Sebelum belajar,berwuduklah terlebih dahulu.Subhanallah!! bayangkan keberkatan dan rahmat yang Allah limpahkan kepada kamu nanti.Mulia sungguh amalanmu itu.Sudah pasti anak-anak, ada perbezaan dari segi rahmat dan keberkatannya bagi mereka yang belajar dalam keadaan suci dan berwuduk berbanding dengan mereka yang belajar tanpa wuduk.
Yakinlah!! rahmat dan pertolongan Allah akan sentiasa mengiringi usahamu itu dalam menuntut ilmu.Justeru anak-anak didik sekelian, pastikan ketika kamu ingin melangkahkan kaki ke sekolah, kamu masih dalam keadaan berwuduk.
Ketika wajahmu itu dibasahi dengan air wuduk niatkan di dalam hatimu;
'Ya Allah peliharalah wajahku ini dari bakaran api neraka'.
Ketika membasuh kedua tanganmu maka panjatkan harapan kepadaNya;
'Ya Allah hendaknya di padang mahsyar kelak tangan kananku ini yang akan menerima buku catatan amalanku'
Dan saat kamu menyapu sebahagian daripada kepalamu pohonlah padaNya;
'Ya Allah tempatkan aku kelak untuk berada di bawah lindunganMu pada hari yang tiada perlindungan melainkan naungan arasyMu'
Dan ketika kamu membasuh kedua kakimu pohonlah pada penciptamu itu;
'Ya Allah langkahkan kakiku ini ke jalan yang Engkau redhai,bukan jalan orang -orang yang sesat. Kau tetap dan teguhkanlah kakiku ini untuk meniti titian siratMu kelak.Dan jangan Engkau gelincirkan kaki ku ini ke dalam nerakaMu.'
SUBHANALLAH anak-anak,dengan doa dan pohonan yang sedemikian mana mungkin Allah tidak pedulikan kamu.Sudah pasti setiap langkahmu itu seterusnya ke sekolah diberkati Allah,dilimpahi rahmat dan kebaikan, dan didoakan kesejahteraan untukmu oleh seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi tanpa kamu sedari.
Sewaktu di sekolah sepanjang sesi pembelajaran,andai wudukmu itu telah terbatal,maka luangkan sedikit masa untuk memperbaharui wudukmu.Ingat anakku!! setiap hayunan langkahmu itu,setiap penat dan lelahmu itu akan ada ganjaran yang besar di sisi Allah.Ketepikan segala alasan -penat,tak de masa,bayak kerja atau apa sahaja alasan yang menerjah ke mindamu kerana itu semua hasutan syaitan yang sentiasa inginkan manusia itu lalai dari mengingati penciptanya.Bermujahadahlah dalam melakukan amal soleh.Sungguh besar ganjaran buatmu kelak.
Ketika punya keinginan untuk beramal, lapangkanlah masamu bukan menunggu masa lapang atau free,kerana masamu tidak akan pernah lapang untuk beramal kerana godaan nafsu,syaitan dan dunia yang menyeronokkan ini berada di mana-mana,di sekitarmu.Bermujahadahlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan