Ahad, 14 Oktober 2012

Peliharalah solat 5 waktumu!

Anak-anak didik yang dikasihi Allah,

Solat itu benteng yang kukuh untukmu menghadapi segala dugaan dan mehnah hidup di atas dunia ini.Itu bukan kata-kata ummi tetapi itulah penjelasan Allah pencipta kita di dalam kitabNya yang mulia.

‘Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar’

Solat yang benar-benar mampu berperanan sedemikian bukanlah solat yang didirikan sambil lewa,atau acuh tak acuh.Tetapi solat yang tinggi kualiti dan mutunya di sisi Allah bermula dari pada takbiratul ihram sehinggalah kepada memberi salam.

Justeru anak-anakku,mari kita perhati dan muhasabah kembali mutu solat kita itu.Adakah keadaannya masih sama sebagaimana kamu mendirikannya ketika kamu berusia 12 tahun,tanpa tahu makna bacaan yang dibaca sama ada Al-Fatihah,rukuk,sujud,duduk antara dua sujudnya hinggalah kepada salam yang kedua,tanpa khusyuk dan tomakninah yang betul,tanpa ada penghayatan dan kesungguhan ketika berhadapan dengan pencipta kita.Bos segala bos yang ada di dunia ini?

Kalau masih begitu anak-anakku,perbaikilah solatmu.Fahamilah setiap maksud bacaannya.Berusahalah untuk khusyuk dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Allah s.w.t pencipta kita.Sesungguhnya saat kita sedang solat itu,kita sedang berhadapan dengan pemilik alam semesta,pemilik dan pengatur segala urusan di dunia ini,pencipta segala makhluk yang pernah wujud di atas muka bumi ini.Penguasa seluruh langit dan bumi.Allahuakbar anak-anakku.Sungguh DIA Maha berkuasa.Kita ini hanyalah hambaNya yang lemah tidak memiliki apa-apapun yang boleh dibanggakan,kerana semua ini milik DIA.Mari kita perhati dan perbaiki solat kita.


Anak-anak didik sekelian,

Hebatkah kamu di sisi Allah;berjaya mendapat straight A di dalam peperiksaan tetapi kamu mengabaikan solat.Di dunia ini kamu dipuji kerana cemerlangnya kamu di dalam exam tetapi adakah di sisi Allah dan di kalangan penduduk langit,kejayaanmu itu juga dipuji? Fikirkanlah!!apa yang kita kejar di dunia ini,pujian manusia atau pujian penciptamu.Sanjungan manusia atau sanjungan Tuhanmu.Jangan kita tergolong dari kalangan orang yang rugi.Kita berasa di dunia ini kita bermegah,bangga dan puas dengan kejayaan kita,sedangkan di akhirat kelak kita dihina sehina-hinanya oleh Allah kerana mengabaikan solat.

Anak-anakku,

hidup di dunia ini hanyalah sebentar cuma.Keseronokan dunia yang engkau kecapi itu hanya sekejap sahaja, sedangkan akhirat itu alamnya kekal abadi, selama-lamanya.Mana satu yang kamu pilih? keseronokan yang sebentar di dunia ini atau kesengsaraan yang berpanjangan di akhirat kelak.

Justeru anak-anakku yang dikasihi,

Peliharalah solat 5 waktumu.Ketika kamu sedang belajar dan azan berkumandang,tutuplah bukumu itu,bersegeralah menuju kepada Allah dengan berwuduk dan solat.Solat mesti didahulukan dalam apa jua keadaan.Peliharalah solatmu nescaya kamu selamat.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...