Selasa, 2 Oktober 2012

Mari kita berqiamullail..menghidupkan malam dengan zikrullah


‘Ya Allah Ya tuhanku…di keheningan malam ini aku bersyukur kerana Kau memilihku dari jutaan hamba-hambaMu yang sedang lena dibuai mimpi untuk bangun bertahajjud kepada Mu.Dan aku yakini juga di saat aku sedang bersujud pada Mu ini, di sana masih ada ribuan lagi hamba-hambaMu yang lain yang juga sedang bertasbih menyebut namaMu…memuji-mujiMu…melahirkan rasa kasih dan cintanya kepadaMu…’

Semakin deras air mata ummi turun membasahi pipi.Syahdunya malam ini..suasana sunyi sepi..hati ummi bertambah pilu.Benarlah saat – saat sebegini memang jiwa seorang hamba akan berasa tersangat dekat dengan penciptanya.Terasa seolah tiada hijab yang membentengi.Ummi luahkan segala rasa yang terbuku dihati..segala hajat yang ummi ingini....Ya Allah rahmati hambaMu ini…

Ummi bertafakur…menghitung usia dan hari-hari yang telah ummi lalui..masyaAllah ummi kini telah pun menjangkau usia 35 tahun, ini bermakna ummi telahpun dihadiahkan Allah 12775 hari untuk hidup..Subhanallah.. sudah banyak hari ummi hidup.Dan seingat ummi, ribuan hari yang ummi hidup itu berapa sangatlah hari yang malamnya ummi bangun berjaga semata-mata untuk bertahajjud kepada Tuhan Pencipta seluruh Alam semesta ini.

Air mata ummi terus berlari laju..Rasulullah yang telah dijamin syurga itupun saban malamnya baginda bangun berqiamullail sehingga bengkak kaki-kaki baginda mengharapkan redha dan rahmat Allah untuk menjadi hambaNya yang bersyukur..apatah lagi kita ini.. Ya Allah ummi ini insan yang lemah..penuh noda dan dosa..seringkali lalai dan leka…tetapi kenapa ummi tidak manfaatkan peluang hidup yang Allah berikan ini untuk meraih sebanyak mungkin pahala dengan berjaga malam?? Sayu hati ini ya Allah. Kupohon keampunanMu…

Hati ini tambah sayu,apatah lagi bila mengingatkan antara kelebihan tahajud ialah dipermudahkan kaki ini untuk melintasi titian sirat...Subahanallah....Titian yang pasti dilalui oleh semua manusia yang pernah hidup di atas mukabumi Allah ini.Ummi juga akan melaluinya begitu juga abah dan permata-permata hati ummi...Ummi dan abah tidak akan dapat membantumu di sana nanti anak-anakku,malah ummi dan abah juga perlukan bantuan untuk melaluinya.Siapakah tempat untuk kita berpaut dan bergantung harap anak-anakku? Siapa?????Tidak lain dan tidak bukan Allah S.W.T itulah sandaran dan pengharapan kita, di samping rasul junjungan mulia s.a.w.Nabi Muhammad tercinta.

Justeru anak-anak,andai itulah pergantungan kita di sana kelak, maka mari kita ambil peduli dan sentiasa mengingatiNya.Juga tidak lupa Rasulullah tercinta sewaktu kita ini masih lagi hidup di dunia.Sewaktu hidup kita tidak melupakanNYA,sudah pasti di sana nanti DIA tidak akan melupakan kita.DIA yang Maha berkuasa akan mengasihi kita.DIA yang Maha penyayang sekali-kali tidak akan membebankan kita,DIA pasti akan memudahkan urusan kita andai di dunia ini kita sentiasa mentaatiNYA.

Permata Hatiku....
Ayuh kita lazimkan diri dengan solat malam.Ia amalan para nabi dan orang-orang soleh yang terdahulu.Ia rutin Rasul junjungan mulia sekalipun dirinya dijamin syurga.Siapa kita anak-anakku????Kita hanyalah insan biasa yang sentiasa terpalit dosa.Namun selagi diberi peluang hidup,selagi itu kita punya peluang memohon ampun,bertaubat dari dosa dan menambah bekalan kita sebelum kita dipanggil menghadapnya.Bila anak-anaku?Bila? tiada siapa yang tahu....mari mulakan sekarang.Moga kita sentiasa di dalam rahmat dan perlindunganNYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...