Ahad, 24 Januari 2010

Nak belajar pandai-pandai macam maksu timah

'Umi...belikan buku untuk Aina boleh..?' Tanya aina on the way balik dari PASTI Mawaddahnya.'Aina umi belikan kemudian boleh tak...tunggu gaji...nanti dah gaji umi belikan aina buku banyak-banyak' Jawab ummi tanpa memikirkan akibat dari jawapan yang sememangnya tak wajar itu....'Oh...ummi tak nak anak ummi pandai ya..' Balas Aina... Ha...kan...dah kena batang hidung ummi...'Aina nak belajar pandai-pandai macam maksu timah...nak jadi doktor jugak...nanti kalau aina dah banyak duit aina boleh bawak umi ngan abah pergi Mekah...sama-sama' Tambahnya lagi....'Ok...ok sorry ya Na...umi acah je tadi...jom lah kita gi kedai Chiew..aina pilih buku yang aina nak...tapi dua je ye dulu...kalau dah siapkan semuanya baru beli lagi yang lain...'Ummi lihat wajah aina..senyumannya melebar ke pipi...mendengarkan jawapan ummi..

Sabtu, 23 Januari 2010

Rindu nak balik Pulau Indah..

Umi...bila kita nak balik Pulau Indah ?Sering kali soalan itu terpacul dari mulut anak-anakku...lebih-lebih lagi Hakimi...Sabar ye nak..kalau boleh tiap-tiap minggu ummi nak balik sana, jumpa atuk Ayub ngan opah...tapi nak buat camne...sekarang ni hujung-hujung minggu sekolah ada je programnya...kalau tak sekolah ummi...sekolah abah lak...nanti ye...hujung bulan ni kalau ada kelapangan kita balik sana..ummi pun dah lama tak jumpa ayahbonda umi juga nenek oyang...Apa khabar agaknya mereka semua...ummi selalu pesan kat anak-anak ummi lepas sembahyang mesti doakan ummi dan abah macam ummi doakan abah dan umi ummi...
Seringkali anak-anakku... menitis air mata ummi bila mengenangkan jasa dan pengorbanan mereka membesar dan mendidik ummi adik-beradik.Benarlah...setelah ummi menjadi ibu baru ummi sedar alangkah hebatnya dugaan untuk mendidik dan membesarkan anak-anak...itulah yang atuk Ayub ngan opah telah rasa dan lalui...membesarkan kami lapan orang semuanya...memberikan didikan agama yang cukup sempurna...tinggal lagi kita sebagai anak-anak menggenggam kukuh didikan yang disemai dalam jiwa..lalu menzahirkannya dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim yang beriman....
Atuk Ayub & opah...umi dan abahku...
Dalam rutin hidupku sebagai seorang ibu kini...aku cuba mencontohi didikan abah dan umi padaku dulu....masihku ingat tegasnya abah menyuruh kami solat berjemaah ...mengejutkan kami di waktu dinihari menunaikan solat sunat hajat...meskipun ketika itu kami masih lagi di bangku sekolah rendah...dalam keadaan mengantuk kami gagahi juga untuk turut bersama kalian yang kami sayangi...hampir setiap waktu solat abah akan pastikan kami berjemaah...lebih-lebih lagi solat maghrib...kalau abah solat di masjid..maka umilah penggantinya...seusai solat maghrib Al-Quran pula mesti dibaca...tekunnya kalian mengajar kami mengaji..rotan tak pernah lepas dari tanganmu abah...yang ada kalanya gertakmu mengecutkan hati ini..namun berkat ketegasanmu itulah yang telah menjadikan kami anak-anak yang pandai mengaji...juga anak-anak yang begitu hormat kepada orang tua...

Abah dan umi yang dikasihi...
Lebih kurang 9 tahun angah telah bergelar ibu...Angah kini telah dan sedang terus mencuba untuk menerapkan nilai-nilai murni yang telah kalian semai di dalam jiwa ini dulu...angah ingin mewarnai rumahtangga ini dengan solat berjemaah dan bacaan Al-Quran...mendidik anak-anakku menjadi soleh dan solehah....bukan mudah ye abah dan umi...adakalanya menitis juga air mata ini berdepan dengan kerenah mereka....namun setakat ini..Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah kerana memberikan diri ini kekuatan untuk meneruskan didikanmu dulu pada anak-anakku pula....Terima kasih Abah dan umi....Jasamu tidak terbalas sekalipun dengan segunung intan permata atau wang berjuta..Ia tersemat kukuh di hati sanubari ini..Seringkali kupanjatkan doa pada Ilahi agar menganugerahkan kalian keampunan...kerahmatan..kesihatan yang berpanjangan dan kekuatan untuk terus beramal selama hayat masih di kandung badan....Ya Allah...rahmatilah dan kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku kecil dan tempatkan mereka kelak di kalangan para solihin...amin...

Duhai anak-anakku....
Pesanan yang sering ummi ulang dan terus ulang...kalau abah dan umi tiada lagi ...jangan kalian lupa doakan abah dan ummi..kerana doa kalian akan memberikan kelapangan kepada kami di sana nanti...Ya Allah jadikan kami semua tergolong dalam golongan orang-orang yang engkau kasihi dan rahmati.Jauhkan kami Ya Allah daripada azab seksa nerakamu kelak..amiin...

Ayahbonda tercinta :
Ayahanda Ayub bin Ibrahim
Bonda Supinah bt Zaini
Adik-beradik ummi :
Norhalimaton Sa'adiah (Mak Long)
Nor Sofiaton Jalilah (ummi)
Norhafizaton Solehah(Mak Lang)
Norhidayaturrahmah(Mak Uda)
Mohd Kamal Hafizullah(Pak Andak)
Mohd Zainol Faizullah (Pak Anjang)
Mohd Fadzil Khairullah (Pak Teh)
Nor Fatimaton Zaharah (Mak su Timah)

Selasa, 5 Januari 2010

'Nanti senang nak lalu jalan lurus...'

Setelah selesai solat Maghrib berjemaah dan mengaji ...Umi memerhati gelagat anak-anak umi.Umi tertarik pada tingkah Hafizi....Diambilnya game kesayangan yang ada radio tu lalu disumbatlah earphone ke telinganya, kemudian buku latihan jawi pula menjadi perhatiannya...umi perhati lagi ...apakah seterusnya tanpa fizi sedari...umi lihat dan dengar fizi mengalunkan pula zikir 'lailahaillallah...lailahaillallah....'berulang-ulang kali...hai peliknya...radio tu dapat ke station IKIM.fm...setahu umi siarannya amat susah nak didengari...apatah lagi radio tu kecik je...selalunya yang ada zikir-zikir ni radio IKIM le...untuk menghilangkan rasa pelik umi, umi hampiri Fizi...umi tarik earphone di telinganya lalu kusuakan ke telingaku...aik...tak de bunyi apa-apapun...nape mulutnya seolah-olah mengikut alunan zikir di radio....detik hatiku.'Fizi...tak de bunyi apa-apapun umi dengar....' tanyaku...dengan selambanya fizi menjawab 'memang tak de bunyi, kita saja-saje je baca lailahaillallah....supaya senang lalu jalan lurus nanti...tak jatuh dalam neraka...'MasyaAllah....itukah jawapan yang terbit dari mulut comel anakku...benarkah....?terharu umi mendengar jawapanmu nak...kuatnya ingatanmu...telah kausematkan kata-kata umi tempohari di dalam hatimu....'Fizi..nanti kat padang mahsyar kita semua kena lalu satu titi lurus.Titi tu lebih halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari sebilah pedang...tak de apa yang dapat tolong kita masa tu kecuali kalau kita rajin sembahyang, mengaji,belajar,ingat Allah selalu...insyaAllah kita selamat ke syurga tak jatuh dalam neraka.' Itulah pesanku suatu ketika dulu..
Benarlah ibu bapa adalah pencorak awal peribadi anak-anak..Anak itu dilahirkan fitrahnya suci bersih..kedua ibu bapanyalah yang akan mencorakkannya sama ada dia menjadi yahudi,nasrani atau majusi....Ya Allah ku pohon padamu berikan kami kesihatan ...kekuatan dan kesabaran untuk terus mendidik putera-puteri kami ini...agar kelak teguh imannya seteguh karang di lautan..murni akhlak dan budinya...

Hari pertama sekolah...

Alhamdulillah.....syukur kupanjatkan pada Ilahi hari ini dapat kulalui sebagaimana yg dirancang...terima kasih Ya Rabbi kerana memudahkan urusan kami...Maklumlah hari pertama sekolah...kelam kabut juga dibuatnya...ditambah lagi kereta kancil masih lagi di bengkel..so terpaksa le suamiku sayang menghantar kami ke semua destinasi...
Aisyah di rumah mamanya....nangis...sian..sejak dari malam tadi dia kata nak gi sekolah..puas umi pujuk...aisyah baru 3 tahun tak leh gi sekolah lagi..terharu umi.Nantilah ye nak InsyaAllah tahun depan umi hantar gi sekolah sama dengan kak aina...mudah-mudahan ya Allah kau jadikan anakku ini kelak anak yang tekun dan cintakan ilmu sebagaimana Imam Syafii walau tak punya pena dan kertas sanggup berusaha mendapatkannya sekalipun terpaksa menyelongkar tong sampah di jabatan-jabatan kerajaan mencari kalau-kalau masih ada lagi kertas yang boleh diguna pakai...masyaAllah begitu sekali semangat juangmu demi ILMU...
Aina pula di Pasti Mawaddahnya...umi doakan aina lebih cekal dan kuat utk berdepan dengan kerenah kawan-kawan yang lasak...aina kena berjiwa besar..umi tahu aina ni manja dan sangat lembut ..pantang diusik...kuat ye nak...

Hafizi pula ni lah hari pertamanya ke sekolah..'umi..kita rasa berdebar-debar le mi...' itulah luahan hati anak keduaku ini on the way ke sekolah barunya..'Hafizikan hebat..dah biasa ke sekolah..kawan elok-elok ya...' pujuk abahnya...sempat juga kutiupkan kata-kata semangat dan tips-tips penting agar anakku kelak jadi anak yang patuh pada Allah dan rasulNya ..jua pada abah,umi dan gurumu...

Hakimi pula ke tahun 3 Arif...sentiasa bersemangat..terdengar juga beberapa nasihat dan panduan yang dirasakannya penting buat adiknya..baik juga hati anak sulongku ini...sayang adiknya...kadang-kadang umi tengok Kimi ni agak keras orangnya...namun sekerasmu nak umi tahu hatimu suci dan luhur masih perlukan didikan yang berhikmah dari umi dan abah....Ya umi dan abah sedar kalian amanah Allah...Kami akan cuba sedaya mungkin untuk mendidik kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah....Umi sayang kalian semua...

'Ya Allah dalam munajatku sering kupanjatkan doa agar kami dapat berkumpul bersama-sama di dalam syurgamu kelak...' di dunia kita dapat hidup bersama -sama... adakah di akhirat nanti kita dapat bersama-sama di dalam redha Allah....? Berikan kami hidayahMu ya Allah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...