Sabtu, 29 September 2012

Jadilah doktor muslim yang hebat!!

Teringat masa ummi kecik-kecik dulu.Bila ditanya nak jadi apa bila besar nanti,mesti kata nak jadi doktor.Rasa macam hebat sangat jadi doktor.Kerja lain macam tak best je....Tak taulah pulak ummi, macam mana boleh ada idea nak jadi doktor.Mungkin atuk Ayub dan opah dah tanam dalam kepala ni,kalau ada saje soalan nak jadi apa bila besar nanti...jawapannya ialah DOKTOR...Kenapa?? boleh tolong orang sakit.Begitulah besarnya peranan seorang ayah dan ibu,tanamkan minat dalam diri  anak sejak kecil pada perkara-perkara yang mulia.Agar anak yang dididik sentiasa terarah pada jalan kebaikan....Terima kasih abah dan ummiku sayang....

Dan kini bila ummi pula dianugerahkan permata-mata hati seperti kalian, itu jugalah yang ummi akan kata~Dah besar nanti Aina jadi doktor ye...boleh ubatkan ummi kalau abah dan ummi sakit,jadi doktor Islam yang baik,bila nak rawat  atau bedah pesakit ,baca Bismillah  dan doa dulu....dan ummi tambah lagi...ummi seronok kalau dapat jumpa doktor yang tak lekang dari mulutnya sebut Bismillah bila nak mulakan apa-apa rawatan,pesakit yang mendengar akan rasa tenang sekaligus mengingatkan mereka bahawa kesembuhan hanya datang dari Allah semata-mata,rawatan doktor hanyalah satu ikhtiar...~Senyum je Aina bila ummi kata macam tu....

Lepas tu ummi suka sakat Aina...Aina nanti jadi doktor gigi ye...hihihi.Jangan mare....Tapi sekarang gigi Aina dah mula cantiiiiikkkk, tak macam dulu...

Bila anak-anak ummi dengar berita gembira Maksu Timah dah berjaya jadi doktor...Wahhhhh.....masing-masing tunjuk muka bangga dan seronok.Bestnya..Hakimi apa lagi,terus tanya berapa gaji Maksu Timah sebulan....Diapun mula mencongak...wahhhh....Gajinya memang le banyak anakku berbanding ummi yang jadi guru ni,tapi berbaloilah dengan kerjanya yang masuk pukul 7 pagi,keluar pukul 11 malam.Kesian Maksu Timah... makin kecik le dia....Sabar ye Maksu...Besar pahalanya tu....

Ummi selalu cerita macam mana Maksu Timah belajar.Harap-harapnya anak-anak ummi menjadikannya sebagai motivasi dan galakkan  untuk  terus berusaha membina kecemerlangan dalam hidup kalian.Ingat pesan ummi,kejayaan mesti diusahakan,siapa yang lebih usaha dan ketekunannya dialah yang akan lebih cemerlang.Siapa lebih banyak membaca maka dialah yang akan lebih banyak mendapat ilmu berharga.Ilmu  itu sangat berharga anak-anakku,Jika ingin berjaya di dunia adalah dengan ilmu,jika ingin berjaya di akhirat  dengan ilmu dan jika ingin berjaya di dunia dan akhirat, juga dengan ilmu...Maka permata-permata hatiku,jadilah orang yang berilmu dan mengamalkan ilmu tersebut dalam hidupmu,nescaya kalian dirahmatiNYA.

'Untuk Maksu Timah yang disayangi....Kejayaanmu menjadi pendorong kepada kami.Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk terus cemerlang.Doakan kami agar kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah....'




Belajar Kasih Ibu Daripada Seekor Lembu | iluvislam.com discover the beauty of islam

Belajar Kasih Ibu Daripada Seekor Lembu | iluvislam.com discover the beauty of islam

Pada satu hari yang damai, hujan sedang turun renyai-renyai, aku keluar daripada rumah untuk menuju ke satu tempat.

Aku tak ingat ke mana aku mahu pergi ketika itu. Sama ada ke pejabat atau ke sebuah surau untuk menyampaikan kuliah maghrib. Tak kisah kemana hala tujuku, yang penting aku yakin saat itu hujan sedang turun membasahi jalan. Semakin lama semakin lebat.

Aku memandu 'jentera' abah ketika itu. Van Ford Econovan. Usianya 15 tahun. Kepulangan ku dari Jordan masih belum genap setahun lagi. Jadi, van inilah menjadi warisan kami adik beradik sebelum membeli kereta sendiri.

Abah dahulu membeli van kerana adik beradik kami ramai. 8 orang semuanya. Abah memandu, angah duduk di sebelah abah sebagai co-pilot, emak duduk di sebelah pintu belakang sebagai pramugari. =)

Abangku juga pernah menggunakan van ini sebelum dia membeli kereta barunya. Samalah situasinya seperti aku saat ini.

Van ini panas sebab aircondnya rosak. Kalau hujan, perlu dibukakan sedikit tingkap untuk membenarkan angin masuk supaya cerminnya tidak berkabus.

"Hujan... tentu susah nak nampak jalan. Aircond rosak pulak tuh" rungutku seorang diri. Walaubagaimanapun, aku harus meneruskan perjalanan. Aku ada urusan yang perlu diselesaikan.

Hari itu aku perlu melalui satu jalan yang gelap. Kiri dan kanan ladang kelapa sawit. Lampu jalan jaraknya jauh-jauh pula tu.


Seingat aku, aku memandu pada kelajuan 70km sejam. Ok lah, tidaklah laju sangat, dan tidaklah perlahan sangat.

Setibanya aku di satu selekoh, aku melihat seperti ada kelibat seekor 'anjing' sedang melintas jalan. 'Anjing' tersebut berlari dengan pantas cuba melepasi van yang aku pandu. Malangnya tidak sempat.


Gup!

Bunyi pelanggaran yang kecil. Aku hanya mampu menekan brek sedikit sahaja. Aku bimbang van akan berpusing jika menekan brek secara mengejut kerana jalan sedang basah. Ketika itu langsung tidak sempat untuk berhenti melihat apakah yang dilanggar olehku.

"Ah sedikit sahaja tu, dia sempat mengelak kot, tulah siapa suruh lintas sewaktu kereta tengah lalu" aku cuba memujuk diriku sendiri. Seperti mengampunkan kesalahan diri sendiri.

Aku terus melupakan peristiwa itu, malam itu juga. Namun keesokannya...
Aku melalui jalan yang sama menggunakan 'jentera' abah.

Pagi yang indah, damai, bumi yang masih basah kesan hujan semalam. Melalui jalan yang sama, tidaklah membuatkan aku merasa kelainan saat itu. Sehinggalah tiba-tiba aku melihat di depan..

Aku terkejut melihat bangkai seekor anak lembu terkujur di tepi jalan, selekoh yang aku lalui malam semalam. Aku yakin inilah selekoh yang aku lalui semalam. Inilah tempat berlakunya perlanggaran tersebut. Rupa-rupanya 'anjing' yang ku sangka itu adalah seekor anak lembu.

Kakinya sudah ternaik ke atas. Badannya sudah pun mengembung. Matanya pula sudah terbeliak.

Aku terdiam, menarik nafas. Beristighfar. Aku mintak ampun pada Allah kerana seekor lembu amat besar nilainya pada orang kampung.

Orang kampung menjual lembu untuk memasukkan anak ke universiti. Orang kampung menjual lembu untuk mengadakan majlis perkahwinan anak kesayangannya..

Namun ada yang lebih menginsafkanku saat itu. Seekor lembu betina (ibunya mungkin) sedang duduk di sisi bangkai anak lembu tersebut. Sungguh jelas kesedihan terpancar pada wajah ibu lembu tersebut. Kaki depannya membongkok ke bumi seperti sedang sujud, sedang kepalanya rendah hampir ke tanah. Seperti mengharapkan anaknya hidup kembali. Mustahil.



Aku menitiskan air mata saat itu melihat wajah ibu lembu tersebut.

Aku biarkan sahaja drama itu. Aku lansung tak berhentikan van. Aku tak sanggup dan aku memang tak tahu nak buat apa kalau aku berhenti pun..

Esoknya, aku melalui jalan yang sama, dan hari ini bangkai anak lembu sudah pun tiada. Namun, aku tetap sedih kerana ibu lembu masih ada. Aksinya sama seperti semalam. Bezanya hari ini anaknya sudah tiada. Mungking sudah dibakar oleh tuan lembu tersebut untuk mengelakkan bau bangkai yang busuk.

Aku rasa selama 5 hari berturut-turut aku melalui jalan tersebut, aku pasti melihat ibu lembu yang sedang meratapi kehilangannya anaknya. Aku sedih dan rasa bersalah pada ibu lembu tersebut.
Demi Allah, aku belajar kasih ibu daripada seekor lembu. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya sakit, demam apatah lagi mati sebelumnya. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya gagal dalam kehidupan. Ibu pasti menitiskan air mata. Bangunlah, balaslah jasa ibumu walaupun jasa ibumu takkan pernah dapat dibalas.


- Artikel iluvislam.com




E-PENYATA GAJI


Untuk melihat maklumat penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan, sila klik pada perkataan 'E-PENYATA GAJI' di atas...


Contoh paparan:


Langkah-langkah menggunakan sistem:-

Klik pada perkataan 'E-PENYATA GAJI' di atas.

Kepada yang belum pernah mendaftar, anda perlu mendaftar dahulu dengan meng'klik' pada perkataan 'pertama kali mendaftar'

Lengkapkan segala butiran diri dan klik 'ok'

Bagi yang telah mendaftar, masukkan no kad pengenalan dan kata laluan pada ruangan yang disediakan dan tekan 'daftar masuk'

Tekan pada butang 'sendiri'. Kemudian anda boleh memilih tahun dan bulan yang dikehendaki. Tekan 'cari'. Setelah nama penyata gaji anda telah dipaparkan pada jadual, klik pada nama penyata gaji tersebut. Penyata gaji anda akan dipaparkan.







Jumaat, 28 September 2012

Sekalipun pahit,Manis jua akhirnya


Salam Ukhuwwah buat semua pengunjung blog PERMATA HATIKU...Ingin berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak tercinta.Kisah suka,duka,tawa,ria yang dilalui dalam hidup ini, sesungguhnya telah termaktub di sisi-NYA...tinggal lagi kita ini perlu pasrah dan redha di atas segala ketentuanNYA.Yakin segala-gala yang terjadi dalam hidup ini pasti tersirat seribu hikmah yang adakalanya tak mampu kita menyingkapnya.Walau zahirnya pahit buat masa ini tetapi pasti ada manisnya,cumanya kita tak tahu bila ....namun manis itu akan terserlah jua akhirnya.Dan pada ketika itu kita akan berkata ohhh...ada hikmahnya semua itu terjadi dulu.....Kita ini hanyalah hamba yang berusaha merancang yang terbaik,namun Allah lebih baik perancangannya....

Teringat kembali kisah kemalangan yang pernah ummi lalui satu ketika dulu.Ingat lagi anak-anakku...tanggal 27 November 2007.Pada waktu itu Hakimi baru berusia 6 tahun,Hafizi 4 tahun,Aina 2 tahun dan Aisyah 7 bulan...Subhanallah....kereta yang ummi pandu telah berlanggar secara berdepan dengan sebuah kereta Proton Waja yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Cina.Ummi tidak ingat langsung apa yang berlaku.Ianya sangat pantas ...hanya dalam beberapa saat.Ummi hanya sedar ketika ummi dibawa dalam perjalanan ke Hospital Sabak Bernam.Ditakdirkan Allah, pemilik kereta yang baik hati  menawarkan bantuan untuk menghantar ummi ke hospital adalah sahabat ummi juga yang kebetulan melalui jalan besar ketika kejadian itu.

Soalan pertama yang terkeluar dari mulut ummi apabila tersedar dari pengsan ialah....'Saya berlanggar dengan apa? Hidup atau matikah pemandu kereta tu?'  Bila kawan ummi kata pemandunya selamat,malah luka ummi yang lagi parah....ummi sangat bersyukur.Sama-sama masih diizinkan hidup...Terbayang satu-persatu wajah keluarga tercinta,suami...permata-permata hati ummi...abah dan ummi tersayang....family di Pulau Indah...Ya Allah masih berpeluangkah aku menatap wajah mereka...air mata mula membasahi pipi...

Sampai sahaja di hospital dan setelah di periksa  oleh doktor di bahagian kecemasan,mereka memutuskan untuk menghantar ummi segera menaiki ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Kelang.Sempat ummi menyeluk saku...ohhh..handphone ummi ada dalam poket rupanya....dengan kepala yang terasa berat,dan suara yang tersekat-sekat ummi call  abah dan opah maklumkan tentang keadaan ummi...Opah  dan Atok yang sedang bersiap-siap untuk ke Sungai Besar memutuskan untuk menunggu sahaja kedatangan ummi dengan ambulan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah....

Pengalaman kali kedua ummi menaiki ambulan dengan kelajuan yang begitu sangat mencemaskan.Kali pertama ketika ummi nak melahirkan aisyah di Hospital Teluk Intan.Terasa bagai nak terkeluar segala isi perut..Sesampai sahaja di hospital Kelang,tatkala di buka sahaja pintu ambulan, opah dan atuk Ayub sedia menunggu ketibaan ummi...Alhamdulillah..terima kasih ya Allah masih lagi dapat kutatap wajah -wajah itu...tanpa dapat ummi tahan,ummi terus termuntah....masyaAllah...yang keluar dari mulut ummi warna merahhhh...ya Allah..ummi mula rasa cemas..terasa seakan kematian sudah hampir...beberapa kali ummi di x-ray untuk memastikan kalau-kalau terdapat kecederaan dalaman yang serius...keputusannya Alhamdulillah.Ummi hanya perlu menjalani pembedahan kecil di lutut.Benar anakku...di saat kita ditimpa  ujian sama ada kecil atau besar,  yang ada dalam ingatan hanyalah Allah S.W.T.Pergantungan sepenuhnya yang paling diharapkan adalah DIA yang Maha Pengasih yang Maha Penyayang..Tiada yang lain.Bukan ayah bonda,bukan juga suami dan anak-anak,juga doktor yang sedang memberikan rawatan...segala-galanya berada di bawah kekuasaan,rahmat dan kasih sayangNya...'Ya Allah ...sesungguhnya aku ini hamba yang beriman kepadaMU...bantulah aku....kasihanilah hambaMU yang lemah ini...'Doa itulah yang ummi panjatkan sepanjang ummi dalam rawatan...

Dalam keadaan yang sangat lemah,ummi kerling jam di dinding bilik kecemasan..Ya Allah sudah jam 3.15 petang,kemalangan itu berlaku seingat ummi lebih kurang jam 12 tengahari,solat Zohor masih belum ummi tunaikan..kerana masih dalam pemantauan doktor,dan dalam keadaan baju yang tidak suci,adanya sisa-sisa muntah dan darah ummi mengambil keputusan untuk terus bersolat dalam keadaan berbaring dengan niat dalam hati  untuk menghormati waktu solat.Dada terasa lapang,sungguh tenang,terasa rahmatNYA sangat melimpah.Air mata ummi makin mencurah...Terasa seperti diberikan satu lagi peluang untuk hidup.Azam ummi dalam hati 'tidak akan aku  sia-siakan peluang hidup ini...apatah lagi terasa bekalanku untuk menemuiNYA masih banyak lompong dan kurangnya...'

Kesan dari kemalangan itu ummi tak mampu berjalan sebagaimana biasa hampir 3 minggu.kaki kiri ummi terasa lemah,solat tetap ummi tunaikan dalam keadaan duduk.Ingat anakku!! bagaimana susah atau sakitpun kita, solat jangan sekali ditinggalkan.Selagi akal masih waras,selagi nyawa masih dikandung badan, kewajipan solat tidak pernah gugur, hanya tatkala roh terpisah dari jasad solat tidak  lagi wajib ditunaikan....

 Namun selepas sesi fisioterapi,Alhamdulillah..akhirnya kaki ummi sembuh sebagaimana biasa.  Syukur yang tak terhingga padamu Ya Allah.Sekalipun kisah itu sedih untuk dikenang namun benarlah  ya Allah perancanganMU adalah yang terbaik buat hambaMU.Pahit yang hanya sebentar itu telah membuahkan manis yang berpanjangan buat ummi hingga ke hari ini. Permohonan pertukaran sekolah ummi ke kawasan Sungai Besar  selepas itu diterima dengan mudah,sedangkan sebelum itu sudah tujuh kali ummi mengisi borang pindah.Namun tidak pernah berjaya.

Yakinlah anak-anak ummi..ujian atau kepahitan yang kita rasai itu pasti akan ada manisnya,cuma kita tak tahu bila manisnya itu akan kita rasai sepenuhnya.Allah itu sangat pengasih dan penyayang buat hamba-hambaNYA yang beriman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...