' Ummi...tadi kat sekolah ustaz kata..sesiapa yang dapat mumtaz dalam ujian kali ni ustaz nak bagi RM 20' Dengan girangnya Hakimi memaklumkan pada ummi janji ustaznya di sekolah.
'Kalau macam tu ummi tambah lagi RM 30 nak ?'Cabar ummi pula.
'Ok...settle...kita cuba....mesti boleh punye...'sahut Hakimi.
Dan bermula dari saat itu ummi melihat usaha Hakimi sangat luar biasa.Usai solat Maghrib Hakimi terus menelaah subjek yang akan diduduki keesokan harinya.Sungguh tekun dan bersungguh sekali.Terharu ummi.
Keesokan tengaharinya ,pulang saje dari Seri Makmur,setelah selesai lunch,Hakimi meneruskan lagi usahanya...mengingati kembali topik-topik yang telah dihafalnya pada malam tadinyaTak pernah ummi lihat Hakimi serajin itu.Bersungguh nampaknya putera sulungku ini.Ini semua penangan RM 50 yang telah dijanjikan.Ummi tersenyum.....duit...duit...besar betul kuasa duit ni ye....
Apa pun anakku...teruskan kegigihanmu itu ya...usah dikejar sangat duit tu.Yang penting ILMU itu.Duit yang ada di tangan akan habis,namun ilmu yang engkau miliki tidak akan pernah habis.Semakin dikejar semakin terasa diri banyak kelemahan dan kekurangan.
Apa sangatlah ilmu yang ada pada kita yang bernama manusia ini jika dibandingkan dengan melautnya ilmu Allah meliputi seluruh alam semesta.Langit dan bumi.Justeru andai kelak kau miliki apa jua ijazah,master,phd,atau apa-apa saje gelaran dan pangkat yang mengangkat darjat keilmuanmu di sisi manusia...maka jangan sekali-kali engkau bersikap sombong dan meninggi diri.Ikutlah resam padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi.Ingat itu anakku....
Ummi merenung sejenak hakikat kehidupan kita di atas dunia ini.Konsep dosa dan pahala.Setiap perkara yang kita lakukan walau sekecil mana sekalipun, ianya pasti membuahkan pahala atau dosa.Pahala dan segala ganjaran kebaikan yang Allah janjikan buat hamba-hambaNya sebenarnya merupakan motivasi dan penggerak utama untuk kita melakukan kebaikan dan amal soleh.
Walaupun pada peringkat permulaannya,sewaktu kanak-kanak dan awal remaja,kewajipan dan ibadat yang difardhukan itu membuat kita rasa terbeban, namun lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia,ilmu dan kefahaman kita akan dapat merasakan kemanisan mengabdikan diri kepada Allah.Dan dalam keadaan itu nanti pahala bukan lagi menjadi fokus utama tetapi rasa kehambaan untuk mengabdikan diri semata-mata kepada pencipta akan mengatasi segala-galanya.
Saat itu kita akan dapat rasakan alangkah ruginya andai tidak mentadabbur ayat-ayat suci kalamullah saban hari....ruginya tidak bermunajat kepada Allah di tengah malam sepi...malangnya andai tidak berpuasa sunat pada hari-hari yang sepatutnya untuk kita lakukan sedemikian...hinanya andai kita menonton rancangan hiburan yang terang-terang melalaikan ...Dan tidak berbaloi langsung untuk kita melakukan apa jua dosa dan maksiat yang bakal mengundang kemurkaan Allah SWT.Saat itu keredhaan Allah jualah fokus kita yang paling utama.
Justeru anakku....saat ini fokus kamu yang utama mungkin kerana ingin mendapatkan tempat pertama dalam kelas atau duit RM 50 yang dijanjikan atau mungkin nakkan mumtaz dan 5A dalam UPSR nanti...dengan kata lain habuan di dunia semata-mata,sehingga terlupa matlamat menuntut ilmu itu adalah kerana Allah..
Ummi dapat rasakan....kemanisan untuk memiliki ilmu itu belum lagi kau rasai ...namun lambat laun ummi percaya dan ummi sentiasa berdoa agar fokusmu nanti adalah menuntut ilmu kerana Allah demi addeen tercinta ini.Agar ilmu itu menjadikan kamu nanti seorang hamba yang sentiasa tunduk dan patuh kepada penciptanya.
Teruskan usahamu itu Muhammad Irfan Hakimi...Ummi sentiasa mendoakanmu....