Ye…yeh….pergi Teluk Batik.Kita dah lama tak mandi kat sana.Eiii….sronoknya.’Girang hati anak-anak ummi bila abah kata esok pagi-pagi kita siap pergi Teluk Batik.Aisyah sweet pun cepat-cepat ingatkan abahnya. ‘Abah esok bawak khemah ye,kita pasang khemah.Boleh rehat dalam khemah…’ Ok le sayanggggg…..
Hati ummi juga sangat-sangat seronok bila tengok anak-anak ummi gembira.Begitulah hati ayah dan ibu.Puas rasa hati bila dapat membahagiakan anak-anak.Moga anak-anak pula,bila besarnya nanti tidak melupakan ayah dan ibunya yang semakin dimamah usia…bukan kerana inginkan balasan tetapi itulah tanggungjawab seorang anak dan kewajipan yang mesti ditunaikan oleh seorang anak terhadap ayah dan ibunya….Permata hatiku…jadilah anak soleh solehah yang diredhai oleh Allah juga abah dan ummimu…
Setelah satu setengah jam perjalanan,kami akhirnya sampai dengan selamatnya di Pantai Teluk Batik.Subhanallah…walhamdulillah…Allahuakbar….indahnya pantai ciptaanMu Tuhan.LautanMu membiru luas terbentang..Desiran ombakMu menderu menghempas ke pantai.Subhanallah…sangat mendamaikan.Lambaian pepohon nyiurMu seolah-olah menggamit kedatangan kami.Saat kaki ini mencecah pepasirMu kami mengucap syukur Alhamdulillah…Kau masih lagi memberikan kami ruang dan kesempatan untuk menikmati sekali lagi perkhelahan hambaMu ini beserta suami dan anak-anak tercinta…Terima kasih ya Allah.Moga perkelahan ini Kau berkati lantas Kau tautkan hati-hati kami…
Wah seronoknya Aisyah ngan Aina mandi laut...nak ikuttttt
Cakkkk……Aina nak mandi laut pulak jommm….
yum...yum....sedapnya sphagetti ni...sedap sangat.terima kasih ummi...
wahh....fizi!! sedapnya....
‘Ummi..cepatlah dah lapar ni…kita nak spaghetti…’ Fizilah yang paling seronok bila ummi kata nak bawak bekal spaghetti….his favourite food….sangat-sangat suka. ‘Nak lagi mi….lagi le….’ishhhh dah dah le tu…Tengok kalian makan dengan enaknya…terharu ummi.Dalam hati ini ummi sangat bersyukur…Ya Allah terima kasih kerana hingga saat ini Kau masih beri peluang padaku untuk menyumbang bakti kepada suami dan anak-anakku.Moga kekuatan dan kesihatan yang baik ini masih Kau anugerahkan padaku hingga akhir hayatku….’Makanlah permata hatiku…selagi ummi masih sihat dan kuat ummi akan berkhidmat untukmu kerana Allah.Benarlah, rumahtangga adalah gelanggang pahala buat seorang wanita yang bergelar ibu…
Ummi...jom le mandi....
Setelah hampir tiga jam kita menikmati suasana keindahan dan keseronokan di pantai Teluk Batik,ummi kerling jam di handphone…ohh…hampir waktu zohor.Dah tiba saat untuk berkemas.Solat wajib segera ditunaikan.Seronok seronok juga solat jangan sekalipun dilupakan.Ayuh anak-anak ku segera kita berkemas.Masjid bandar Lumut kita tuju.Di sana kita sujudkan dahi ini ke bumi.Syukur…Alhamdulillah perkelahan ini sangat membahagiakan kami .Moga di waktu yang lain dapat kami ulangi saat-saat indah begini sekalipun bukan di Pantai Teluk Batik,di mana-mana sahaja ceruk alamMu ini yang sangat indah dan mendamaikan.Sungguh besar keagunganMu ya Allah…Subhanallah…