Kurma atau buah tamar adalah makanan yang disyorkan kepada Maryam,ibu Nabi Isa a.s ketika beliau melahirkan nabi Isa(Surah Maryam:25-26).Kurma juga makanan yang sentiasa dipuji oleh Rasulullah s.a.w.
Umat Islam juga sudah terbiasa berbuka dengan kurma .Maksud sabda Rasulullah s.a.w. :
"Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan".
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kurma adalah simbol makanan yang efisien.Bentuknya kecil namun mengandungi 50 peratus glukosa ringkas,menjadikan buah ini dapat digunakan sebagai sumber kalori tanpa melalui proses pemecahan enzim yang lebih lanjut seperti sumber-sumber karbohidrat kompleks yang lain.
Lapisan kulit buah kurma mengandungi serat yang bermanfaat buat sistem penghadaman,mencegah sembelit dan menurunkan risiko terjadinya gangguan kolorektal.Kandungan kalium yang tinggi pada kurma bermanfaat buat jantung,saluran darah,otot dan saluran penghadaman.
Kurma juga mengandungi tanin yang berfungsi sebagai pencegah cirit-birit.Dan banyak lagi kelebihan dan khasiat kurma anak-anakku.
Alhamdulillah anak-anak ummi punya abah yang sangat menggemari kurma.Abah sentiasa pastikan kurma ada di rumah.Adakalanya dua tiga jenis kurma ada dalam peti ais rumah kita.Anak-anak ummi pun suka makan kurma.Di sampingnya khasiat yang banyak,jangan lupa setiap kali makan kurma anak-anakku,niatkan makan kurma itu untuk mengamalkan sunnah Rasulullah tercinta.Pasti besar ganjarannya,kerana kita berusaha menghidupkan sunnah baginda.