Selasa, 20 Mei 2014

Annisa.....Penghibur hati kami


Bersantai di Mydin Mega Mall  sebelum melawat Abang Hakimi di SAM Bestari Subang Jaya.Nampaknya semenjak Hakimi bersekolah kat sini,Mydin kerap menjadi destinasi pilihan  kami untuk ber'shopping' dan menjamu mata.

Bagi ummi walaupun  hampir setiap minggu mengunjungi Hakimi di asramanya,penat dan  letih tu memang ada namun hati ummi sentiasa berbunga  bahagia,terubat rindu bila melihat  wajahmu 
Muhammad  Irfan  Hakimi.

Abang Hafizi dan Kak Aisyah yang tak pernah jemu melayan kerenah adik kesayangan mereka.



Cak!! nak main lagi lah ummi.....

sayang Annisa Safiyyah....
Syukur Alhamdulillah melihat dirimu membesar dengan sihat dan ceria.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...