Jumaat, 12 Oktober 2012

MasyaAllah ummi makan apa tu....?Emmm sedapnya minyak zaitun ni...


Teringat ummi pertama kali Aina nampak ummi makan roti dengan minyak zaitun.

"Sedap ke mi?"

"Sedap.....yum....yummmm.Aina cubalah rasa."

Sambil merasa secubit roti yang dicicah dengan minyak zaitun,"eerrr tak sedap pun."

"isshhh jangan cakap tak sedap.Apa yang Allah cipta semuanya sedap tau."

"Kenapa ummi makan dengan minyak zaitun?"

Ya anak-anakku.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,Alhamdulillah ummi disedarkan oleh Allah agar meminati makanan-makanan sunnah.Atau mudahnya apa-apa sahaja makanan yang di'mention' secara terus oleh Allah dan RasulNya dalam Al-Quran mahupun hadis.Kalau kita rujuk dan amati dalam kedua-dua sumber rujukan deenul Islam itu, kita akan dapati banyak jenis-jenis  makanan yang telah  disebut di dalamnya. Dan sudah tentu anak-anakku, makanan yang dinyatakan itu adalah makanan yang terpilih daripada ribuan jenis makanan yang pernah wujud di atas muka bumi ini.Dan ummi sangat  pasti ianya sudah tentu terkandung banyak hikmah,kebaikan dan sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) ”

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:

“ ...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api... ”


Lihat anak-anak ummi.Di atas hanyalah dua bukti tentangnya.Beberapa kali nama 'zaitun' itu disebut di dalam Al-Quran juga hadis.Yakinlah anak-anakku apa-apa sahaja yang disebut di dalam Al-Quran  mahupun hadis itu adalah benar dan semestinya benar 100% .Tanamkan itu dalam hatimu.Kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah kalam pencipta kita.Allah Maha Tahu apa yang sangat baik untuk makhluk ciptaanNya seperti kita ini.Dan yakinlah dengan kebenaran kata-kata Rasulullah s.a.w tercinta.Baginda contoh terbaik buat kita dalam segenap aspek kehidupan ini sekalipun dalam bab makan dan minum.


Anak-anakku,

Setiap kali ummi menuang sesudu atau dua sudu minyak zaitun untuk dimakan, ummi akan berdoa begini :

"Ya Allah aku memakannya kerana ENGKAU telah menyebutnya di dalam Al-Quran dan aku sangat percaya dengan Kata-kata RasulMu tercinta,minyakMu  ini terkandung seribu hikmah.Dengan izinMu ya Allah  anugerahkan aku kesihatan.Moga dengan kesihatan dan kekuatan yang ENGKAU anugerahkan  itu mampu untuk  aku beribadah dengan baik dan sempurna sepanjang hayatku ini."

Cuba ya anak-anak ummi.Moga dengan niat sedemikian kita juga diberikan ganjaran pahala oleh Allah,kerana keikhlasan kita untuk mengamalkan sunnah Rasulullah tercinta.

{ و التين والزيتون (1) وطور سنين(2)

Ingat tak ayat-ayat itu.Setiap kali ummi nak makan minyak zaitun , kalau kat dapur tu ada anak-anak ummi,ummi saje je baca ayat tu kuat-kuat.Kenapa?Ummi nak  agar kalian tahu dan sedar minyak zaitun itu ada disebut di dalam Al-Quran.Ayuhlah bersama-sama dengan ummi kita cuba amalkan.Sekalipun harganya agak mahal,ummi tidak berkira kerana ummi yakin,apalah sangat wang yang kita ada di dunia ini,semua itu akan habis  dan kita perlu sedar  di sana ganjaran yang Allah sediakan  lebih besar dan  sangat mahal kerana usaha kita untuk  menghidupkan sunnah Rasulullah tercinta.
WE    LOVE    RASULULLAH S.A.W


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...