng.Tak pelah...puteriku..mungkin di lain subuh kamu mahu.Lantas dia merebahkan dirinya di belakang.Matanya terus rapat...

Bacaan tuan imam subuh itu sungguh merdu dan mendayu.hati ummi sangat terusik.Menusuk kalbu.Usai solat kita disajikan dengan kuliah subuh dari Ustaz solihin Mukhyi.Aina menyusul adiknya.Terlelap jua di ribaan ummi.Penyampaian Ustaz sangat berkesan ...sarat dengan ilmu.ummi sangat puas.

Lebih kurang jam 7.25 pagi kuliah selesai.Aina dan Aisyah tak sabar-sabar lagi bertanya nak sarapan pagi kat mana.Kerana itulah janji ummi semalam,selepas solat dan dengar kuliah kita sarapan bersama-sama di luar.Restoran Harpines di Taman Perdana kita tuju.Seronoknya kalian.Tak pernah sarapan pagi kat kedai.Melihat pada kegembiraan kalian maka ummi berkira-kira di dalam hati 'inilah umpannya agar kalian rasa seronok untuk subuh di masjid'



Moga permata-permata hatiku..kalian membesar dalam suasana cinta kepada ma'ruf.Sekalipun bukan mudah untuk mendidik jiwa-jiwa kalian tetapi abah dan ummi mesti berusaha ke arah itu.Moga Allah memberikan kekuatan pada kami untuk mengasuh dan mendidik kalian semua.

Abah dan Ummi sayangkan kalian dunia dan akhirat.

LOVE U  WITH ALL MY HEART LILLAHI TA'ALA


Khamis, 10 Januari 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...