Ahad, 14 Oktober 2012

Mengimami solat berjemaah ahli keluargamu

Hukum solat berjemaah bagi lelaki di surau atau masjid adalah fardu kifayah.Justeru para lelaki di luar sana,usah memandang remeh bab solat berjemaah.Jangan menunggu waktu lapang atau bila ada masa baru berjemaah di masjid,tetapi lapangkan masamu untuk berjemaah di masjid.Peruntukkan masamu untuk turut berjemaah bersama kaum muslimin yang lain.Golongkan dirimu dari kalangan yang sentiasa memakmurkan rumah Allah.Dan masukkan dirimu dari kalangan 7 golongan yang akan mendapat naungan arasy Allah di padang mahsyar kelak.Pemuda yang hatinya cintakan masjid.

Andai tidak berkesempatan untuk berjemaah di masjid,maka berjemaahlah bersama dengan anak dan isteri di rumah.Jadilah contoh teladan yang baik kepada ahli keluarga dalam perkara solat.Antara tips untuk berjemaah ialah :

• Apabila waktu azan hampir tiba arahkan anak dan isterimu bersiap sedia dengan wuduk

• Usah solat bersendirian dengan alasan nak cepat,banyak kerja,tak de masa,lambat nak tunggu anak bersiap untuk solat.Tetapi bersabarlah,korbankan sedikit masamu itu, kerana penantian yang sebentar cuma itu akan membuahkan nikmat yang berpanjangan di akhirat kelak,kerana kamu sedang berusaha mendidik ahli keluargamu mencintai Allah dan rasulNya.

• Elakkan daripada terus tidur sekalipun azan telah kedengaran,kerana itu akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak.Ingat!anak-anak sentiasa memerhatikan si ayah dan meniru perbuatan itu kelak dalam rutin seharian mereka.

• Tutup segera TV setelah azan habis berkumandang.Jangan sekali-kali terus menonton bersama anak-anak,kerana itu akan memberikan tanggapan buruk kepada mereka; ‘tak kisah tengok Tv pun,lambat sembahyang pun tak pe,ayah pun sama tengok tv.’

• Sekiranya suami ingin berjemaah di masjid,pesanlah kepada isterimu agar menjadi imam kepada anak-anak yang berada di rumah.Atau mengarahkan anak lelakimu yang sulung menjadi imam kepada adik-adiknya.

• Bertegaslah dengan anak-anak tanpa kompromi.Ajak seluruh ahli keluarga bersama-sama solat berjemaah

• Andai sedang berada dalam perjalanan,azan berkumandang melalui corong radio di dalam kereta,segeralah berhenti di mana-mana masjid untuk solat.Tunjukkan kepada anak-anak solat mesti didahulukan walau dalam apa jua keadaan.

• Ingat para suami selaku ketua keluarga,dirimu sentiasa diperhatikan,dan perilakumu akan menjadi ikutan.Maka tampilkanlah amalan yang baik agar anak-anak menjadikan dirimu contoh teladan dalam hidup mereka.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...