Rabu, 16 Januari 2013

Moga Itu Bukan Subuh Terakhir

Subuh itu dalam kenangan.Moga ia menjadi titik mula kepada perjuangan dalam hidup kami seterusnya.

Moga ia juga bukan subuh terakhir untuk kita.Tetapi pemula ke arah mendidik nafsu dan jiwa yang seringnya terlalai dan terleka.

Moga KAU redhai kami ya Allah....

Di subuh yang hening itu.Umi mula mengejutkan permata hati ummi. Satu-persatu...sekalipun banyak kerenahnya,namun anak-anakku mari mita berjihad melawan nafsu tidur dan bisikan syaitan yang sering benci dengan kebaikan yang cuba ingin kita lakukan.

Alhamdulillah...kekuatan itu Allah beri...kalian celikkan juga mata...lantas menuju ke bilik air untuk berwudhuk.Jam menunjukkan detik 5.55 pagi.Ayuh bersegera anak-anakku...kita harus sampai ke masjid Makmuriah sebelum azan Subuh itu berkumandang.Ada sedikit dengusan yang ummi dengar dari anak-anak bujang ummi.Ya Allah...sabarkan hati anak-anakku.Semai dan suburkan dalam jiwa mereka keinginan dan kecenderungan untuk sentiasa melakukan kebaikan...

Di dalam kereta...kalian diam membisu.Ummi tidak tahu apa yang bersarang dalam hati kalian.Ummi hanya mampu panjatkan doa.Nun jauh di sudut hati ummi,,,ummi sangat bahagia sekali dengan pengalaman pertama itu.Bersama-sama suami tercinta dan permata-permata hati tersayang meredah keheningan subuh untuk menjejakkan kaki kita ke pintu Masjid itu.

Terasa hangat kelopak mata ummi.Kolam mata itu akhirnya melimpah jua .Sungguh ummi sangat-sangat bersyukur.Ya Allah...jadikan kami orang yang beristiqamah.Bantulah...Ummi bertekad anak-anakku...Ummi akan pastikan kita meluangkan setiap subuh  hujung minggu di sana.Mari kita didik jiwa kita.Kita semai cinta dan kasih kita pada NYA.Kita kutip ilmu dari kuliah subuh.Kita eratkan tautan hati kita sekeluarga dengan perkara kebaikan.

Sesampai sahaja di halaman Masjid...Subhanallah!! bukan sedikit rupanya jemaah yang telah sampai.Sangkaan ummi jauh meleset.Rupa-rupanya Masjid Makmuriah  tetap menjadi tumpuan sekalipun ketika  solat subuh.

Tatkala menjejakkan kaki ini ke ruang solat wanita.Subhanallah bukan sebaris tetapi berbaris-baris.Ummi kira...5 saf hadapan telah dipenuhi.Ummi kira lagi...satu saf lebih kurang 10 orang.Ini bermakna jemaah wanita sahaja lebih daripada 50 orang.Sekali lagi kolam mata ini melimpah...Ya Allah...alangkah bertuahnya muslimah-muslimah itu.Sudah pasti mereka itu telah lama menjadi pengunjung setia solat subuh di masjidMu ini...Ohhh...aku ini...baru hari ini aku bermula...Ya Allah...terasa hambaMu ini jauh ketinggalan...

Di celah-celah jemaah itu ummi lihat raut wajah yang sangat ummi kenali...Ohh Kak Sabrina..terasa malu diri ini...teguh imanmu...seteguh pendirianmu dengan jubahmu itu.Apabila keyakinan dan pergantunganmu pada Allah sangat jitu,maka tiada gentar dalam hatimu untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.Syabas kakakku...Teruskan perjuanganmu sahabat.Di mata manusia mungkin dirimu dianggap salah tetapi di mata Allah dirimu tetap disanjung.Tiada sekumanpun silapnya dirimu....

Aina cepat-cepat menyarungkan telekongnya.Tampak wajahnya sangat bahagia..seronok dengan pengalaman pertama.Lain pula di pihak Aisyah.Kelopak matanya bagai ditarik-tarik.Mengantuknya tak dapat ditahan.Ummi suakan telekong,dia menggeleng.Tak pelah...puteriku..mungkin di lain subuh kamu mahu.Lantas dia merebahkan dirinya di belakang.Matanya terus rapat...

Bacaan tuan imam subuh itu sungguh merdu dan mendayu.hati ummi sangat terusik.Menusuk kalbu.Usai solat kita disajikan dengan kuliah subuh dari Ustaz solihin Mukhyi.Aina menyusul adiknya.Terlelap jua di ribaan ummi.Penyampaian Ustaz sangat berkesan ...sarat dengan ilmu.ummi sangat puas.

Lebih kurang jam 7.25 pagi kuliah selesai.Aina dan Aisyah tak sabar-sabar lagi bertanya nak sarapan pagi kat mana.Kerana itulah janji ummi semalam,selepas solat dan dengar kuliah kita sarapan bersama-sama di luar.Restoran Harpines di Taman Perdana kita tuju.Seronoknya kalian.Tak pernah sarapan pagi kat kedai.Melihat pada kegembiraan kalian maka ummi berkira-kira di dalam hati 'inilah umpannya agar kalian rasa seronok untuk subuh di masjid'



Moga permata-permata hatiku..kalian membesar dalam suasana cinta kepada ma'ruf.Sekalipun bukan mudah untuk mendidik jiwa-jiwa kalian tetapi abah dan ummi mesti berusaha ke arah itu.Moga Allah memberikan kekuatan pada kami untuk mengasuh dan mendidik kalian semua.

Abah dan Ummi sayangkan kalian dunia dan akhirat.

LOVE U  WITH ALL MY HEART LILLAHI TA'ALA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...