Ahad, 14 Oktober 2012

Niat menuntut ilmu kerana Allah

Anak-anak didik sekelian,

Belajar itu menjadi ibadah jika niatmu itu ikhlas kerana Allah.

Justeru betulkan niatmu terlebih dahulu,tanamkan di dalam hatimu 'aku menuntut ilmu ini kerana ia perintah Allah dan aku berazam dengan kefahaman  terhadap ilmu ini yang  KAU anugerahkan  nanti  akan aku sampaikan kepada orang lain dan akan aku amalkannya dalam hidupku'

Oleh itu anak-anak,apabila niatnya ikhlas kerana Allah maka InsyaAllah,DIA akan permudahkan segala urusanmu ketika belajar bermula dari penerangan guru,memahamkan intipati tajuk yang diajar,menghafal segala fakta dan isi,menyiapkan segala assigmnent yang  diarahkan hinggalah kepada ketika kamu menjawab soalan ujian dan peperiksaan,InsyaAllah!! Allah akan memberikan pertolongan dan bantuanNya kepadamu kerana apa?

Kerana kamu telah dan sedang  berusaha untuk menjadi muslim yang patuh pada perintahNya.Kamu sedang berusaha untuk menjadi pelajar muslim yang cemerlang.Kamu sedang berusaha untuk mengetengahkan dirimu sebaris atau mengatasi bangsa lain dalam menuntut ilmu.Dengan kata lain kamu sedang berusaha untuk menjulang nama Islam di atas mukabumi ini dengan ilmu yang dimiliki.Ingatlah kepada maksud sabda Rasulullah s.a.w tercinta:

Daripada Abu Darda', bahawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ;

''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak"

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Dan maksud hadis yang lainnya;

“Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...