Selasa, 24 Jun 2014

Annisa sedang menjamu mata di TESCO Setia Alam

Niat awalnya kami ingin mengunjungi pesta buku di TESCO Setia Alam.Anak-anak ummi semua dah ready dengan duit simpanan masing-masing.Yang tak de duit mula lah merengek kat abah ...hihi...Aina Najihah le tu...

Usai menziarahi Irfan Hakimi di SAM Bestari,dalam perjalanan pulang kami singgah di TESCO.Masing-masing dah terbayang ...bestnya dapat tengok  dan cari buku.Namun tatkala sampai sahaja tempat yang dituju,sangkaan kami jauh meleset..ingatkan besar-besaran...rupa-rupanya hanyalah satu lot kedai je..hihi...tergambar kekecewaan  di wajah anak-anak umi.Tak pe lah...mari kita tengok dan belek apa yang ada......

Setelah jemu membelek buku-buku yang digemari kami pun ber 'window shopping' sekitar TESCO.Anissa lah yang paling seronok..Happy...Bahagia dapat duduk dalam troli tu....

Caaakkkk.......

Memerhati dan memantau sekeliling....apa yang dapat saya capai....

Kak Aisyah nak beli jagung ke??

Abah sedang memantau harga....hihi...rasa-rasanya buah dan sayuran di sini
lebih mahal berbanding di pasaraya Econsave...memang le bah...
Jom le lepas ni kita singgah Econsave....dah agak dah...abah ni memang prihatin bab harga...

Senyum sikit bah...tak pe kita jamu mata je...sat lagi kita pergi Econsave....
Hujung minggu saat yang kami tunggu-tunggu.Mengisi masa bersama-sama.terasa mekar mawaddah wa rahmah...sekalipun penat...kami sangat bahagia. Syukur ya Allah masih lagi Kau beri kesempatan kepada kami untuk bersama-sama mengecapi keindahan dan kebahagiaan ini. Alhamdulillah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...