SYUKUR Alhamdulillah...Allah s.w.t memberikan peluang buat pertama kalinya dalam hidup ummi untuk bergelar seorang ibu.Wajah mulusmu ummi ciumi diiringi dengan linangan air mata...SYUKUR...ummi masih diizinkan untuk hidup lagi di dunia yang fana ini setelah berjuang dengan sepenuh kudrat yang ada untuk melahirkanmu...SYUKUR kerana Allah memberikan kesempatan pada ummi untuk menyusukanmu..membelaimu..mengasuhmu dengan tangan ummimu ini.
Hari...minggu...bulan..dan tahun terus berlalu...dan kini usiamu mencecah 12 tahun..Subhanallah...walhamdulillah...sungguh pantas masa berlari.Kini dirimu semakin matang seiring dengan peningkatan usiamu.Suka,duka,sedih,kecewa,gembira silih berganti mewarnai hidupmu.Ummi sebagai ibu sentiasa merasai apa jua yang kau rasai dan alami.Jatuh bangunmu,sakit dan sihatmu,suka dukamu dan apa jua yang kau alami seboleh mungkin ummi sentiasa berusaha untuk berada di sisi.Namun adakalanya anakku,di saat ummi dilambung emosi dan tekanan kerja, seringkali ummi tersilap langkah dan percaturan dalam menanggapimu.Yang adakalanya menyebabkan hatimu terluka.Kemaafan ummi pinta.Ummi dapat rasakan masih terlalu banyak perkara dan didikan Rasulullah tercinta yang masih belum berjaya ummi terapkan di dalam dirimu dan permata-permata hati ummi abah yang lain.Sungguh...terlalu banyak cabaran dan dugaannya.Namun itu semua bukan alasan.Ummi dan abah tetap berusaha untuk menjadi ayah dan ibu yang terbaik buat kalian semua.Moga Allah memberikan kekuatan,kesihatan dan kesempatan pada kami untuk menggilap jiwa putera dan puteri kami dengan iman dan taqwa.
Saat ini...hanya tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi dirimu akan berdepan dengan peperiksaan besar pertama dalam hidupmu.Ya...UPSR dan PSRA tahun 2013.Debar hatimu...debar juga hati ummi.Sungguh ummi dapat melihat kesungguhanmu itu.
Perubahanmu sangat ketara setelah berpindah ke SK Seri Makmur.Kalau sebelum ini ummi sering berleter mengingatkanmu agar terus tekun menuntut ilmu,membuat ulangkaji dan latihan.Saban malam ummi pasti bising menegur kerenahmu ...namun kini, semua itu sudah tiada lagi.Tanpa dipaksa atau disuruh dirimu tahu tanggungjawabmu untuk bersungguh dalam menuntut ilmu.Satu persatu kerja-kerja sekolah kamu bereskan,ditambah lagi dengan latih tubi menjawab soalan-soalan latihan yang telah dibeli dari kedai-kedai buku.Malam harimu padat dengan usaha mentelaah dan mengulangkaji segala perkara.Subhanallah...adakalanya ummi yang terasa penat melihat ketekunanmu.Adakalanya lampu bilik tidurmu masih terpasang sekalipun jam telah menunjukkan ke angka 12 tengah malam.Ya Allah....syukur ummi panjatkan.Syukur ya Allah kerana KAU telah menyuburkan jiwa anakku ini dengan kesungguhan dan ketekunan dalam menuntut ilmu.Jadikan dirinya ya Allah anak soleh yang mencintai ilmu dan beramal dengan ilmunya lantas menjadi contoh terbaik buat adik-adiknya....
Pernah ummi mencuri baca coretanmu dan luahan hatimu dalam buku catatan harianmu.Azammu,tekadmu dan pencapaian yang kamu sedang berusaha berjuang untuk meraihnya.Aneka Pelan dan tindakan yang telah kau catit untuk memastikan tergetmu itu tercapai.Subhanallah....sungguh terancang impianmu.Sejujurnya dahulu ketika ummi seusiamu,ummi tidak membuat perancangan yang sebegitu..SYABAS anakku...teruskan usahamu itu.Ummi dapat rasakan ada sinar menantimu di hadapan dengan kesungguhanmu itu.Moga Allah meredhaimu...
Beberapa catatan peristiwamu yang ummi tak akan pernah lupa dan seringkalinya membuatkan ummi terharu...Saat kau bersedih tatkala diturunkan dari kelas 5 Zamrud ke 5 Delima seawal perpindahanmu ke Seri Makmur,hanya kerana di hari kedua gurumu baru perasan peperiksaan akhir tahunmu di tahun 4 ketika di SRAI Muhammadiah,English mu berstatus 'C'.Sedangkan yang lain 4A.Sungguh ummi melihat kekecewaanmu itu...maruahmu tercalar dan tercabar...Dan ummi dapat rasakan itulah sebenarnya pendorong terhebatmu untuk memulakan perubahan bagi meraih yang terbaik dalam setiap kali ujian dan peperiksaan.Ummi dapat melihat kamu ingin membuktikan sesuatu kepada abah,ummi dan mereka itu rakan-rakan dan guru-gurumu ..di kelas Zamrud.Dek kerana itulah kau sering-seringnya membandingkan pencapaianmu dalam setiap ujian dan peperiksaan dengan murid-murid di kelas 5 Zamrud.Ummi dapat melihat keterujaanmu untuk memberi persaingan hebat pada mereka.Dan Alhamdulillah usahamu semakin berhasil dan ummi dapat melihat kepuasan tergambar di wajahmu tatkala kamu meraih markah terbaik bagi subjek Penulisan dan Matematik dalam peperiksaan Akhir Tahun 5 sekalipun kamu itu berada di kelas kedua.Syabas anakku....Kini impianmu untuk berada di 6 Zamrud tercapai ...Alhamdulillah...
Sejak daripada hari itu,usahamu semakin berganda,English semakin dekat dengan hatimu...'A' sudah mampu kau miliki...apatah lagi matematik- subjek yang paling kau minati dan sering-seringnya kau meraih markah terbaik di dalam kelas.Sentiasa menjadi pemegang rekod '99%' dan ummi tahu tergetmu adalah 100%.Allah masih belum izinkan...Semalam tatkala pulang dari sekolah, kamu mengadu di'piyat' telinga oleh guru matematikmu kerana tersilap hanya pada soalan yang mudah,sekalipun kau berjaya mengekalkan pencapain 99%. Tak pelah anakku...ummi sudah cukup berbangga dengan usahamu.Mungkin percubaan nanti kamu boleh usahakan itu.Yang jelasnya...kini ...kau sering berusaha ingin meraih kedudukan yang terbaik di dalam kelas.Ummi sangat bersyukur melihat kesungguhanmu itu.
Anakku...
Ketahuilah....kecemerlangan anak-anak dalam akademik adalah impian setiap ayah dan ibu.Setiap ibu sangat berbangga andai anak-anak yang dikandung dan dilahirkannya itu menjadi anak yang pintar.Bagi ummimu ini ummi jauh lebih berbangga andai kesungguhanmu dalam akademik seiring dengan kesungguhanmu untuk menjadi seorang anak soleh yang sentiasa mentaati perintah Allah dan RasulNya.Ya anakku....Itulah doa ummi saban hari...siang dan malam...Dan kata-kata yang sering ummi ungkapkan...'Tiada nilai dan harganya diri kita di sisi Allah ,andai kita mampu mencapai straight A dalam apa jua peperiksaan tetapi kita tidak menjaga solat 5 waktu.Kita memang dipuji di sisi manusia kerana kepintaran kita,tetapi kedudukan kita di sisi Allah adalah tersangat hina'
Ingatlah duhai permata hati ummi....Hidup di dunia ini penuh dugaan dan cabaran.Andai diizinkan Allah,perjalanan hidupmu masih panjang...di depan sana pasti kau bakal dihadapkan dengan pelbagai kisah suka ,duka,gembira, kecewa,jatuh dan bangunnya kamu dalam hidupmu.Kerana hidup ini adalah UJIAN.Allah menguji setiap hambaNYA untuk memilih siapakah yang terbaik untuk ditempatkan di dalam syurgaNYA kelak .
Kita memerlukan benteng yang kukuh untuk mendepani segala macam fitnah dan keseronokan di dunia yang sering melalaikan.Apakah benteng dan senjata kamu anakku?IMAN itulah bentengnya.Takut kepada Allah itulah senjata ampuhmu.Apabila kita takut kepada Allah.. gerun dengan segala azab seksaNYA di akhirat nanti,maka kita akan berusaha menjauhkan diri dari melakukan sebarang dosa dan kejahatan.SOLAT itulah bukti keimanan kita.SOLAT itulah penghubung kita dengan pencipta kita.SOLAT itu akan sentiasa menyedarkan kita...siapa diri kita ini sebenarnya di dunia.SUJUD itulah bukti ketundukan dan kepatuhan kita sebagai hamba kepadaNYA.
Justeru anakku..peliharalah solat 5 waktumu.Walau di mana kamu berada... kamu tetap menjunjung langit tuhan,memijak bumi tuhan...di mana sahaja....DIA sentiasa memerhatikan kita....Mari kita berusaha menjadi hamba Allah yang patuh selagi kita masih bernafas.
tengah serius tu...tension je nampak...
Muhammad Irfan Hakimi...
Segala usaha dan ketekunanmu itu iringinya dengan doa dan tawakkal kepada Allah.Kita sebagai hambaNYA hanya mampu merancang,berusaha sedaya upaya dengan segenap kesungguhan.Selebihnya DIA lah perancang yang terbaik.DIA lah yang menentukan jatuh bangunnya kamu,cemerlang atau tidaknya kamu. Namun di pihak ummi,ummi jelas sekali melihat usahamu itu...mari anakku kita sertakannya dengan doa dan tawakkal kepadaNYA.Apa jua yang Allah tentukan untukmu kelak ...yakinlah ..itu yang terbaik untukmu.Ummi dan abah tidak pernah jemu mendoakanmu siang dan malam agar dirimu beroleh kejayaan cemerlang sebagaimana yang kamu impikan. Moga kamu boleh menjadi contoh terbaik untuk adik-adikmu.Jadilah anak soleh yang cemerlang peribadi.akal dan budi.
Ummi yakin hakimi BOLEH!!!
Be the best...
Be the best...
Teruskan ......Doa abah dan ummi sentiasa mengiringi langkahmu....