Teringat masa ummi kecik-kecik dulu.Bila ditanya nak jadi apa bila besar nanti,mesti kata nak jadi doktor.Rasa macam hebat sangat jadi doktor.Kerja lain macam tak best je....Tak taulah pulak ummi, macam mana boleh ada idea nak jadi doktor.Mungkin atuk Ayub dan opah dah tanam dalam kepala ni,kalau ada saje soalan nak jadi apa bila besar nanti...jawapannya ialah DOKTOR...Kenapa?? boleh tolong orang sakit.Begitulah besarnya peranan seorang ayah dan ibu,tanamkan minat dalam diri anak sejak kecil pada perkara-perkara yang mulia.Agar anak yang dididik sentiasa terarah pada jalan kebaikan....Terima kasih abah dan ummiku sayang....
Dan kini bila ummi pula dianugerahkan permata-mata hati seperti kalian, itu jugalah yang ummi akan kata~Dah besar nanti Aina jadi doktor ye...boleh ubatkan ummi kalau abah dan ummi sakit,jadi doktor Islam yang baik,bila nak rawat atau bedah pesakit ,baca Bismillah dan doa dulu....dan ummi tambah lagi...ummi seronok kalau dapat jumpa doktor yang tak lekang dari mulutnya sebut Bismillah bila nak mulakan apa-apa rawatan,pesakit yang mendengar akan rasa tenang sekaligus mengingatkan mereka bahawa kesembuhan hanya datang dari Allah semata-mata,rawatan doktor hanyalah satu ikhtiar...~Senyum je Aina bila ummi kata macam tu....
Lepas tu ummi suka sakat Aina...Aina nanti jadi doktor gigi ye...hihihi.Jangan mare....Tapi sekarang gigi Aina dah mula cantiiiiikkkk, tak macam dulu...
Bila anak-anak ummi dengar berita gembira Maksu Timah dah berjaya jadi doktor...Wahhhhh.....masing-masing tunjuk muka bangga dan seronok.Bestnya..Hakimi apa lagi,terus tanya berapa gaji Maksu Timah sebulan....Diapun mula mencongak...wahhhh....Gajinya memang le banyak anakku berbanding ummi yang jadi guru ni,tapi berbaloilah dengan kerjanya yang masuk pukul 7 pagi,keluar pukul 11 malam.Kesian Maksu Timah... makin kecik le dia....Sabar ye Maksu...Besar pahalanya tu....
Ummi selalu cerita macam mana Maksu Timah belajar.Harap-harapnya anak-anak ummi menjadikannya sebagai motivasi dan galakkan untuk terus berusaha membina kecemerlangan dalam hidup kalian.Ingat pesan ummi,kejayaan mesti diusahakan,siapa yang lebih usaha dan ketekunannya dialah yang akan lebih cemerlang.Siapa lebih banyak membaca maka dialah yang akan lebih banyak mendapat ilmu berharga.Ilmu itu sangat berharga anak-anakku,Jika ingin berjaya di dunia adalah dengan ilmu,jika ingin berjaya di akhirat dengan ilmu dan jika ingin berjaya di dunia dan akhirat, juga dengan ilmu...Maka permata-permata hatiku,jadilah orang yang berilmu dan mengamalkan ilmu tersebut dalam hidupmu,nescaya kalian dirahmatiNYA.
'Untuk Maksu Timah yang disayangi....Kejayaanmu menjadi pendorong kepada kami.Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk terus cemerlang.Doakan kami agar kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah....'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan