Selasa, 16 Oktober 2012

Subhanallah!!walau dengan sebelah kaki,dia tetap solat berdiri

Subhanallah anak-anakku,

Apakah yang terlintas di fikiranmu apabila melihat foto di atas?

Subhanallah...sungguh sayu hati ummi anak-anakku bila melihat hamba Allah yang soleh ini.Lihat anakku lihatlah....walau hanya dengan sebelah kaki, hamba Allah ini tetap mahu berdiri untuk solat.Kekurangan yang dia miliki tidak dijadikan alasan untuk tidak solat.

Cuba lihat anak-anakku,Allah ciptakan kita dengan cukup sempurna.Jauh lebih sempurna dari insan ini.Kita ini masih muda,kuat, gagah,tidak buta,tidak pekak,tidak bisu anak-anakku,punya  2 tangan dan kaki!Alangkah malunya kita dengan insan ini apatah lagi dengan Allah yang mencipta  kita dengan cukup sempurna,tetapi kita membuat pelbagai helah dan alasan untuk tidak  mendirikan solat.Tanpa rasa apa-apa,tanpa rasa berdosa langsung kita abaikan terus seruan Allah. Astaghfirullah.....pohonlah ampun kepada Allah.

Renungkan anak-anakku,

Dalam keadaan kita yang sempurna itu,mengapa adakalanya kita melambat-lambatkan solat?Menolak solat itu ke tepi.Menyiapkan segala urusan kita yang lain terlebih dahulu,dan setelah semua urusan itu selesai maka baru kita tunaikan solat.Manakah yang lebih penting anak-anakku?Bayangkan,andai di saat kita menangguh-nangguhkan solat itulah tiba-tiba nyawa kita direntap oleh malaikat maut.Adakah mati kita pada saat itu dalam keadaan mulia?

Ingat anak-anakku,kematian itu pasti.Dan datangnya tidak pernah mengenal usia.Bila-bila masa yang Allah kehendaki kita akan dipanggil pergi dan alangkah hinanya kita andai kematian itu datang di saat kita dengan sengaja melewat-lewatkan solat, di saat kita masih lagi belum menunaikan solat sedangkan azan telah lama berkumandang di cuping telinga.

Ayuh anak-anak.....kita muhasabah diri.Usah mencipta pelbagai alasan untuk melambatkan solat atau tidak mahu mendirikan solat.Sekalipun seluruh manusia di muka bumi ini tidak mahu solat, Allah tidak  akan pernah rugi sekelumitpun.DIA tetap dengan sifatnya yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa sampai bila-bila.Tetapi  anak-anakku,  kitalah yang rugi .Kitalah yang sangat hina kerana kita telah tidak mempedulikan perintah Bos segala bos yang ada di dunia ini.Penguasa yang kehebatan dan keagungannya menguasai seluruh langit dan bumi.Kita telah memilih tempat kembali yang sangat buruk dan hina di sisiNya.Ayuh kita berubah....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...