Isnin, 23 Jun 2014

Subhanallah! Mekar bak mentari...IndahNya ciptaanMu..

SMK Sungai Besar berseri-seri dengan keindahan bunga matahari yang sedang mekar menguning.Subhanallah...walhamdulillah....Allahuakbar.. Ciptaan Allah yang maha Agong.

Bunga matahari yg Aina dan Aisyah  sangat suka..subhanallah indahnya..
sungguh sempurna ciptaanNya.


Aina pesan kat ummi- nanti  kita tanam jugak pokok bunga matahari ye ummi...
berserilah sikit rumah kita yang dah suram ni...

Sesungguhnya segala-gala yang Allah ciptakan itu pasti memberikan manfaat buat makhlukNya.Apatah lagi untuk makhluknya yang istimewa seperti kita.Syukur ya Allah di atas segala nikmat ciptaan dan pemberianMu yang indah di sepanjang kehidupan kami.
Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah.


Selasa, 20 Mei 2014

Annisa.....Penghibur hati kami


Bersantai di Mydin Mega Mall  sebelum melawat Abang Hakimi di SAM Bestari Subang Jaya.Nampaknya semenjak Hakimi bersekolah kat sini,Mydin kerap menjadi destinasi pilihan  kami untuk ber'shopping' dan menjamu mata.

Bagi ummi walaupun  hampir setiap minggu mengunjungi Hakimi di asramanya,penat dan  letih tu memang ada namun hati ummi sentiasa berbunga  bahagia,terubat rindu bila melihat  wajahmu 
Muhammad  Irfan  Hakimi.

Abang Hafizi dan Kak Aisyah yang tak pernah jemu melayan kerenah adik kesayangan mereka.



Cak!! nak main lagi lah ummi.....

sayang Annisa Safiyyah....
Syukur Alhamdulillah melihat dirimu membesar dengan sihat dan ceria.

Khamis, 15 Mei 2014

SAM Bestari Subang Jaya

Anakku....
 Tabahkan hatimu. Tempuhilah segalanya dengan redha. Itulah realiti kehidupanmu kini. Jangan pernah kamu berputus asa. Pandanglah kehadapan... sesungguhnya anakku,kau bakal berdepan dengan 1001 macam lagi rintangan dalam mengurus kehidupanmu. Anggaplah ini baru permulaan. Teruskan perjuanganmu dalam medan menuntut ilmu. Jadikan Allah matlamatmu. Ajaran Rasulullah tercinta panduanmu. Nasihat ummi dan abah sematkan di hatimu. Yakinlah kamu BOLEH anakku. Sebaris namamu tetap terpahat di dalam doa kami saban waktu. Moga kelak kejayaan menjadi milikmu.

Hakimi permata hati sulung  ummi....

Hampir 5 bulan kamu telah menjadi penghuni Asrama SAM Bestari Subang Jaya.Itulah takdir Allah untukmu.Teringat ummi saat dirimu menerima tawaran sekolah berasrama.Kamu berpeluang untuk membuat pilihan sama ada SAM Bestari,SBPI Sabak Bernam atau SMKA Simpang Lima.Subhanallah anakku, ummi serahkan padamu,apakah pilihanmu setelah ummi memberikan panduan dan bimbingan.

Ummi melihat kamu lebih berminat dengan SBPI Sabak Bernam.Namun di satu pagi ummi agak terkejut apabila pilihanmu adalah SAM Bestari Subang Jaya."Ummi kita tekad lah...SAM Bestari Subang Jaya...Pilihan ibu kan pilihan yang terbaik..."Sungguh anakku  ummi sangat terharu...

Irfan Hakimi....

Pilihanmu itu juga adalah pilihan pertama ummi.Ummi tidak menafikan sekolah yang lain itu juga bagus.Namun pada ummi keyakinan untuk melihat perubahan dalam pengamalan  agamamu yang baik berada di SAM Bestari, saban hari ummi berdoa minta pada Allah agar ditunjukkan jalannya...Alhamdulillah itulah takdir Allah untukmu.

Mendengar dan melihat bi'ah dan suasana beragama di sana ummi yakin itulah tempat terbaik untuk mentarbiyyah jiwamu.Ummi ingin melihat anak ummi menjadikan Allah sebagai matlamat utama.Mendahulukan solat dalam apa jua keadaan,menjadikan Al-Quran sebagai alunan harian juga pengamalan sunnah nabi dalam kehidupanmu seharian.

Kini ummi dapat melihat beberapa perubahan baik dalam dirimu.Teruskan segala kebaikan itu anakku..Walau adakalanya dirimu mengeluh dengan kesukaran subjek Arab Al-Azhar.Tabahkan hatimu...moga  Bahasa Arab itu nanti menjadikan dirimu semakin dekat dengan Al-Quran.Cintamu kepada kalam suci itu semakin mekar.Itulah hasrat hati ummi...melihat jiwamu diasuh dengan Al-Quran.

Anakku Muhammad Irfan Hakimi....

Yakinlah...Hakimi BOLEH!!
Kobarkan semangatmu
Bulatkan tekadmu
Aturlah strategimu
Teruskan langkahmu
Maju kehadapan
Lihatlah anakku............ada sinar menantimu di hadapan...




Ahad, 1 Disember 2013

Senyuman Mahal Muhammad Irfan Hakimi


Ummi dan Muhammad Irfan Hakimi

Hakimi bersama anugerah kebanggaannya.Ni lah satu-satunya gambar Irfan Hakimi tersenyum manis.Susah betul nak tengok anak teruna ummi ni tersenyum.Hampir semua gambar yang diambil pada hari kualiti akademik sekolahnya tidak menampakkan wajah gembiranya.Ummi pun confuse...kenapa?hihi....malu...katanya.Ni pun bergambar kat rumah...kalau depan orang ramai...tak de lah dia nak senyum.

Apa pun anakku...SYABAS
Gambar ini menjadi kenangan terindah yang ummi takkan lupa
Senyumanmu itu akan ummi kenang sampai bila-bila
Tahniah anakku...ummi sungguh terharu
Suatu ketika dahulu setiap kali hari Anugerah Kecemerlangan sekolahmu,ummi pasti bergenang air mata bila diumumkan tokoh-tokoh murid untuk tahun tersebut apatah lagi ayah dan ibu diminta mengiringi tokoh murid tersebut.Saat itu juga ummi terbayang bagaimana pula kamu nanti di tahun 6...

Rupa-rupanya anakku,tahun ini Allah memberikan ummi dan abah peluang untuk berada bersama-samamu di atas pentas itu.Sungguh ummi melihat kepuasan yang tak terhingga pada raut wajahmu saat dirimu diumumkan sebagai Tokoh Cemerlang Akademik Seri Makmur Tahun 2013.Perasaan ummi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Hanya Allah sahaja yang tahu.Syukur ya Allah di atas anugerahMu itu.

Anakku Muhammad Irfan Hakimi...
Sesungguhnya perjalanan hidupmu masih panjang andai Allah izinkan.Selagi hayat ummi masih ada ummi akan terus berdoa untukmu dan permata-permata hati ummi yang lain.Doa itulah senjata mukmin dan doa itu jugalah yang termampu ummi usahakan sebagai ibumu agar kecemerlangan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi hidupmu di dunia dan akhirat.Sebaris namamu juga adik-adikmu yang lain akan terus ummi pahat dalam doa ummi saban hari hingga akhir hayat ummi.

Kenduri Akikah cucu-cucu Atok Ayub




Kenduri akikah family Atok Ayub
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri,kami berpakat untuk mengadakan kenduri akikah.Seekor lembu yang bertuah telah dipilih.7 bahagian lembu digahagikan untuk cucu-cucu atok yang masih belum di akikahkan termasuklah puteri bongsu ummi-Nur Annisa Saffiyah.Seronok sungguh anak-anak ummi dan sepupu-sepupu yang lain.Main tak berhenti...maklumlah jarang-jarang jumpa.Cuti sekolah hujung tahun ni lah mereka dapat meluangkan masa yang panjang bersama-sama.
Suasana kenduri sangat meriah.Enaknya rasa daging lembu masak usik dan masak rendang orang Jawa.Bukan selalu dapat rasa.Makcik-makcik ummi memang hebat-hebat belaka bab masak memasak ni...Kredit untuk mereka.

Sewaktu majlis marhaban,saat yang paling ditunggu=tunggu oleh anak-anak ummi juga sepupu-sepupunya.3 ibu bersama putera dan puteri masing-masing diraikan dengan alunan merdu selawat marhaban dan nasyid dari kaum ibu.Subhanallah ....sungguh damai dan bahagia sekali.Apatah lagi setelah 6 tahun ummi tidak meraikan sambutan kelahiran cahaya mata.Kelahiran Annisa sungguh ummi syukuri.Terasa macam mimpi diberikan kesempatan oleh Allah untuk meraikannya sekali lagi.Alhamdulillah...

Rambut Annisa yang hitam dan lebat seering-sering nya mendapat pujian. Kulitnya yang tampak cerah adakalanya menimbulkan kecemburuan kakak-kakaknya.Itulah rezeki Annisa yang Allah telah takdirkan.Subhanallah....Walhamdulillah...

Moga kelak kau menjadi puteri solehah yang cintakan Allah dan RasulNya...ya anakku,,,


Jumaat, 15 November 2013

Alhamdulillah, impianmu Allah S.W.T tunaikan !!


Alhamdulillah...syukur yang tak terhingga ummi panjatkan pada Allah di atas segala nikmat kurniaanNya.Terasa diri ini sangat kerdil.DIA sangat berkuasa mengurniakan apa sahaja yang DIA kehendaki kepada hamba-hambaNya.
Buat putera sulungku Muhammad Irfan Hakimi...panjatkan syukur padaNya.Apa yang kamu impikan telah Allah kabulkan,malah Allah telah memberi lebih dari yang kau pinta.Lihat anakku...betapa kasih sayang Allah itu amat luas.DIA sangat pemurah dan sangat mendengar rintihan hati hamba-hambaNya.Apa yang kau capai hari ini adalah kerana rahmat kasih dan sayangNya.Allah S.W.T sangat adil dalam menilai setiap inci usaha hamba-hambaNya.Anakku...Kita usahakan ,Allah yang tentukan!!
Dari pihak ummi,tahniah dan syabas kerana memperoleh MUMTAZ dalam PSRA 2013.Pada ummi 96.6% yang telah kau capai itu adalah di luar jangkaan.
Itulah ketentuan Allah untukmu.Berkat kesungguhan dan ketekunanmu selama ini.Syabas anakku!!
Sungguh ummi melihat wajah kegembiraan dan kepuasan yang tak terhingga dalam dirimu.Apatah lagi keputusan tersebut diumumkan pada tarikh ulangtahun hari lahirmu yang ke 12.Alhamdulillah.

Keesokan harinya 14 November 2013 debaran datang bertamu kembali.UPSR oh UPSR!! Ada kejutan untukmu.Semalamnya gurumu telah menelefon abah meminta abah dan ummi datang pada Majlis Anugerah Kualiti Akademik SK Seri Makmur.Ada sesuatu yang istimewa katanya.Ummi dapat mengagak mungkin kamu adalah salah seorang daripada tokoh yang bakal dianugerahkan.Ummi sangat yakin itu anakku.Dalam hati ummi 'Tokoh Akademik agaknya...'

Benar sangkaan ummi.Tokoh Cemerlang Akademik (L) 2013.Saat namamu diumumkan,air mata ummi tergenang,hampir tumpah...hati ummi sangat terharu.Tergambar segala pengorbananmu,ketekunan dan kesungguhanmu.Benar anakku...kau telah bekerja keras siang dan malam tanpa kenal erti penat dan jemu.
Allah maha Adil.Allah nilai segala usahamu.Dan Allah beri yang terbaik buatmu .Syabas anakku...


Selasa, 9 Julai 2013

Ramadan kali ini tambah berseri

Alhamdulillah...selautan syukur ummi panjatkan pada Ilahi kerana ummi masih dipanjangkan usia untuk berada dalam bulan Ramadan tahun ini.Sememangnya Ramadan kali ini sangat kita nanti-nantikan,apatah lagi tarikh jangkaan ummi melahirkan baby yang ke 5 ini jatuh pada 10 Julai 2013 bersamaan dengan 1 Ramadan.

Sungguh benar kelahiran dan kematian adalah sepenuhnya di bawah kekuasaan Allah s.w.t.Kita ini makhlukNya yang tidak punya apa-apa kuasa dan upaya melainkan dengan izin dari Nya.Akhirnya takdir Allah ,ummi melahirkan adik Nur Annisa Saffiyah pada tarikh 1 Julai 2013 tepat jam 11.53 malam di hospital Teluk Intan.

Ketentuan Allah mengatasi segala-galanya.Dalam keadaan doktor juga tidak pasti sama ada ummi boleh melahirkan secara normal atau sebaliknya,Alhamdulillah kelahiran ini dipermudahkanNya,sekalipun  berdepan dengan situasi yang agak mencemaskan.Apapun,,,syukur ya Allah di atas anugerahMu ini.
 
Adik Nisa..
ummi,abah ,abang-abang dan kakak-kakakmu serta seluruh ahli keluarga kita tidak sabar-sabar menanti kehadiranmu.Syukur akhirnya wajah mulusmu dapat kami tatapi dan ciumi..bak kata kak Aisyah...baby ni baunya wangi sangat....walaupun belum mandi.Itulah Aisyah....bayi itu ibarat kain putih...suci dan bersih.Ummi dan abahmu inilah nanti yang bakal mencorakkanya.Moga Allah masih memberikan ummi dan abah  kesihatan dan kekuatan untuk mendidik kalian semua di atas jalan yang Allah redhai.
 
Ramadan telah datang bertamu.Bulan yang dijanjikan Allah dengan keberkatan dan keampunan.Ayuh  permata hatiku,usah disiakan usia kita.Setiap detik dalam Ramadan ini pastikan ianya dimanfaatkan sebaik mungkin.Ramadan akan datang belum tentu kita dapat bersua dengannya kembali.Teruskan beramal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rintihan kami...

"Tuhanku...aku tidak layak masuk syurgamu
tapi aku tak sanggup untuk menanggung seksa nerakamu
dari itu ya Allah kurniakanku taubat
Ampunkan dosaku...
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

Duhai anak-anak...
Rasulullah s.a.w meninggalkan kepada kita dua perkara.Andai kita berpegang kepadanya selama-lamanya kita tidak akan sesat..iaitu
AL-QURAN dan AL-HADIS..

Justeru,marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi pencinta Al-Quran.Kalau buku pelajaran kita boleh baca..kalau surat khabar kita boleh menatapnya berjam-jam lamanya..tv kita boleh tonton semahu kita..inikan pula Al-Quran yang mana bila membacanya satu huruf dibalasNya dengan sepuluh kebajikan..masyaAllah amat besar ganjarannya...

Marilah kita tanamkan azam dan tekad di hati untuk membacanya walau setengah muka setiap malam...mudah-mudahan kelak kita mampu mengkhatamkannya paling kurang sekali dalam setahun dan menghayati isi kandungannya...

Ya Ilahi ...ya Rabbi...jadikan kami hamba-hambaMu yang cintakan kitab suciMu...Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi..Amin...